Terdapat pelbagai tenik dan kaedah di dalam rawatan penyakit
berkaitan gangguan makhluk halus dan masalah penyakit ‘Ain. Saya belum berhajat
memperpincikan teknik-teknik yang sering digunakan oleh perawat. Tiadalah yang
lebih baik dan lebih betul melainkan mengikut petunjuk Rasulullah SAW .Nabi saw
di dalam banyak kesempatan mengajarkan kepada para sahabat RA, ruqyah menggunakan
ayat-ayat Al-Quran sebagai shifa'(penawar dan ubat) dari beberapa jenis
penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.Salah satu
darinya adalah Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab
"HAYATUS SAHABAH" (Jilid 3 ms 374)yang ditulis oleh as-Syeikhul
Kabir Maulana Yusuf .Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan
Tirmizi.
Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :
Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang
kepada baginda saw dan berkata,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang
saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"tanya Rasulullah SAW ."Sejenis gila"jawab orang tersebut.Lantas Rasulullah saw membacakan surah
Al-Fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah . Ayat yg bermula dgn Wailahukum
ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir
al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun ayat 115-118.,Surah
al-Jin ayat 1-9,As-Saffaat 1-10,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah Al-ikhlas,Surah
Al-Falaq dan surah An Nas.
Tentunya baginda saw meruqyah secara jahar(boleh didengari)
jika sebaliknya tentunya Ubai Ibn Kaab RA tidak dapat meriwayatkannya.
Fadilat sebahagian dari ayat yang dinyatakan di atas pernah
saya kongsikan di dalam tulisan sebelumnya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan