Khamis, 24 Oktober 2013

Gangguan Jin Gunung Nuang (Gangguan kategori 3: ‘Sebab Marah’)

Petang itu ketika bersiap untuk keluar outstation,isteriku menerima panggilan telepon, seorang siswi perlukan bantuan. “InshaAllah,bawa kerumah ” jawabku ringkas . Menjadi kebiasaan siswi akan menghubungi ‘makcik’nya.

Mereka sampai beberapa minit sebelum azan asar. Beberapa orang siswi memapah seorang rakannya yang kelihatan ‘cedera’. Fellow lelaki En.M(bukan nama sebenar) memberi ‘taklimat’ ringkas tentang apa yang telah terjadi. Aku hanya memulakan ruqyah selepas berjamaah di masjid Tmn U. “Bang tadi siswi tu minum 3 gelas susu segar, masa abang di masjid” satu clue dari isteriku. Rakan rakan siswi berkenaan agak hairan bagaimana kawan mereka yang tak gemar minum susu, boleh menghabiskan 3 gelas susu segar dengan tanpa kepayahan.


Awal 2012 sekumpulan pelajar dari IPT selatan tanahair diganggu ketika di pertengahan pendakian ke puncak Nuang. Kabarnya Gunung Nuang adalah puncak yang paling sukar didaki berbanding dengan puncak gunung lain di tanahair.Pelajar wanita dirasuk.Menjerit dengan penuh emosi mengarah mereka menghentikan XPDC.”Kamu semua balik” suara garau keluar dari kerongkong seorang gadis. Pelajar berkenaan terus tumbang apabila dibacakan ayat kursi. Rombangan tersebut terpaksa bermalam di pertengahan gunung kerana pelajar tersebut tidak sedar, berterusan menangis dan ketawa. Esoknya mereka menghusung siswi tersebut turun dan kembali ke kampus utk mendapat rawatan. XPDC terhenti. Setelah doktor mengesahkan bawa siswi berkenaan 'normal' dari segi klinikal mereka memapah beliau berjumpa seorang 'Pak Cik'.

Apabila dibacakan al-Quran siswi berkenaan merangkak dengan penuh kepayahan utk menghalang Ruqyah namun  beliau gagal menyentuh 'Pak Cik' tersebut. Setelah sekitar setengah jam bacaan alquran(ruqyah) selesai. Siswi berkenaan duduk dalam keadaan kesakitan. Lengan kanannya terjatuh manakala tangan kirinya terikat ketubuh. Ku ajak dia berbicara. Mulutnya terkunci. Pandangan matanya kelihatan kosong. Kasihan.. Ku peringatkan jin itu tentang agama Allah swt. Dalam kepayahan yang amat sangat bait demi bait syahadatain yang ku ajarkan diikutinya sama. Ku baca ayat-ayat surah al mukminun 115-118,Al Hasr 21-24 , Al-Ikhlas, Al-Fatihah dan selawat Sifa’. Alhamdulillah apa yang menyakiti jin yang terlekat pada sisiwa itu diizinkan oleh Allah swt terurai dan terlerai. Sekarang dia(jin) boleh berbicara cuma dalam keadaan yang lemah, dahaga dan kelaparan. Selepas beliau minum dan makan, tenaganya kembali pulih. Ringkasnya Jin yg melekat pada beliau adalah Jin Islam. Anak perempuan yg berusia 6 tahun , terikat dan cedera. Tingkah laku anak Jin perempun ini memang sepadan dengan usianya. Tangan kanannya tercucuk  ‘kayu’ dan diikat dengan ‘batu’.

Setelah anak(jin) itu semakin pulih, ku meminta beliau ‘mencari’ keluarganya. Alhamdulillah, Allah swt pertemukan semula mereka. Aku azan supaya anak(Jin) ini mendapat ‘laluan selamat’ untuk ke masjid berhampiran. Sebelum keluar anak Jin berkenaan sempat memberi salam dan melambai-lambai hadirin yg melihat sessi berkenaan.Dia memberikan senyuman yang mesra kepada hadirin. Sebaik sahaja dia keluar, siswi berkenaan terus bangun dan berjalan. Perkataan pertama yg keluar dari mula beliau adalah " saya kat mana ni"?. Rupanya telah hampir 2 hari beliau ‘kehilangan’ dirinya.Alhamdulillah Allah swt telah menyembuhkan beliau.

Saya ringkaskan kisah ini spt dibawah:
1.Majoriti penghuni Nuang adalah Jin Kafir
2.Ada kelompok Jin minority yg masuk Islam asbab akhlak pendaki muslim dikalangan manusia.
3.Minority Jin muslim ini telah diserang oleh Jin Kafir. Sebahagian mereka ditawan dan sebahagian lagi berhijrah ke tempat lain.
4.Jin Islam yg cedera dan ditawan telah di'sihir' untuk menjadi khadam kepada Jin kafir.
5.Apabila pelajar Islam mendaki . Jin Kafir cuba menghalang dengan menggunakan Jin Islam yg ditawan dan disihir. Jin Islam yg bermasalah tadi dimasukan kedalam system manusia dan meracau spt yg terjadi kepada siswi berkenaan.
6.Mengapa mereka menghalang pendaki muslim yg baik. Mungkin diantaranya mereka cuba menyekat cahaya Islam bersinar di pergunungan Nuang.

Hakikat sebenar yg terjadi hanya kepada  Allah swt ku berserah hanya Dia yg Maha Mengetahui. Yg kita dambakan hanya keampunan dan redhaNYA. 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan