'Hj, sami saya kata tanam buluh kat rumah tak bagus.' Tegur
jiran saya dengan penuh mesra. Saya memang mesra dan boleh bergurau dengannya.
Dulupun saya pernah sembang dengannya mengapa orang Islam boleh makan daging,
habis hujjah Dr.Zakir Naik saya kongsikan. Nampak kepuasan dari raut wajahnya.
Biarpun beliau beragama Hindu tetapi tidak menghalang untuk saya meruqyahkan
keluarganya. Setiap ayat yg saya baca terus saya terjemahkan. Al-Quran
terjemahan Melayu dan Tamil berserta buku asas Islam saya hadiahkan kpd
keluarganya.
Bab buluh tadi saya tak terus jawab, tapi saya jawab dengan
soalan lain. 'You bila mahu pergi haji(pergi India)?. 'Tok Guru(sami) kata dewa
belum beri makluman lagi'.Jawabnya jujur.' Tok Guru orang baik boleh nampak itu
'orang cahaya'.Tambahnya lagi. Saya pun cerita konsep Malaikat dan Jin. 'Tok
Guru you mungkin boleh nampak 'orang hitam' biasanya ada kat pokok buluh. Tapi
ini pokok buluh(insha Allah dlm hati) saya sudah kasi masuk Islam itu 'orang
hitam' dan sudah jadi itu orang putih'. Dah dekat 3 bulan keluarga jiran saya
ini berpindah ke Melaka. Moga mereka memperolehi hidayah.
BTW, rebung buluh kuning ini memang sedap. Isteri saya tengah try
buat ujikaji pakaikan songkok 'haji' kat rebung tu, ada kawan mengajarnya,
rebung yg terhasil lebih lembut dan sedap.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan