Ruqyah
Ibn Mas’ud r.a
Saya
pernah ditanya bagaimana memilih ayat-ayat suci Al-Quran untuk dijadikan jampi
atau Ruqyah di dalam bahasa Arab. Di dalam enty http://pakcikrah.blogspot.com/2013/11/bacaan-asas-rawatan-gangguan-makhluk.html
ada saya kongsikan. Kali ini ingin saya kongsikan kisah sahabat Rasullah saw
,Ibnu Mas’ud menjampi seorang lelaki. Terdapat dua versi yang pernah saya
temui.
Versi
Pertama(Dari Kitab Laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jan –Karya Imam Suyuthi)
Al-Hakim, Abu Ya’la, Ibn Abi Hatim,
Al-Uqaili, Abu Nu’aim – dalam Al-Hulyah- dn Ibnu Mardawaih meriwayatkan dari
Ibnu Ma’sud ra,beliau berkata,’Ketika saya dan Rasulullah saw berada di
sebahagian jalan Kota Madinah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang kerasukan jin.
Sayapun mendekatinya.Lalu saya membaca di telinganya,kemudian dia sedar.
Rasulullah saw bertanya,’apa yang telah engkau bacakan di telinganya?’ Saya
menjawab, ‘Saya membacakan ayat,
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan
kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(ayat
115 surah Al-Mukminun)Rasulullah saw bersabda,”Demi yang jiwaku berada di
tanganNYA,andai seorang mukmin membacanya di atas bukit,pastilah bukit itu akan
lenyap.”
Versi Kedua(Dari
Kitab tafsir ad-Durrul Manthur)
Al-Hakim, Abu ya’la, Ibn abi Hatim, Ibn sunni dan al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa beliau telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga seorang pesakit, lalu sembuhlah dia. Nabi s.a.w. telah bertanya kepadanya: “Apakah yang dibacanya itu?” Beliau menjawab: “ayat-ayat terakhir daripada surah al-Mu’minun.” Nabi bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu.” (ad-Durrul Manthur, tafsir ayat 115-118, surah al-Mu’minun)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan