Jumaat, 18 Oktober 2013

Berkenalan Dengan Qarin(Si Jin Pendamping/Kembar) Bahagian Satu


Mukaddimah
Kerap juga soalan mengenai Qarin diajukan kepada saya. Terkini dua malam berturut-turut selepas 12.00tgh malam soalan jenis ini ditanya.
Rasanya yg bertanya dan yg ditanya lebih kurang sama dari segi pengetahuan mengenai Qarin.
Saya kongsi di sini bukan kerana saya serba tahu tetapi lebih kpd perkongsian pengalaman. Yang baik kalau boleh diambil,silakan.Yang salah tolong betulkan.Yang kurang kalau berkesudian, sila tambah.
Di dalam Al-Quran ,perkataan Qarin diantaranya boleh ditemui:
“Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi Qarin(teman yang selalu menyertainya). (Az Zukhruf 43:36)
“ Dan Qarin( yang menyertai dia berkata:) “Ya Tuhan Kami ,aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan ( Qaf 50:27)
“Dan orang yang menafkahkan harta-harta mereka kerana riya kepada manusia dan orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian.Barang siapa yang mengambil syaitan itu sebagai temannya(Qarin), maka syaitan itu adalah teman rapat yang seburuk-buruknya (An- Nissa 4:38)
Dan ayat-ayat lain seperti Al-Fussilat 41:25 dan As-saffat 37: 51

Manakala di dalam al-Hadith pula, diantaranya:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدً إِلَّا وَمَعَهُ قَرِينُهُ مِنَ الجِنِّ وَقَرِينُهُ مِنَ المَلَائِكَةِ قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رسولَ اللهِ قَالَ وَإِيَّايَ وَلَكِنِّ اللهَ تعالى أَعَانَنِي عليه فَأَسْلَمَ فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ 
Maksudnya : “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga ada Qarin daripada bangsa malaikat. “Mereka bertanya, ‘Engkau juga ya Rasulullah.’ Sabdanya : “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”( Riwayat Ahmad dan Muslim )
Aisyah r.h.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah saw keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata, “ Aku merasa cemburu,” tiba-tiba baginda berpatah balik dan baginda bertanya: “ Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu.” Aku berkata : “ Bagaimana aku tidak cemburu orang yangseumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” sabda baginda : “Setiap insan ada syaitan iaitu (Qarin).” Aku bertanya lagi : “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Ya, tetapi Allah telah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.”  (Riwayat Muslim)

Abdullah bin Mas'ud mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda,"Tidak ada seorang pun di antara kalian yang tidak ditunjuk untuknya jin pendamping (Qarin)."
Para sahabat bertanya, "Termasuk tuan, ya Rasulullah?"
"Ya," jawab Nabi, "Hanya saja aku mendapat pertolongan Allah, sehingga jin pendampingku masuk Islam, dan dia tidak pernah meng-ajakku kecuali yang baik-baik."
(Di-takhrij oleh Muslim dalam Shahih-nya, Kitab Shifat Al-Munafiqin ma Ahkamuhum, Bab "Tahrisy Asy-Syaithan ma Bi'tsahu Sarayahu li Fitnah An-Nas." Dalam riwayat lain yang diterima dari Sufyan terdapat kalimat tambahan yang berbunyi, "... dan pendampingnya berupa malaikat." )




Saya pecahkan 2 pendapat  para Ulama semasa ataupun yang ahli di dalam bidang Jin mengenai Qarin:
1) Jin Pendamping(Qarin) adalah syaitan
2) Jin Pendamping(Qarin) boleh jadi Muslim dan boleh juga kafir

1)Pendapat Pertama,Qarin adalah syaitan
1.1 Tuan Guru Dato’ Dr.Haron Bin Din
Di dalam buku TGDDHD “Menjawab Persoalan Makhluk Halus” beliau ada menjelaskan:
Adapun Qarin adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.
Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), “Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui.”
Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.
Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qarinnya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).
Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarinnya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”
Ini merujuk kepada perkataan Qarin. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qarin.
Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qarin (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qarin, baginda menjawab, ya, saya pun ada qarin itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qarin itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).
Hadis daripada Ai’shah r.ha berkata,”Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai’shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai’shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan.”
Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qarin, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qarin ini, inikan pula insan biasa.
Oleh yang demikian, jelas bahawa qarin ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.
Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qarin adalah makhluk halus yang jahat.
Jika hendak dikatakan saka, hanya sekadar mengatakan ianya wujud ada, maka tidak salah mengatakan kita semuanya ada saka, tetapi saka yang saya maksudkan adalah saya yang sedia ada, bukan kerana dipelihara oleh keturunan, bukan disuruh oleh seseorang melakukannya tetapi kerana tabiat makhluk ini memang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kepada kejahatan. Wallahua’lam.

1.2 As-Syekh Wahid Abd.Salam Bali
Dalam bukunya yang berjudul Alam Al Jinn wa Asy-Syayathin fi Dhaw' Al-Kitab wa AsSunnah Dr. Umar Sulaiman Al-'Asyqar mengatakan, "Terlihat dari hadis tersebut bahwa Qarin boleh masuk Islam, berdasar ucapan Rasulullah saw. yang berbunyi, 'Kemudian dia masuk Islam' (fa aslama)." Lihat halaman 43. Pada halaman 31 Dr. Umar Sulaiman mengatakan, "Hubungan terus berlanjut, dan orang Muslim tersebut dapat mempengaruhi pendampingnya, sehingga dia masuk Islam."
Akan tetapi Syaikh Wahid Abd As-Salam Bali, mencanggahi pendapat tersebut dalam bukunya yang berjudul Wiqayat Al-Insan min Al-jin wa Asy-Syaithan, dengan mengatakan bahwa, "Apa yang dikemukakan Dr. Umar Sulaiman itu masih boleh didiskusikan. Sebab pendapat tersebut mengesankan bahwa seorang Muslim dapat mempengaruhi jin-pen-dampingnya sehingga masuk Islam. Bahkan beliau menegaskan benarnya hal itu. Akan tetapi masalahnya tidaklah demikian. Sebab riwayat yang disebut terdahulu hanya khusus berlaku untuk Rasulullah saw. Untuk mereka yang berpendapat bahwa hal itu berlaku untuk umum, semestinya mereka mengemukakan dalil untuk itu. Tetapi, sejauh yang saya ketahui,
tidak terdapat dalil untuk itu. Berdasar itu, maka sekalipun Umar r.a adalah seorang yang kuat imannya, kokoh aqidahnya, dan teguh dalam melaksanakan ajaran agamanya, bahkan syaitan  sangat takut kepadanya, dan beliau tidak dapat mempengaruhi mereka. Lebih dari itu, kalau seorang Muslim—selain Nabi saw.—dapat mempengaruhi syaitan sehingga dia masuk Islam, niscaya ternafikan ujian dan cobaan Allah swt dengan adanya syaitan (dan jin) itu." Lihat Wahid Abd As-Salam Baliy, Wiqayat Al-Insan min Al-Jinn ma Asy-Syaithan

Bersambung

1 ulasan :