BERKENALAN DENGAN JINN
Biarpun percaya kepada adanya JINN tidak disenaraikan dalam
rukun iman, namun keberadaannya memang sabit di dalam nas al-quran mahupun
as-sunnah. Mengingkari kewujudan mereka bermakna cacat atau rosak iman
seseorang.
Menyakini adanya Jinn tanpa mempunyai ilmu yang asas
mengenai, akan juga berkemungkinan membuka ruang fitnah yang memudaratkan.
Sebenarnya tidak banyak pengetahuan saya mengenai subjek
ini, namun rasanya tidak salah berkongsi 'apa' yang diketahui. Ilmu mengenai
alam Jinn yang paling tepat dan benar adalah melalui al-quran dan as-sunnah.
Tidak salah juga untuk ditambah perkongsian ini berdasarkan 'pengalaman' dan
hasil 'kajian' yang pada dasarnya tidak bertentangan dengan syarak.
Saya memberanikan diri menulis subjek ini bukan kerana saya
berani malah redhaMu yang Allah yang ku cari.
JINN DAN MANUSIA DARI SUDUT BAHASA
Rujukan dari kitab Syekh Umar Asyqar “ The book of the jin
and the devil in the light of the alquran and the sunah”( Jin dan syaitan
menurut alquran dan sunah). Juga kitab Syekh Wahid Abdul Salam Bali, Benteng
dari kejahatan jin dan syaitan. Juga kitab berdialog dan Jin.
Jinn dari segi bahasa adalah lawan kepada insan ( “Jinn” is
opposite of “Inns” ). Bila kita kata Aanas tu syai aan ( aku melihat sesuatu).
Surah Al qasas ayat 29.( Inni aanastu naraa). Inns adalah sesuatu yg boleh
dilihat dan kita selesa dengannya.
Manakala Jinn adalah suatu yg tersembunyi.(hidden) dan
diliputi(covered).Surat An-Najm ayat 32 . “Wa ithantum ajinakum fii buthuni
ummahatikum” Kamu tersembunyi(janin)/hidden didalam Rahim ibumu”. Surah
Al-An’aam ayat 76. “Faalamma janna”. Apabila malam
meliputinya(covered)/(Ibrahim as)
Terdapat banyak ayat
Al-Quran yang menerangkan perihal Jin.
Surah Al ‘Araf :12 , Al
Hijr : 26-27 dan Ar Rahman : 14-19 , menerangkan kepada kita, manusia
diciptakan dari unsur tanah manakala Jin dari unsur api.
Surah Al Araf: 38, Ha Mim As-Sajdah: 25,29, Ahqaf: 18, Adh
Dhariyat: 56, dan di sepanjang surah
Ar-Rahman, menegaskan bahawa manusia dan Jin adalah makhluk yang berbeza.
Surah Al Hijr: 27,
memberitahu kita Jin diciptakan sebelum manusia. Kita akan menjumpai hal yang
sama apabila meneliti kisah Adam as dan Iblis . Pekara ini dikisahkan di dalam
tujuh tempat di dalam Al-Quran dan di setiap tempat mengisahkan Iblis telah ada
sebelum penciptaan Adam as. Surah Al-Kahf: 50, menerangkan Iblis adalah dari
bangsa Jinn.
Surah Al-Araf: 27, menegaskan
syaitan(dari bangsa Jin) dapat melihat manusia. Tetapi mereka berada di suatu
keadaan yang tidak dapat dilihat oleh manusia.
.
Surah Al-Hijr: 16-l8,
surah As- Saaffat: 6-10 dan surah Al-Mulk: 5, memberikan kita maklumat
syaitan(dari bangsa jin) tidak dapat menembusi langit dunia.Mereka akan dikejar
panahan/sinaran jika cuba melintasi had yang tertentu. Ini diantaranya bermakna mereka tidak dapat mencuri berita
dari penghuni langit. Dengan perkataan lain syaitan itu tidak mengetahui pekara
yang ghaib sebagimana yang dinyatakan dalam surah Saba: 14.
Al-Baqarah: 30-34 dan
Al- Kahf: 50 menunjukan Allah swt mengamanahkan tugas kekhalifahan kepada
manusia di dunia ini.
Surah Adh-Dhariyat : 56
, menegaskan bahasa tujuan penciptaan Manusia dan Jin adalah sama iaitu
mengabdikan diri kepada Allah swt.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan