Mampukah Manusia Melihat Jin – siri kedua
Sambungan dari siri pertama
3.Pandangan Peribadi
Pengetahuan Sains hari ini serta teori-teorinya telah dapat
membantu manusia memahami proses pengelihatan. Saya mulakan dengan teori asas
gelombang elektromagnetik. Gelombang ini mempunyai sifat-sifat yang dikaitkan
dengan frekuensi dan jarak gelombang(lamba).
Berdasarkan frekuensi dan lamda manusia membina dan
mengkelaskan spectrum eletromagnatik dan menamakan spectrum yang mewakili
sifatnya.
Spektrum boleh nampak(Visible spectrum)
adalah julat lamda yang mampu dilihat oleh mata normal manusia. Spektrum ini
berada pada lamda 400nm sampai 700 nm.Namun demikian terdapat
beberapa orang yang mampu menerima panjang gelombang dari 380nm sampai
780 nm (atau frekuensi 790-400 terahertz).
Warna-warna pelangi adalah serakan dari cahaya putih dengan
kelompok lamda tertentu.
Spektrum boleh Nampak diapit oleh spectrum infra-red dan
ultra-violet. Spektrum infra-red mempunyai julat lamda 700nm-1000nm dan dipecahkan
mengikut kelompok:
·
Inframerah jarak dekat dengan panjang gelombang
0.75 – 1.5 µm
·
Inframerah jarak menengah dengan panjang
gelombang 1.50 – 10 µm
·
Inframerah jarak jauh dengan panjang gelombang
10 – 100 µm
Spektrum Ultra-violet berada pada julat lamda antara 400nm
hingga 10nm. Kelompoknya adalah hampir UV (panjang
gelombang: 380–200 nm) dan UV vakum (200–10 nm). Dalam
pembicaraan mengenai pengaruh radiasi UV terhadap kesehatan manusia dan
lingkungan, jarak panjang gelombang sering dibagi lagi kepada UVA (380–315
nm), yang juga disebut "Gelombang Panjang" atau "blacklight"; UVB (315–280
nm), yang juga disebut "Gelombang Medium" (Medium Wave);
dan UVC (280-10 nm), juga disebut "Gelombang Pendek"
(Short Wave).
Ringkasnya tiga spectrum yg dibincangkan:
·
Spektrum Infra-red - (1000nm- 700nm)
·
Spektrum Nampak
- (700nm hingga 400nm)
·
Spektrum Utra-violet -(400nm hingga 10nm)
Apabila kita meneliti ke tiga-tiga spectrum tadi , kita akan
dapati terdapat kelompok kecil manusia yang daerah pengelihatannya memasuki
sedikit sempadan infra-red dan ultra violet.
Kajian Sains mendapati sesetengah haiwan mempunyai keupayaan
untuk melihat sehingga melepasi kesempadan Infra-red dan ultra-violet.
Lebah misalnya mampu melihat bunga-bungaan melalui mata
ultra-voiletnya.
Spesis burung termasuk ayam juga pengelihatannya mampu
memasuki zone spectrum ultra-violet
Terdapat beberapa hadith yang menyentuh mengenai keupayaan
penglihatan binatang tertentu,diantaranya:
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيْكَةِ فَاسْأَلُوا اللهَ مِنْ
فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيْقَ الْحِمَارِ
فَتَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا
Maksudnya: "Apabila kamu sekaliannya mendengar ayam jantan berkokok, mohonlah rahmat Allah s.w.t kerana ia sedang melihat Malaikat. Tapi, apabila enkau mendengar keldai berbunyi, mintalah perlindungan dari Allah s.w.t dari gangguan syaitan. Sesungguhnya ia sedang melihat syaitan"- (Hadis al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya: "Apabila kamu sekaliannya mendengar ayam jantan berkokok, mohonlah rahmat Allah s.w.t kerana ia sedang melihat Malaikat. Tapi, apabila enkau mendengar keldai berbunyi, mintalah perlindungan dari Allah s.w.t dari gangguan syaitan. Sesungguhnya ia sedang melihat syaitan"- (Hadis al-Bukhari dan Muslim).
Dan ada satu lagi hadis yang disebut oleh Abu Daud, "ketika
kamu mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada waktu malam hendaklah
kamu meminta perlindungan kepada Allah kerana mereka nampak apa yang kamu tidak
nampak."
Terbukti melalui kajian Sains ,Ayam mempunyai keupayaan penglihatan
sehingga ke spectrum ultra-violet manakala Keldai sehingga ke spektrum infra-red.
Bahkan hadith-hadith berkenaan siksaan kubur memberikan petunjuk bahawa
haiwan mendengarnya tetapi tidak kepada manusia mahupun jin.
Petunjuk dari hadith apabila digabungkan dengan kajian sains memberikan
kita maklumat bahawa syaitan berada di dalam spectrum infra-red ataupun spectrum
yang lamdanya lebih panjang dari infra-red. Manakala ayam berkeupayaan
melihat malaikat, saya belum berhajat membincangkannya di sini.
Melalui pengalaman dialog dengan ‘khadam ‘ jin sihir yang
telah dipulihkan, kebetulan jin muslim itu sebelum di’tawan’ dan dijadikan
khadam sihir oleh syaitan ,beliau adalah pelajar jurusan sains. Beliau memahami
teori spectrum electromagnet, jadi panjang juga perkongsian kami mengenai teori
Sains. Jin muslim itu juga berpendapat
bahawa bangsanya memang berada pada spectrum berkenaan.
Daripada perbincangan yang lalu dan penghujahannya dari segi
syarak(rujuk siri pertama), ditambah sedikit pengalaman peribadi dan juga insan
yang lain, kemudian diadun dengan pemahaman teori spectrum elektromagnetik ,
saya membentangkan beberapa pandangan
peribadi.
3.1 Jin dalam rupa yang asal mampu dilihat oleh Rasulullah
saw.
3.2 Jin mampu dilihat oleh manusia biasa apabila jin itu
merubah bentuknya dan memasuki fasa fizikal atau spectrum boleh Nampak(Visible
Spectrum)
3.3 Jin mampu dilihat oleh sesetengah manusia apabila
memasuki fasa infra-red yang menghampiri fasa visible spectrum
3.4 Kebarangkalian atau kemungkinan manusia biasa melihat
Jin dalam bentuknya yang asal apabila manusia memasuki alam Jin adalah tinggi.
Bagi kategori 3.1 dan 3.2 , penghujahan berdasarkan hadith
telah banyak diperbincangkan sebelum ini,jadi saya tidak akan mengulangi atau
menambah hadith-hadith yang lain.
Supaya tulisan ini tidak terlalu panjang dan membosankan,
insha Allah bersambung ke siri ketiga( http://pakcikrah.blogspot.com/2013/11/mampukah-manusia-melihat-jin-siri-ketiga.html )
Tiada ulasan :
Catat Ulasan