Rabu, 20 November 2013

Mampukah Manusia Melihat Jin - Siri Pertama

Mampukan Manusia Melihat Jin?

Persoalan di atas adalah isu yang amat menarik bagi mereka yang meminati kajian alam Jin. Rata-rata para ‘perawat Islam/mu’alij’ berpandangan bahawa manusia tidak diberi kemampuan untuk melihat Jin di dalam rupanya yang sebenar. Tidak kira samada kecenderongan mereka itu pada aliran ‘kaum tua’ atau ‘kaum muda’ di dalam disiplin rawatan.

Saya juga amat sedikit pengetahuan mengenai subjek ini. Sedikit atau banyak bagi saya bukan prasyarat untuk berkongsi sesuatu pekara. Jika sedikit kita kongsikan yang sedikit itu mudah-mudahan bila kita berkongsi beramai-ramai nanti jadi banyaklah pekara berkenaan.

Para Sarjana Islam berselisih pendapat mengenai persoalan kemampuan manusia melihat Jin pada rupanya yang asli. Namun begitu saya masih belum menemui mana-mana pandangan Sarjana Islam yang mengatakan manusia langsung tidak boleh melihat Jin pada mana-mana ‘fasa’ termasuk fasa fizikal. Sarjana Islam juga sepakat menyatakan Rasulullah saw mampu melihat Jin di dalam fasa yang yang asli.Saya cuba kelompoknya mereka seperti di bawah:

  1.Pendapat Pertama : Manusia tidak mampu melihat Jin di dalam rupanya yang asli. 
          Tetapi mampu dilihat apabila mereka menyerupai sesuatu yang berada di fasa fizikal.
      
       2.Pendapat Kedua: Manusia mampu melihat Jin.
      
       3. Pandangan peribadi saya.


1.Pendapat Pertama

 1.1 Pandangan Tuan Guru Ustaz Dato Dr Harun bin Din(TGHD)

Yang Mulia TGHD yang saya kasihi, semasa ditanya kemungkinan manusia memasuki alam Jin beliau membawa kisah di zaman Nabi saw yang membawa maksud manusia boleh memasuki alam Jin.(rujuk entri  ). Namun bila persoalan kemungkinan untuk manusia melihat Jin, beliau saya kategorikan berada di kelompok pendapat pertama. Sepintas lalu kemungkinan untuk dinilai sebagai bertentangan antara satu sama lain memang wujud. Mungkin akan timbul pertanyaan bagaimana manusia boleh memasuki alam Jin tanpa melihat Jin?. Saya sertakan pandangan yang dikasihi TGHD mengenai hal manusia melihat Jin seperti di dalam bukanya ,Menjawab Persoalan Makhluk Halus karya Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.
Soalan:
Kita memang percaya bahawa makhluk yang disebut di dalam al Quran seperti Jibrail, jin dan syaitan dan sebagainya sememangnya wujud. Kemusykilan saya adalah tentang keupayaan makhluk halus ini boleh melihat manusia tetapi manusia tidak boleh melihat mereka.

Adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa manusia boleh melihat makhluk halus ini dengan mata kepala mereka sendiri dalam keadaan menyerupai manusia ataupun binatang yang menakutkan?

JAWAPAN:

Mengenai soalan saudara berkenaan perkara dia atas memang benar makhluk halus boleh melihat manusia dan ini dijelaskan Allah Taala Surah al A'raf ayat 27:
Maksudnya: "Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan KAMU TIDAK BOLEH MELIHAT MEREKA"
Kebiasaannya makhluk halus dapat manusia sedangkan MANUSIA TIDAK BOLEH MELIHAT MEREKA dalam rupa mereka yang asal. Namun manusia boleh melihat makhluk ini apabila mereka telah menyerupai rupa bentuk tertentu yang diizinkan Allah SWT.
Sebagai dalil al Quran telah menceritakan bahawa mereka (makhluk halus) berupaya menyerupai manusia. Hal ini disebut di dalam surah al Anfal ayat 48:

48. Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka Dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu, dan Sesungguhnya Aku adalah Pelindung dan Penolong kamu". maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana Aku dapat melihat apa Yang kamu tidak dapat melihatnya; Sesungguhnya Aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".

Sebagai contoh, dalam Tafsir Al Qurtubi menceritakan bahawa tentera musyrikin berasa gentar untuk memerangi tentera Islam ketika di dalam peperangan Badar. Tiba-tiba, muncul satu pasukan perang yang diketuai oleh Suraqah bin Malik bin Jua’shum dari suku Bani Bakr. Apabila Suraqah berjanji untuk membantu tentera musyrikin mengalahkan tentera Islam, maka tentera Musyrikin berasa berani.
Akan tetapi, apabila peperangan bermula, Suraqah dan konco-konconya lari meninggalkan peperangan dan akhirnya tentera musyrikin ditewaskan oleh tentera Islam.

Ayat ini ditafsirkan secara muktabar bahawa orang yang berkata2 dengan tentera musyrikin ini ialah syaitan yang menyerupai Suraqah bin Malik.


Firman Allah di dalam Surah Al Anfal ayat 30:
“30. Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya.”

Tafsir Abdullah bin Ahmad an Nasafi mencatatkan tentang peristiwa orang kafir mengadakan satu pertemuan di Darun Nadwah (parlimen orang musyrikin Mekah) untuk memutuskan perihal Nabi Muhammad saw. Ketika para pembesar Quraisy hendak bermesyuarat mereka di datangioleh seorang pemimpin dari puak Najdi. Beliau yang dikenali sebagai Sheikh an Najdi datang secara khusus untuk menyertai pembesar Quraisy dalam memberikan pandangan. Pembesar Quraisy Mekah membenarkan Sheikh an Najdi turut sama dalam mesyuarat tersebut yang berakhir dengan keputusan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya Sheikh an Najdi ini ialah Iblis laknatullah yang telah menyamar dengan menyerupai manusia.

Dalam peristiwa yang lain, Rasulullah saw sendiri pernah berdakwah kepada golongan jin.

Abu Hurairah ra pernah menangkap syaitan yang mengganggu dan mencuri barang makanan yang disimpan dan dijaga dalam simpanan Baitulmal (dalam keadaan jelmaan).

Amar bin Yaasir ra pula pernah berhadapan dan bertarung dengan makhluk halus ini.
Semua ini membuktikan bahawa makhluk ini memang berupaya menyerupai pelbagai rupa. Namun begitu, mereka bukan sewenang-wenangnya boleh mengganggu manusia kerana Allah mengawal manusia dengan rahmatNya.

WALLAHU A’LAM..



1.2 Pendapat Al Hafiz Ibnu Hajar,Imam Qurtubi  dan  Imam Asy Syafie
Semasa menafsirkan firman Allah s.w.t bermaksud :

“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf Ayat: 27)

Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya.Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”

Imam Qurtubi berkata:sebahagian ulamak berpendapat bahawa ayat Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka telah jelas bahawa jin tidak boleh dilihat.Namun begitu,sebahagian lagi ulamak mengatakan boleh,sebab jika Allah swt menghendaki memperlihatkan mereka,maka Dia menampakkan tubuh mereka sehingga terlihat.

Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin,maka tertolak  penyaksiannya kecuali jika dia seorang Nabi.”

1.3 Pendapat Asy-Syeikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’I( Lahir,1932 Dammaj, Yaman Meninggal 2001 Jeddah, Saudi Arabia)
Beliau mewakili Ulama yang beraliran ‘Saudi’ ,jawapan Syeikh ketika diajukan soalan yang sama.
Apakah ada manusia yang boleh melihat jin, sebagaimana yang disangka olehsebahagian orang?

Beliau  menjawab:

Permasalahan jin adalah permasalahan yang cukup luas kalau kita mahu bercakap tentangnya. Orang-orang tua dahulu, mereka mempunyai banyak cerita banyak kisah tentang jin ini, tapi di antaranya ada yang benar dan di antaranya ada yang tidak benar. Akan tetapi, kami di sini berbicara berdasarkan firmanAllah 'Azza wa Jalla dan sabda  Rasulullah shallallahu' alaihi wa'ala aalihiwassalam. Allah berfirman:

Yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika Kami mengarahkan kepadamu (wahaiMuhammad) sekelompok jin, yang mana mereka mendengar Al-Quran.Tatkala mereka telah hadir di situ, mereka berkata: 'Diamlah kamu! DengarAl-Quran. 'Dan ketika Al-Quran sudah selesai dibacakan, mereka pulang kembali ke kaum mereka untuk memberikan peringatan. "

Maka lahiriah ayat ini menunjukkan, bahawa boleh saja jin itu dilihat oleh manusia tetapi bukan dalam bentuk rupa asal mereka yang mereka diciptakan diatasnya. Adapun firman Allah Subhanallahu wa Ta'ala:

"Sesungguhnya iblis, dia melihat kalian, dia dan qabilahnya (pasukannya)melihat kalian wahai manusia, dari arah yang kamu tidak dapat melihat mereka."

Maka dalam ayat ini tidak terdapat penafian bahawa manusia boleh melihat jin.Akan tetapi ayat ini hanya menjelaskan bahawa jin-jin ini mampu untuk melihat manusia, sementara manusia tidak boleh melihat mereka.

2.Pendapat Kedua: Manusia mampu melihat Jin

Sarjana yang saya kelompokkan dalam kategori  ini tidak menyebut kemampuan melihat itu pada mana-mana fasa.

2.1 Imam Imam Syaukani

Al-Imam mengatakan bahawa manusia boleh melihat jin.Menurut beliau,ayat di atas tidak ada isyarat yang mengatakan bahawa kita tidak boleh melihat jin.Pengertian ayat di atas adalah JIN melihat kita dari tempat yang kita tidak boleh melihatnya,namun tidak bererti kita tidak boleh melihatnya untuk selamanya
Imam Asy-Syaukani mengatakan : "Pengertian ayat tersebut bukan berarti kita tidak bisa melihatnya untuk selamanya. Tak terlihatnya mereka oleh pandangan kita saat mereka melihat kita, sama sekali tidak mengharuskan ketidakmungkinan syetan atau jin untuk dilihat"(Tafsir Fathul Qadir ,bab Al-Halabi)


2.2 Kisah-kisah dari kitab Ulama Muktabar

Kisah manusia di zaman Nabi saw dan zaman sahabat yang ditawan dan memasuki alam Jin menjadi satu rujukan yang memberi isyarat kemampuan manusia melihat Jin. Alangkah ganji  jika ada yang menyokong pandangan manusia memasuki  alam Jin dan mengkisahkan perihal alam itu tanpa melihatnya. Sebahagian kisah dan rujukannya ada saya kongsikan di dalam entri  saya   http://pakcikrah.blogspot.com/2013/11/mampukah-manusia-memasuki-alam-jin_9.html


Di dalam Kitab Laqth Al Marjan juga ada menyentuh kisah dibawah. Kisah ini memberikan gambaran Al-A’masy boleh berinteraksi dengan Jin melalui lisan/pendengaran.
Diriwayatkan dari Al-A’masy, beliau berkata: “Jin pernah datang menemuiku, lalu ku tanya: ‘Makanan apa yang kalian sukai?’ Dia menjawab: ‘Nasi.’ Maka kubawakan nasi untuknya, dan aku melihat sesuap nasi diangkat sedang aku tidak melihat siapa-siapa. Kemudian aku bertanya: ‘Adakah di tengah-tengah kalian para pengikut hawa nafsu seperti yang ada di tengah-tengah kami?’ Dia menjawab: ‘Ya.’

‘Bagaimana keadaan golongan Rafidhah yang ada di tengah kalian?” tanyaku. Dia menjawab: ‘Merekalah yang paling jelek di antara kami’.”

Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “Aku perlihatkan sanad riwayat ini pada guru kami, Al-Hafizh Abul Hajjaj Al-Mizzi, dan beliau mengatakan: ‘Sanad riwayat ini shahih sampai Al-A’masy’.” (Tafsir Al-Qur`anul ’Azhim, 4/451)
Sebenarnya banyak lagi kisah yang ditulis oleh para ulama terdahulu, kisah manusia berinteraksi dengan Jin secara penglihatan mahupun lisan secara terus dengan tanpa sebarang perantaraan(mediator). Terlalu panjang untuk dinukilkan di sini.


3.Pandangan Peribadi


Tiada ulasan :

Catat Ulasan