CUCU IBLIS MASUK ISLAM?
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan dalam kitab beliau
al-Isabah bahawa terdapat sekitar 70,000 Jin masuk Islam di tangan Nabi saw.
Dalam kitab yang sama di kisahkan ada Jin yang bertemu Nabi saw, “Ya
rasullah nama saya Hamma bin Himm bin Lahim bin Laqis bin Iblis .Saya cucu
kepada Iblis. Saya beriman dan Islam di tangan nabi Nuh as ,kemudian Nabi
Ibrahim as, kemudian Nabi Musa as, kemudian Nabi Sulaiman as dan Nabi Isa as.
Nabi Isa as menyampaikan pesan, jika saya masih hidup ketika Nabi Muhamad saw
dibangkitkan , sampaikan salam kepada baginda. Jadi saya menyampaikan salam
Nabi Isa as kepada rasullah”.
Tidak sedikit Jin 'sakit' yang sempat saya temui,apabila
mereka dipulihkan asbab Al-Quran dan Doa, seolah-olah mempunyai memori zaman
silam,ribuan tahun. Wallahu'alam
Tiada ulasan :
Catat Ulasan