Khamis, 21 November 2013

Mampukah Manusia Melihat Jin - siri ketiga

Sambungan dari siri dua.(dinasihatkan jangan membaca siri ini tanpa membacanya dari siri pertama( http://pakcikrah.blogspot.com/2013/11/mampukah-manusia-melihat-jin-siri_20.html )

3.3 Jin mampu dilihat oleh sesetengah manusia apabila memasuki fasa infra-red yang menghampiri fasa visible spectrum

Lebih 50% pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus mempunyai keupayaan melihat sesuatu di alam Jin. Bahkan kisah-kisah mereka boleh dijadikan novel ,namun buat masa ini saya belum berhajat menulisnya. Tuan Hj Abd Majid Hassan pengasas Akrine berkongsi kisah beliau di dalam bukunya ‘Berdialog Dengan Jin’. Ramai lagi para perawat di luar sana yang menulis kisah mereka.

Fenomena 3.3 ini terjadi apabila jin berada di fasa infra-red  yang menghampiri spectrum visible dan manusia yang melihatpun mempunyai keupayaan memasuki daerah spectrum yang sama.Bagi memudahkan penulisan saya namakan spectrum itu sebagai spectrum 3.3.
Saya meletakan dua pembolehubah bagi fenomena ini. Satu berada pada Jin dan satu pada manusia.

a)      Pembolehubah pada Jin

Melalui petunjuk hadith saya simpulkan Jin berada di spectrum 3.3 berpunca dua sebab:

i.                     Di atas kehendak Jin itu sendiri

Di dalam perbincangan Jin dilihat secara fizikal(memasuki spectrum visible) banyak hadith yang telah dikemukakan. Jadi jika Jinberupaya memasuki spectrum visible tentu lebih mudah lagi memasuki spectrum 3.3. Tujuan jin memasuki spectrum 3.3 itu adalah pelbagi, ada yg bertujuan baik dan ada yang sebaliknya. Insha Allah jika di rezeki Allah swt  di kesempatan lain saya cuba membahaskan hal ini.

ii.                   Jin itu bermasalah

“Sesungguhnya setan menampakkan diri di hadapanku untuk memutus shalatku. Namun Allah memberikan kekuasaan kepadaku untuk menghadapinya. Maka aku pun membiarkannya. Sebenarnya aku ingin mengikatnya di sebuah tiang hingga kalian dapat melihatnya. Tapi aku teringat perkataan saudaraku Sulaiman ‘alaihissalam: ‘Ya Rabbi anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki seorang pun sesudahku’. Maka Allah mengusirnya dalam keadaan hina.” (HR. Al-Bukhari no. 4808, Muslim no. 541 dari Abu Hurairah)

Hadith ini diantaranya memberikan kita petunjuk syaitan yang terikat(bermasalah) boleh dipaksa memasuki spectrum boleh Nampak. Hal ini juga membawa maksud jin yang bermasalah boleh memasuki spectrum 3.3.



Di dalam spectrum 3.3 Jin Islam yang sering menjadi tawanan syaitan dan dijadikan khadam sihir sering ‘kelihatan’ mengerikan. Dia dijelmakan sebagi rupa ‘hantu’ mahupun haiwan-haiwan yang menakutkan. Namun apabila di rawat dengan ruqyah syariah,jin ini biasanya akan terlihat seperti keadaan awal dia ditawan oleh syaitan. Terbelenggu, cedera dan sakit.Dakwah sampai peringkat bersyahadah, bacaan al-quran,doa dan teknik ikhtiar yang lain biasanya mampu memulihkan Jin Muslim itu sehingga ke tahap yang baik dengan izin Allah swt. Biasanya untuk pulih sepenuhnya, beliau memerlukan rawatan di alamnya.
Sebenarnya perbincang pekara ini agak rencam , saya hanya sekadar menyebut satu contoh yang ideal. Saya hanya menyebut ‘khadam’ jin sihir tanpa menghuraikannya kerana perbincangannya panjang, insha Allah mudah-mudahan Allah swt mengurniakan kesempatan untuk saya berkongsi ‘the mechanism of sihir’.


b)      Pembolehubah pada manusia

Manusia yang berkupayaan memasuki spectrum 3.3 sekurang-kurangnya mempunyai tiga sebab:

i)        Sebagai satu kurniaan Allah swt tanpa sebab yang dapat difahami secara mudah, hikmahnya akan diketahui apabila dikehendaki oleh Allah swt. Bahasa mudah selalu dirujuk sebagai terbuka hijab alam Jin. Terbukanya ‘hijab’ jenis ini tidak menjadi hujjah bahawa dekat atau jauhnya darjat seseorang di sisi Allah swt . Darjat seseorang di sisi Tuhan adalah dinilai pada parameter takwanya. Hujahnya hampir sama mengapa Allah swt menjadikan keldai dapat melihat infra-red. Tidak bermakna keldai itu ‘wali’.

ii)       Terdapat Jin pada system penglihatanya di mana berlaku pertindihan diantara pengelihatan beliau dengan penglihatan Jin. Mengapa terdapat Jin bersama-samanya ,sekurang-kurangnya terdapat enam sebab yang akan saya kongsikan di bab lain insha Allah. Fenomena ini menjadi salah satu symptom seseorang itu mengalami gangguan makhluk halus. Biasanya di bawah kategori ii), manusia berkenaan akan kehilangan keupayaan untuk memasuki spectrum 3.3 apabila pulih sepenuhnya dari gangguan. Terdapat juga kalangan perawat yang melakukan sesuatu untuk menutup pandangan tersebut walaupun gangguan masih ada.  Hujah mengenai kategori ii) ini ,saya masih belum menemukannya dari Nasnya .Huraian ini hanya berdasarkan pengalaman merawat dan bacaan dari sumber lain. Kebanyakan perawat dan buku-buku yang ditulis oleh ‘ustaz’ perawat menjadikan fenomena melihat kelibat ‘lembaga’ sebagai salah satu symptom gangguan.

iii)     Sebab yang ketiga ini adalah gabungan sebab i) dan sebab ii).


 3.4 Kebarangkalian atau kemungkinan manusia biasa melihat Jin dalam bentuknya yang asal apabila manusia memasuki alam Jin adalah tinggi.

Kisah manusia memasuki alam Jin boleh di rujuk pada entri saya  . http://pakcikrah.blogspot.com/2013/11/mampukah-manusia-memasuki-alam-jin_9.html
Adalah suatu yang ganjil jika memasuki alam Jin tanpa melihat Jinnya.  ‘Sesungguhnya ia(Syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat  yang kamu tidak melihat mereka’ , ingat phase ayat surat al ‘araf ayat 27. Bila kata syaitan maka termasuklah Jin dari segi kejadian dari api, bila seseorang itu di izinkan oleh Allah swt  berada di tempat mereka maka tidak mustahil Jin itu dapat dilihat.

Melalui pengalaman saya berjumpa ramai juga manusia yang berkeupayaan dan dibenarkan oleh Jin Muslim serta diizinkan oleh Allah swt untuk memasuki kerajaan mereka.  Masuk melalui apa yang saya namakan sebagai ‘kembara minda’.  Apabila hal yang dibicarakan melibatkan roh , sedang hanya sedikit sahaja ilmu jenis ini yang di buka buat manusia oleh Allah swt. Makaku tutup bicara ini dengan wallahu’alamubisawab dan rahmat dan keampunanNYA yang dipohon.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan