Jumaat, 29 November 2013

Kisah Buluh

'Hj, sami saya kata tanam buluh kat rumah tak bagus.' Tegur jiran saya dengan penuh mesra. Saya memang mesra dan boleh bergurau dengannya. Dulupun saya pernah sembang dengannya mengapa orang Islam boleh makan daging, habis hujjah Dr.Zakir Naik saya kongsikan. Nampak kepuasan dari raut wajahnya. Biarpun beliau beragama Hindu tetapi tidak menghalang untuk saya meruqyahkan keluarganya. Setiap ayat yg saya baca terus saya terjemahkan. Al-Quran terjemahan Melayu dan Tamil berserta buku asas Islam saya hadiahkan kpd keluarganya.

Bab buluh tadi saya tak terus jawab, tapi saya jawab dengan soalan lain. 'You bila mahu pergi haji(pergi India)?. 'Tok Guru(sami) kata dewa belum beri makluman lagi'.Jawabnya jujur.' Tok Guru orang baik boleh nampak itu 'orang cahaya'.Tambahnya lagi. Saya pun cerita konsep Malaikat dan Jin. 'Tok Guru you mungkin boleh nampak 'orang hitam' biasanya ada kat pokok buluh. Tapi ini pokok buluh(insha Allah dlm hati) saya sudah kasi masuk Islam itu 'orang hitam' dan sudah jadi itu orang putih'. Dah dekat 3 bulan keluarga jiran saya ini berpindah ke Melaka. Moga mereka memperolehi hidayah.


BTW, rebung buluh kuning ini memang sedap. Isteri saya tengah try buat ujikaji pakaikan songkok 'haji' kat rebung tu, ada kawan mengajarnya, rebung yg terhasil lebih lembut dan sedap.


Khamis, 21 November 2013

Mampukah Manusia Melihat Jin - siri ketiga

Sambungan dari siri dua.(dinasihatkan jangan membaca siri ini tanpa membacanya dari siri pertama( http://pakcikrah.blogspot.com/2013/11/mampukah-manusia-melihat-jin-siri_20.html )

3.3 Jin mampu dilihat oleh sesetengah manusia apabila memasuki fasa infra-red yang menghampiri fasa visible spectrum

Lebih 50% pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus mempunyai keupayaan melihat sesuatu di alam Jin. Bahkan kisah-kisah mereka boleh dijadikan novel ,namun buat masa ini saya belum berhajat menulisnya. Tuan Hj Abd Majid Hassan pengasas Akrine berkongsi kisah beliau di dalam bukunya ‘Berdialog Dengan Jin’. Ramai lagi para perawat di luar sana yang menulis kisah mereka.

Fenomena 3.3 ini terjadi apabila jin berada di fasa infra-red  yang menghampiri spectrum visible dan manusia yang melihatpun mempunyai keupayaan memasuki daerah spectrum yang sama.Bagi memudahkan penulisan saya namakan spectrum itu sebagai spectrum 3.3.
Saya meletakan dua pembolehubah bagi fenomena ini. Satu berada pada Jin dan satu pada manusia.

a)      Pembolehubah pada Jin

Melalui petunjuk hadith saya simpulkan Jin berada di spectrum 3.3 berpunca dua sebab:

i.                     Di atas kehendak Jin itu sendiri

Di dalam perbincangan Jin dilihat secara fizikal(memasuki spectrum visible) banyak hadith yang telah dikemukakan. Jadi jika Jinberupaya memasuki spectrum visible tentu lebih mudah lagi memasuki spectrum 3.3. Tujuan jin memasuki spectrum 3.3 itu adalah pelbagi, ada yg bertujuan baik dan ada yang sebaliknya. Insha Allah jika di rezeki Allah swt  di kesempatan lain saya cuba membahaskan hal ini.

ii.                   Jin itu bermasalah

“Sesungguhnya setan menampakkan diri di hadapanku untuk memutus shalatku. Namun Allah memberikan kekuasaan kepadaku untuk menghadapinya. Maka aku pun membiarkannya. Sebenarnya aku ingin mengikatnya di sebuah tiang hingga kalian dapat melihatnya. Tapi aku teringat perkataan saudaraku Sulaiman ‘alaihissalam: ‘Ya Rabbi anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki seorang pun sesudahku’. Maka Allah mengusirnya dalam keadaan hina.” (HR. Al-Bukhari no. 4808, Muslim no. 541 dari Abu Hurairah)

Hadith ini diantaranya memberikan kita petunjuk syaitan yang terikat(bermasalah) boleh dipaksa memasuki spectrum boleh Nampak. Hal ini juga membawa maksud jin yang bermasalah boleh memasuki spectrum 3.3.



Di dalam spectrum 3.3 Jin Islam yang sering menjadi tawanan syaitan dan dijadikan khadam sihir sering ‘kelihatan’ mengerikan. Dia dijelmakan sebagi rupa ‘hantu’ mahupun haiwan-haiwan yang menakutkan. Namun apabila di rawat dengan ruqyah syariah,jin ini biasanya akan terlihat seperti keadaan awal dia ditawan oleh syaitan. Terbelenggu, cedera dan sakit.Dakwah sampai peringkat bersyahadah, bacaan al-quran,doa dan teknik ikhtiar yang lain biasanya mampu memulihkan Jin Muslim itu sehingga ke tahap yang baik dengan izin Allah swt. Biasanya untuk pulih sepenuhnya, beliau memerlukan rawatan di alamnya.
Sebenarnya perbincang pekara ini agak rencam , saya hanya sekadar menyebut satu contoh yang ideal. Saya hanya menyebut ‘khadam’ jin sihir tanpa menghuraikannya kerana perbincangannya panjang, insha Allah mudah-mudahan Allah swt mengurniakan kesempatan untuk saya berkongsi ‘the mechanism of sihir’.


b)      Pembolehubah pada manusia

Manusia yang berkupayaan memasuki spectrum 3.3 sekurang-kurangnya mempunyai tiga sebab:

i)        Sebagai satu kurniaan Allah swt tanpa sebab yang dapat difahami secara mudah, hikmahnya akan diketahui apabila dikehendaki oleh Allah swt. Bahasa mudah selalu dirujuk sebagai terbuka hijab alam Jin. Terbukanya ‘hijab’ jenis ini tidak menjadi hujjah bahawa dekat atau jauhnya darjat seseorang di sisi Allah swt . Darjat seseorang di sisi Tuhan adalah dinilai pada parameter takwanya. Hujahnya hampir sama mengapa Allah swt menjadikan keldai dapat melihat infra-red. Tidak bermakna keldai itu ‘wali’.

ii)       Terdapat Jin pada system penglihatanya di mana berlaku pertindihan diantara pengelihatan beliau dengan penglihatan Jin. Mengapa terdapat Jin bersama-samanya ,sekurang-kurangnya terdapat enam sebab yang akan saya kongsikan di bab lain insha Allah. Fenomena ini menjadi salah satu symptom seseorang itu mengalami gangguan makhluk halus. Biasanya di bawah kategori ii), manusia berkenaan akan kehilangan keupayaan untuk memasuki spectrum 3.3 apabila pulih sepenuhnya dari gangguan. Terdapat juga kalangan perawat yang melakukan sesuatu untuk menutup pandangan tersebut walaupun gangguan masih ada.  Hujah mengenai kategori ii) ini ,saya masih belum menemukannya dari Nasnya .Huraian ini hanya berdasarkan pengalaman merawat dan bacaan dari sumber lain. Kebanyakan perawat dan buku-buku yang ditulis oleh ‘ustaz’ perawat menjadikan fenomena melihat kelibat ‘lembaga’ sebagai salah satu symptom gangguan.

iii)     Sebab yang ketiga ini adalah gabungan sebab i) dan sebab ii).


 3.4 Kebarangkalian atau kemungkinan manusia biasa melihat Jin dalam bentuknya yang asal apabila manusia memasuki alam Jin adalah tinggi.

Kisah manusia memasuki alam Jin boleh di rujuk pada entri saya  . http://pakcikrah.blogspot.com/2013/11/mampukah-manusia-memasuki-alam-jin_9.html
Adalah suatu yang ganjil jika memasuki alam Jin tanpa melihat Jinnya.  ‘Sesungguhnya ia(Syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat  yang kamu tidak melihat mereka’ , ingat phase ayat surat al ‘araf ayat 27. Bila kata syaitan maka termasuklah Jin dari segi kejadian dari api, bila seseorang itu di izinkan oleh Allah swt  berada di tempat mereka maka tidak mustahil Jin itu dapat dilihat.

Melalui pengalaman saya berjumpa ramai juga manusia yang berkeupayaan dan dibenarkan oleh Jin Muslim serta diizinkan oleh Allah swt untuk memasuki kerajaan mereka.  Masuk melalui apa yang saya namakan sebagai ‘kembara minda’.  Apabila hal yang dibicarakan melibatkan roh , sedang hanya sedikit sahaja ilmu jenis ini yang di buka buat manusia oleh Allah swt. Makaku tutup bicara ini dengan wallahu’alamubisawab dan rahmat dan keampunanNYA yang dipohon.

Mampukah Manusia Melihat Jin - Siri Kedua

Mampukah Manusia Melihat Jin – siri kedua

Sambungan dari siri pertama

3.Pandangan Peribadi

Pengetahuan Sains hari ini serta teori-teorinya telah dapat membantu manusia memahami proses pengelihatan. Saya mulakan dengan teori asas gelombang elektromagnetik. Gelombang ini mempunyai sifat-sifat yang dikaitkan dengan frekuensi dan jarak gelombang(lamba).






Berdasarkan frekuensi dan lamda manusia membina dan mengkelaskan spectrum eletromagnatik dan menamakan spectrum yang mewakili sifatnya.






Spektrum boleh nampak(Visible spectrum) adalah julat lamda yang mampu dilihat oleh mata normal manusia. Spektrum ini berada pada lamda  400nm sampai 700 nm.Namun demikian  terdapat  beberapa orang yang mampu menerima panjang gelombang dari 380nm sampai 780 nm (atau frekuensi 790-400 terahertz).


Warna-warna pelangi adalah serakan dari cahaya putih dengan kelompok lamda tertentu.

  

Spektrum boleh Nampak diapit oleh spectrum infra-red dan ultra-violet. Spektrum infra-red mempunyai julat lamda 700nm-1000nm dan dipecahkan mengikut kelompok:
·         Inframerah jarak dekat dengan panjang gelombang 0.75 – 1.5 µm
·         Inframerah jarak menengah dengan panjang gelombang 1.50 – 10 µm
·         Inframerah jarak jauh dengan panjang gelombang 10 – 100 µm







Spektrum Ultra-violet berada pada julat lamda antara 400nm hingga 10nm. Kelompoknya adalah hampir UV (panjang gelombang: 380–200 nm) dan UV vakum (200–10 nm). Dalam pembicaraan mengenai pengaruh radiasi UV terhadap kesehatan manusia dan lingkungan, jarak panjang gelombang sering dibagi lagi kepada UVA (380–315 nm), yang juga disebut "Gelombang Panjang" atau "blacklight"; UVB (315–280 nm), yang juga disebut "Gelombang Medium" (Medium Wave); dan UVC (280-10 nm), juga disebut "Gelombang Pendek" (Short Wave).



Ringkasnya tiga spectrum yg dibincangkan:
·         Spektrum Infra-red  - (1000nm- 700nm)
·         Spektrum Nampak  - (700nm hingga 400nm)
·         Spektrum Utra-violet  -(400nm hingga 10nm)
Apabila kita meneliti ke tiga-tiga spectrum tadi , kita akan dapati terdapat kelompok kecil manusia yang daerah pengelihatannya memasuki sedikit sempadan infra-red dan ultra violet.

Kajian Sains mendapati sesetengah haiwan mempunyai keupayaan untuk melihat sehingga melepasi kesempadan Infra-red dan ultra-violet.
Lebah misalnya mampu melihat bunga-bungaan melalui mata ultra-voiletnya.





  

Spesis burung termasuk ayam juga pengelihatannya mampu memasuki zone spectrum ultra-violet












Terdapat beberapa hadith yang menyentuh mengenai keupayaan penglihatan binatang tertentu,diantaranya:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيْكَةِ فَاسْأَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيْقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

Maksudnya: "Apabila kamu sekaliannya mendengar ayam jantan berkokok, mohonlah rahmat Allah s.w.t kerana ia sedang melihat Malaikat. Tapi, apabila enkau mendengar keldai berbunyi, mintalah perlindungan dari Allah s.w.t dari gangguan syaitan. Sesungguhnya ia sedang melihat syaitan"- (Hadis al-Bukhari dan Muslim).

Dan ada satu lagi hadis yang disebut oleh Abu Daud, "ketika kamu mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada waktu malam hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah kerana mereka nampak apa yang kamu tidak nampak." 

Terbukti melalui kajian Sains ,Ayam mempunyai keupayaan penglihatan sehingga ke spectrum ultra-violet manakala Keldai sehingga ke spektrum infra-red.
Bahkan hadith-hadith berkenaan siksaan kubur memberikan petunjuk bahawa haiwan mendengarnya tetapi tidak kepada manusia mahupun jin.

Petunjuk dari hadith apabila digabungkan dengan kajian sains memberikan kita maklumat bahawa syaitan berada di dalam spectrum infra-red ataupun spectrum yang lamdanya lebih panjang dari infra-red. Manakala ayam berkeupayaan melihat malaikat, saya belum berhajat membincangkannya di sini.

Melalui pengalaman dialog dengan ‘khadam ‘ jin sihir yang telah dipulihkan, kebetulan jin muslim itu sebelum di’tawan’ dan dijadikan khadam sihir oleh syaitan ,beliau adalah pelajar jurusan sains. Beliau memahami teori spectrum electromagnet, jadi panjang juga perkongsian kami mengenai teori Sains. Jin muslim itu juga berpendapat  bahawa bangsanya memang berada pada spectrum berkenaan.


Daripada perbincangan yang lalu dan penghujahannya dari segi syarak(rujuk siri pertama), ditambah sedikit pengalaman peribadi dan juga insan yang lain, kemudian diadun dengan pemahaman teori spectrum elektromagnetik , saya membentangkan beberapa pandangan  peribadi.
3.1 Jin dalam rupa yang asal mampu dilihat oleh Rasulullah saw.
3.2 Jin mampu dilihat oleh manusia biasa apabila jin itu merubah bentuknya dan memasuki fasa fizikal atau spectrum boleh Nampak(Visible Spectrum)
3.3 Jin mampu dilihat oleh sesetengah manusia apabila memasuki fasa infra-red yang menghampiri fasa visible spectrum
3.4 Kebarangkalian atau kemungkinan manusia biasa melihat Jin dalam bentuknya yang asal apabila manusia memasuki alam Jin adalah tinggi.

Bagi kategori 3.1 dan 3.2 , penghujahan berdasarkan hadith telah banyak diperbincangkan sebelum ini,jadi saya tidak akan mengulangi atau menambah hadith-hadith yang lain.


Supaya tulisan ini tidak terlalu panjang dan membosankan, insha Allah bersambung ke siri ketiga( http://pakcikrah.blogspot.com/2013/11/mampukah-manusia-melihat-jin-siri-ketiga.html )

Rabu, 20 November 2013

Mampukah Manusia Melihat Jin - Siri Pertama

Mampukan Manusia Melihat Jin?

Persoalan di atas adalah isu yang amat menarik bagi mereka yang meminati kajian alam Jin. Rata-rata para ‘perawat Islam/mu’alij’ berpandangan bahawa manusia tidak diberi kemampuan untuk melihat Jin di dalam rupanya yang sebenar. Tidak kira samada kecenderongan mereka itu pada aliran ‘kaum tua’ atau ‘kaum muda’ di dalam disiplin rawatan.

Saya juga amat sedikit pengetahuan mengenai subjek ini. Sedikit atau banyak bagi saya bukan prasyarat untuk berkongsi sesuatu pekara. Jika sedikit kita kongsikan yang sedikit itu mudah-mudahan bila kita berkongsi beramai-ramai nanti jadi banyaklah pekara berkenaan.

Para Sarjana Islam berselisih pendapat mengenai persoalan kemampuan manusia melihat Jin pada rupanya yang asli. Namun begitu saya masih belum menemui mana-mana pandangan Sarjana Islam yang mengatakan manusia langsung tidak boleh melihat Jin pada mana-mana ‘fasa’ termasuk fasa fizikal. Sarjana Islam juga sepakat menyatakan Rasulullah saw mampu melihat Jin di dalam fasa yang yang asli.Saya cuba kelompoknya mereka seperti di bawah:

  1.Pendapat Pertama : Manusia tidak mampu melihat Jin di dalam rupanya yang asli. 
          Tetapi mampu dilihat apabila mereka menyerupai sesuatu yang berada di fasa fizikal.
      
       2.Pendapat Kedua: Manusia mampu melihat Jin.
      
       3. Pandangan peribadi saya.


1.Pendapat Pertama

 1.1 Pandangan Tuan Guru Ustaz Dato Dr Harun bin Din(TGHD)

Yang Mulia TGHD yang saya kasihi, semasa ditanya kemungkinan manusia memasuki alam Jin beliau membawa kisah di zaman Nabi saw yang membawa maksud manusia boleh memasuki alam Jin.(rujuk entri  ). Namun bila persoalan kemungkinan untuk manusia melihat Jin, beliau saya kategorikan berada di kelompok pendapat pertama. Sepintas lalu kemungkinan untuk dinilai sebagai bertentangan antara satu sama lain memang wujud. Mungkin akan timbul pertanyaan bagaimana manusia boleh memasuki alam Jin tanpa melihat Jin?. Saya sertakan pandangan yang dikasihi TGHD mengenai hal manusia melihat Jin seperti di dalam bukanya ,Menjawab Persoalan Makhluk Halus karya Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.
Soalan:
Kita memang percaya bahawa makhluk yang disebut di dalam al Quran seperti Jibrail, jin dan syaitan dan sebagainya sememangnya wujud. Kemusykilan saya adalah tentang keupayaan makhluk halus ini boleh melihat manusia tetapi manusia tidak boleh melihat mereka.

Adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa manusia boleh melihat makhluk halus ini dengan mata kepala mereka sendiri dalam keadaan menyerupai manusia ataupun binatang yang menakutkan?

JAWAPAN:

Mengenai soalan saudara berkenaan perkara dia atas memang benar makhluk halus boleh melihat manusia dan ini dijelaskan Allah Taala Surah al A'raf ayat 27:
Maksudnya: "Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan KAMU TIDAK BOLEH MELIHAT MEREKA"
Kebiasaannya makhluk halus dapat manusia sedangkan MANUSIA TIDAK BOLEH MELIHAT MEREKA dalam rupa mereka yang asal. Namun manusia boleh melihat makhluk ini apabila mereka telah menyerupai rupa bentuk tertentu yang diizinkan Allah SWT.
Sebagai dalil al Quran telah menceritakan bahawa mereka (makhluk halus) berupaya menyerupai manusia. Hal ini disebut di dalam surah al Anfal ayat 48:

48. Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka Dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu, dan Sesungguhnya Aku adalah Pelindung dan Penolong kamu". maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana Aku dapat melihat apa Yang kamu tidak dapat melihatnya; Sesungguhnya Aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".

Sebagai contoh, dalam Tafsir Al Qurtubi menceritakan bahawa tentera musyrikin berasa gentar untuk memerangi tentera Islam ketika di dalam peperangan Badar. Tiba-tiba, muncul satu pasukan perang yang diketuai oleh Suraqah bin Malik bin Jua’shum dari suku Bani Bakr. Apabila Suraqah berjanji untuk membantu tentera musyrikin mengalahkan tentera Islam, maka tentera Musyrikin berasa berani.
Akan tetapi, apabila peperangan bermula, Suraqah dan konco-konconya lari meninggalkan peperangan dan akhirnya tentera musyrikin ditewaskan oleh tentera Islam.

Ayat ini ditafsirkan secara muktabar bahawa orang yang berkata2 dengan tentera musyrikin ini ialah syaitan yang menyerupai Suraqah bin Malik.


Firman Allah di dalam Surah Al Anfal ayat 30:
“30. Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya.”

Tafsir Abdullah bin Ahmad an Nasafi mencatatkan tentang peristiwa orang kafir mengadakan satu pertemuan di Darun Nadwah (parlimen orang musyrikin Mekah) untuk memutuskan perihal Nabi Muhammad saw. Ketika para pembesar Quraisy hendak bermesyuarat mereka di datangioleh seorang pemimpin dari puak Najdi. Beliau yang dikenali sebagai Sheikh an Najdi datang secara khusus untuk menyertai pembesar Quraisy dalam memberikan pandangan. Pembesar Quraisy Mekah membenarkan Sheikh an Najdi turut sama dalam mesyuarat tersebut yang berakhir dengan keputusan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya Sheikh an Najdi ini ialah Iblis laknatullah yang telah menyamar dengan menyerupai manusia.

Dalam peristiwa yang lain, Rasulullah saw sendiri pernah berdakwah kepada golongan jin.

Abu Hurairah ra pernah menangkap syaitan yang mengganggu dan mencuri barang makanan yang disimpan dan dijaga dalam simpanan Baitulmal (dalam keadaan jelmaan).

Amar bin Yaasir ra pula pernah berhadapan dan bertarung dengan makhluk halus ini.
Semua ini membuktikan bahawa makhluk ini memang berupaya menyerupai pelbagai rupa. Namun begitu, mereka bukan sewenang-wenangnya boleh mengganggu manusia kerana Allah mengawal manusia dengan rahmatNya.

WALLAHU A’LAM..



1.2 Pendapat Al Hafiz Ibnu Hajar,Imam Qurtubi  dan  Imam Asy Syafie
Semasa menafsirkan firman Allah s.w.t bermaksud :

“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf Ayat: 27)

Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya.Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”

Imam Qurtubi berkata:sebahagian ulamak berpendapat bahawa ayat Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka telah jelas bahawa jin tidak boleh dilihat.Namun begitu,sebahagian lagi ulamak mengatakan boleh,sebab jika Allah swt menghendaki memperlihatkan mereka,maka Dia menampakkan tubuh mereka sehingga terlihat.

Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin,maka tertolak  penyaksiannya kecuali jika dia seorang Nabi.”

1.3 Pendapat Asy-Syeikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’I( Lahir,1932 Dammaj, Yaman Meninggal 2001 Jeddah, Saudi Arabia)
Beliau mewakili Ulama yang beraliran ‘Saudi’ ,jawapan Syeikh ketika diajukan soalan yang sama.
Apakah ada manusia yang boleh melihat jin, sebagaimana yang disangka olehsebahagian orang?

Beliau  menjawab:

Permasalahan jin adalah permasalahan yang cukup luas kalau kita mahu bercakap tentangnya. Orang-orang tua dahulu, mereka mempunyai banyak cerita banyak kisah tentang jin ini, tapi di antaranya ada yang benar dan di antaranya ada yang tidak benar. Akan tetapi, kami di sini berbicara berdasarkan firmanAllah 'Azza wa Jalla dan sabda  Rasulullah shallallahu' alaihi wa'ala aalihiwassalam. Allah berfirman:

Yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika Kami mengarahkan kepadamu (wahaiMuhammad) sekelompok jin, yang mana mereka mendengar Al-Quran.Tatkala mereka telah hadir di situ, mereka berkata: 'Diamlah kamu! DengarAl-Quran. 'Dan ketika Al-Quran sudah selesai dibacakan, mereka pulang kembali ke kaum mereka untuk memberikan peringatan. "

Maka lahiriah ayat ini menunjukkan, bahawa boleh saja jin itu dilihat oleh manusia tetapi bukan dalam bentuk rupa asal mereka yang mereka diciptakan diatasnya. Adapun firman Allah Subhanallahu wa Ta'ala:

"Sesungguhnya iblis, dia melihat kalian, dia dan qabilahnya (pasukannya)melihat kalian wahai manusia, dari arah yang kamu tidak dapat melihat mereka."

Maka dalam ayat ini tidak terdapat penafian bahawa manusia boleh melihat jin.Akan tetapi ayat ini hanya menjelaskan bahawa jin-jin ini mampu untuk melihat manusia, sementara manusia tidak boleh melihat mereka.

2.Pendapat Kedua: Manusia mampu melihat Jin

Sarjana yang saya kelompokkan dalam kategori  ini tidak menyebut kemampuan melihat itu pada mana-mana fasa.

2.1 Imam Imam Syaukani

Al-Imam mengatakan bahawa manusia boleh melihat jin.Menurut beliau,ayat di atas tidak ada isyarat yang mengatakan bahawa kita tidak boleh melihat jin.Pengertian ayat di atas adalah JIN melihat kita dari tempat yang kita tidak boleh melihatnya,namun tidak bererti kita tidak boleh melihatnya untuk selamanya
Imam Asy-Syaukani mengatakan : "Pengertian ayat tersebut bukan berarti kita tidak bisa melihatnya untuk selamanya. Tak terlihatnya mereka oleh pandangan kita saat mereka melihat kita, sama sekali tidak mengharuskan ketidakmungkinan syetan atau jin untuk dilihat"(Tafsir Fathul Qadir ,bab Al-Halabi)


2.2 Kisah-kisah dari kitab Ulama Muktabar

Kisah manusia di zaman Nabi saw dan zaman sahabat yang ditawan dan memasuki alam Jin menjadi satu rujukan yang memberi isyarat kemampuan manusia melihat Jin. Alangkah ganji  jika ada yang menyokong pandangan manusia memasuki  alam Jin dan mengkisahkan perihal alam itu tanpa melihatnya. Sebahagian kisah dan rujukannya ada saya kongsikan di dalam entri  saya   http://pakcikrah.blogspot.com/2013/11/mampukah-manusia-memasuki-alam-jin_9.html


Di dalam Kitab Laqth Al Marjan juga ada menyentuh kisah dibawah. Kisah ini memberikan gambaran Al-A’masy boleh berinteraksi dengan Jin melalui lisan/pendengaran.
Diriwayatkan dari Al-A’masy, beliau berkata: “Jin pernah datang menemuiku, lalu ku tanya: ‘Makanan apa yang kalian sukai?’ Dia menjawab: ‘Nasi.’ Maka kubawakan nasi untuknya, dan aku melihat sesuap nasi diangkat sedang aku tidak melihat siapa-siapa. Kemudian aku bertanya: ‘Adakah di tengah-tengah kalian para pengikut hawa nafsu seperti yang ada di tengah-tengah kami?’ Dia menjawab: ‘Ya.’

‘Bagaimana keadaan golongan Rafidhah yang ada di tengah kalian?” tanyaku. Dia menjawab: ‘Merekalah yang paling jelek di antara kami’.”

Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “Aku perlihatkan sanad riwayat ini pada guru kami, Al-Hafizh Abul Hajjaj Al-Mizzi, dan beliau mengatakan: ‘Sanad riwayat ini shahih sampai Al-A’masy’.” (Tafsir Al-Qur`anul ’Azhim, 4/451)
Sebenarnya banyak lagi kisah yang ditulis oleh para ulama terdahulu, kisah manusia berinteraksi dengan Jin secara penglihatan mahupun lisan secara terus dengan tanpa sebarang perantaraan(mediator). Terlalu panjang untuk dinukilkan di sini.


3.Pandangan Peribadi


Sabtu, 16 November 2013

Terapi Istighfar

Saya pernah mendengar kisah dari seorang Tuan Guru yang terkenal di tanahair. Kisah seorang kenalannya. Pengidap cancer stage 4. Menurut ramalan doctor pesakit itu hanya punya masa beberapa minggu lagi sebelum menemui tuhan. Pesakit itu keluar dari hospital dan pulang ke rumah. Beliau pasrah. Namun sentiasa beristighfar( istighfar Nabi Yunus as) hampir  tanpa henti, ribuan kali sehari. Alhamdulillah beliau disembuhkan oleh Allah swt. Keajaiban terjadi , beliau disahkan bebas dari serangan cancer oleh pakar perubatan.  Beliau menjalani kehidupan seperti biasa, tetapi merasai lebih hampir kepada Allah swt.
   
Penyelesaian Kepada Kemarau,Kemisikinan,Mandul dan Kemelesetan

Al-Qurtubi meriwayatkan dari Ibnu Shabih. Suatu hari seorang datang mengadu kepada Hasan al-Basri tentang  kemarau yang berpanjangan.Al-Hasan berkata kepadanya “Beristighfarlah kepada Allah swt”. Kemudian datang pula seorang lelaki lain, mengadu akan kemiskinannya. Al-Hasan juga berkata “Beristighfarlah kepada Allah swt”.

Ada pula lelaki lain berkata "Doakanlah supaya Allah swt memberikan ku anak.” Beliau(Al-Hasan) berkata “Beristighfarlah kepada Allah”.

Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah swt”.

Ar-Rabi berkata kepada Al-Hasan “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai jenis perkara tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua berintighfar kepada Allah swt”

Hasan Al-Basri  menjawab “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri.Tidakkah engkau membaca firman Allah swt:

“Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak2 mu dan mengadakan (pula di dalamnya) untuk mu sungai2” (Surah Nuh: 10 - 12)

Allahuakbar saudaraku semua itu baru ganjaran di dunia, alangkah hebatnya ganjaran di akhirat kelak.

Penyelamat Siksaan

Tidakkah cukup bagi kita kelebihan beristighfar sebagai pelindung mukmin dari siksaan?. Diantaranya di dunia ini ada dua pekara yang menjauhkan kita dari siksaan . Pertama telah wafat yang tinggal hanya yang kedua:

 “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)”
(Surah Al-Anfal ayat 33).

Kemudahan bagi kesempitan, kesenangan bagi kesedihan dan rezeki tanpa diduga

Tahukah kita akan keajaiban disebalik istighfar itu?

“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Nabi saw juga sentiasa beristighfar  seperti dalam hadis ini :

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)


Rabu, 13 November 2013

Ruqyah Ibn Mas’ud r.a

Ruqyah Ibn Mas’ud r.a





Saya pernah ditanya bagaimana memilih ayat-ayat suci Al-Quran untuk dijadikan jampi atau Ruqyah di dalam bahasa Arab. Di dalam enty  http://pakcikrah.blogspot.com/2013/11/bacaan-asas-rawatan-gangguan-makhluk.html ada saya kongsikan. Kali ini ingin saya kongsikan kisah sahabat Rasullah saw ,Ibnu Mas’ud menjampi seorang lelaki. Terdapat dua versi yang pernah saya temui.

Versi Pertama(Dari Kitab Laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jan –Karya Imam Suyuthi)

Al-Hakim, Abu Ya’la, Ibn Abi Hatim, Al-Uqaili, Abu Nu’aim – dalam Al-Hulyah- dn Ibnu Mardawaih meriwayatkan dari Ibnu Ma’sud ra,beliau berkata,’Ketika saya dan Rasulullah saw berada di sebahagian jalan Kota Madinah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang kerasukan jin. Sayapun mendekatinya.Lalu saya membaca di telinganya,kemudian dia sedar. Rasulullah saw bertanya,’apa yang telah engkau bacakan di telinganya?’ Saya menjawab, ‘Saya membacakan ayat,

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(ayat 115 surah Al-Mukminun)Rasulullah saw bersabda,”Demi yang jiwaku berada di tanganNYA,andai seorang mukmin membacanya di atas bukit,pastilah bukit itu akan lenyap.”


Versi Kedua(Dari Kitab tafsir ad-Durrul Manthur)


Al-Hakim, Abu ya’la, Ibn abi Hatim, Ibn sunni dan al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa beliau telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga seorang pesakit, lalu sembuhlah dia. Nabi s.a.w. telah bertanya kepadanya: “Apakah yang dibacanya itu?” Beliau menjawab: “ayat-ayat terakhir daripada surah al-Mu’minun.” Nabi bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu.” (ad-Durrul Manthur, tafsir ayat 115-118, surah al-Mu’minun)

Sabtu, 9 November 2013

Mampukah Manusia Memasuki Alam Jin?

Kisah manusia berada di alam Jin samada memasukinya sengaja atau tidak, biasa kedengaran di sana sini. Adakah ia pernah terjadi di zaman dahulu?

Saya menemui kisah manusia ditawan memasuki alam Jin di zaman saidina Umar ra seperti yang dikisah oleh Imam As-Suyuthi di dalam kitabnya Laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jan.
Ibnu Abi Ad-Dunya menyampaikan dari Abdul Rahman bin Abi Laila bahawasanya seorang lelaki kaumnya keluar mengerjakan solat Isyak kemudian beliau hilang. Isteri lelaki yang hilang itu kemudiannya menemui Saidina Umar bin AlKhataab r.a mengadu halnya. Umar r.a memintanya menunggu sehingga 4 tahun jika ingin bernikah dengan lelaki lain. Setelah 4 tahun berlalu  Umar ra membenarkan perempuan tersebut bernikah.

Namun suaminya yang pertama tiba-tiba muncul. Merekapun mengadukan masalah ini kepadai saidina Umar r.a.  Lalu Umar r.a. mempersoalkan tentang kehilangan lelaki itu.  Lelaki itu memberikan keterangannya, “sesungguhnya aku terhalang”. “Apa yang menghalangmu?”.Soal Umar r.a.Lelaki itu memberikan keterangannya, “Aku keluar untuk mengerjakan solat Isyak,kemudian jin-jin memyembunyikanku. Aku berada di antara mereka dalam waktu yang lama. Mereka diserang oleh jin-jin mukmin dan merekapun membalas serangan itu. Namun kemudian jin-jin mukmin mengalahkan mereka. Mereka menjadi tawanan jin-jin mukmin termasuk aku.Jin-jin mukmin bertanya kepadaku,”Apa agamamu?”.”Saya muslim”, jawabku.Mereka berkata,”Kamu beragama sebagaimana agama kami, maka kami tidak boleh menawanmu”. Mereka memberi pilihan kepaduku samada ingin tinggal bersama mereka atau kembali ke alam manusia. Maka aku memilih untuk kembali. Kemudian Umar r.a memberi pilihan kepadanya antara isterinya atau mahar.

Kisah ini memberikan kita beberapa maklumat. Diantaranya manusia menjadi tawanan Jin kafir lantas memasuki alam Jin. Berlaku peperangan antara Jin Islam dan Jin Kafir. Jin mukmin mematuhi syariat dan amat menyantuni saudaranya manusia yang mukmin.
Terdapat juga kisah yang hampir sama di zaman Nabi saw seperti yang pelajari dari Yang Mulia Ustaz Harun bin Din. Beliau juga menulis pekara di dalam bukunya seperti ringkasan di bawah.

KISAH KHURAFAH


Pada zaman Rasulullah saw ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu Rasulullah SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia dapati berada dalam masyarakat seperti manusia tetapi penuh dengan keganjilan.

Khurafah dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntu dia dibalas bunuh. Khurafah dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya.

Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukan hujah dan berkata : "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (Bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita (Bunian) tetapi membunuh musuh di alamnya". Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

Apabila berita ini disampaikan kepada Rasulullah, ramai para sahabat mempertikaikannya. Rasulullah SAW berkata :- 




Ertinya : "Khurafah (bercakap) benar... [1]

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya Khurafat. Asal istilah Khurafat itu adalah kisah benar daripada individu yang bernama Khurafah.


Sumber : Buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus; Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

[1] 'Ala' al-Din 'Ali ibn Husam al-Din al-Muttaqi al-Hindi al- Burhanfuri (1985), Kanz al-'Umman fi Sunan al-Aqwal wa al-Af'al, Kitab 'Akhlak Min Qism al-Aqwal no. hadith : 8244. Beirut : Mu'assasah al-Risalah, jilid 3, halaman 62