Al-Hafiz Ibn Hajr al-Asqalani diantaranya mentakrifkan
Sahabat Nabi saw sebagai:
“Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi
s.a.w., beriman dengan baginda dan mati dalam keadaan Muslim”.Para Nabi dan Rasul adalah dari kalangan manusia yang juga
diutuskan buat Jin.(Surah Al-An’am ayat 130) .Banyak hadith yang mengisahkan
Nabi Saw berdakwah kepada golongan Jin dan mereka beriman dengannya. Terdapat
lebih dari satu surah yang menceritakan adanya Jin Islam yang soleh.
Para ahli hadith dan sebahagian ulama memperbolehkan Jin
dikategorikan sebagai sahabat sekiranya memenuhi syarat-syarat “sahabah” .
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan dalam kitab beliau al-Isabah yang
menyenaraikan biodata para sahabat Nabi s.a.w. dan menyebutkan nama dikalangan
jin seperti Suriq (al-Asqalani, 11412H, Jld. 3, 45), Syasir (Ibid, 11412H, Jld.
3, 309), Duthar (Ibid, 11412H, Jld. 5, 751) dan khuraqa (Ibid, 11412H, Jld. 7,
607)
Sebuah hadith yang dirawikan oleh Tirmidzi, bahwa pada suatu
hari Rasulullah saw. membacakan Surat ar-Rahman di hadapan sahabat-sahabat
beliau. Semua terdiam dan tafakur mendengar ayat-ayat yang mempesona itu,
apatah lagi sesampai pada ayat yang selalu berulang-ulang:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”.
(QS. Ar-Rahhman, 55: 47).
Melihat mereka
bertafakkur menghayati pengertian ayat tersebut, bersabdalah Nabi saw:
"Jin lebih mendalam sambutan mereka daripada kamu seketika ayat-ayat ini
aku baca. Setiap aku sampai kepada ayat,
". (Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”). Jin-jin itu telah menyambut dengan ucapan:
"Tidak ada satu pun nikmat Engkau yang kami dustakan, ya Tuhan. Bagi
Engkaulah segala puji-pujian."
Ketika berselawat
keatas Baginda saw sering juga dirangkumkan sekali dengan ahli keluarganya(saw)
juga para sahabat(ra). Kita diminta mencintai sesama muslim. Kesemua muslim
adalah bersaudara.
Aku mencintai para sahabah Nabi saw ,ku masukkan sekali
cintaku di kalangan Jin yang muslim. Umur saudaraku dikalangan Jin adalah
panjang. Masihkah ada lagi sahabat dikalangan Jin yang masih hidup?
Pun begitu ada yang sampai hati mengatakan “Sebaik baik Jin
adalah sejahat-jahat manusia”.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan