Saya pernah
mendengar kisah dari seorang Tuan Guru yang terkenal di tanahair. Kisah seorang
kenalannya. Pengidap cancer stage 4. Menurut ramalan doctor pesakit itu hanya
punya masa beberapa minggu lagi sebelum menemui tuhan. Pesakit itu keluar dari
hospital dan pulang ke rumah. Beliau pasrah. Namun sentiasa beristighfar( istighfar
Nabi Yunus as) hampir tanpa henti,
ribuan kali sehari. Alhamdulillah beliau disembuhkan oleh Allah swt. Keajaiban
terjadi , beliau disahkan bebas dari serangan cancer oleh pakar perubatan. Beliau menjalani kehidupan seperti biasa,
tetapi merasai lebih hampir kepada Allah swt.
Penyelesaian Kepada Kemarau,Kemisikinan,Mandul dan Kemelesetan
Al-Qurtubi meriwayatkan dari Ibnu Shabih. Suatu hari seorang
datang mengadu kepada Hasan al-Basri tentang kemarau yang berpanjangan.Al-Hasan berkata
kepadanya “Beristighfarlah kepada Allah swt”. Kemudian datang pula seorang lelaki
lain, mengadu akan kemiskinannya. Al-Hasan juga berkata “Beristighfarlah kepada
Allah swt”.
Ada pula lelaki lain berkata "Doakanlah supaya Allah swt memberikan ku anak.” Beliau(Al-Hasan) berkata “Beristighfarlah kepada Allah”.
Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah swt”.
Ar-Rabi berkata kepada Al-Hasan “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai jenis perkara tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua berintighfar kepada Allah swt”
Hasan Al-Basri menjawab “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri.Tidakkah engkau membaca firman Allah swt:
“Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak2 mu dan mengadakan (pula di dalamnya) untuk mu sungai2” (Surah Nuh: 10 - 12)

Allahuakbar saudaraku semua itu baru ganjaran di dunia, alangkah
hebatnya ganjaran di akhirat kelak.
Penyelamat Siksaan
Tidakkah cukup bagi kita kelebihan beristighfar sebagai
pelindung mukmin dari siksaan?. Diantaranya di dunia ini ada dua pekara yang
menjauhkan kita dari siksaan . Pertama telah wafat yang tinggal hanya yang
kedua:
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa
mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak
akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)”
(Surah Al-Anfal ayat
33).
Kemudahan bagi kesempitan, kesenangan bagi kesedihan dan rezeki tanpa diduga
Tahukah kita akan keajaiban disebalik
istighfar itu?
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan
menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap
kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)
Nabi saw juga sentiasa beristighfar
seperti dalam hadis ini :
Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah
dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa
yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya
Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan
Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan