Khamis, 3 April 2014

Perisai Dari Kejahatan Syaitan(Perisai Pertama)

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang memberikan ingatan tentang syaitan adalah musuh yang nyata bagai mukmin. Salah satu dari kejahatan syaitan adalah ‘sihir’. Nabi saw mengajarkan kepada kita pelbagai amalan yang fadilatnya, Allah swt mengurniakan perlindungan kepada kita dari kejahatan syaitan.  Diantara amal soleh itu, contohnya solat,puasa,sedekah,amal makruf & nahi mungkar dan zikir.

Dikesempatan ini saya kongsikan satu zikir yang diajarkan Nabi saw untuk kita amalkan. Perlbagai riwayat mengenai zikir ini:

1)      Riwayat dari Imam Bukhari dan Muslim

لَا إِلَه إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْء قَدِيْر




Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang menyebut ‘Laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahulmulku walahulhamdu wahuwa ala kulli syai’inqadir’ dalam satu hari sebanyak 100 kali, ia adalah menyamai sepuluh perwira gagah perkasa (untuk menjadi pengawal dirinya), ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapuskan darinya seratus kejahatan. Ia adalah perisai kebal (untuk mengawal dirinya) dari kejahatan syaitan sepanjang hari tersebut sehinggalah melewati waktu petang. Tidak ada sesiapa yang terlebih baik amalannya berbanding zikir ini melainkan seseorang itu benar-benar banyak beramal.” – Riwayat al Bukhari dan Muslim


2)      Riwayat At-Tarmizi

Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang menyebut zikir ‘Laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahulmulku walahulhamdu wahuwa ala kulli syai’inqadir’ selepas solat Subuh iaitu dalam keadaan kedua kakinya masih belum berubah (masih dalam kedudukan tahiyyat akhir) dan masih belum bercakap; sebanyak 10 kali, dihapuskan darinya 10 dosa dan diangkat baginya 10 darjat. Dan ia baginya pada hari itu adalah perisai dari segala keburukan dan juga pengawal dari gangguan jahat syaitan. Segala dosa yang dilakukan pada hari itu akan terhapus melainkan dosa syirik sahaja.” – Riwayat at Tarmizi. Di dalam riwayat Imam al-Nasa’ie pula terdapat penambahan yang berbunyi: “ Dan adalah baginya juga untuk setiap kali menyebut zikir tersebut,pahala seperti memerdekakan seorang hamba.

3)      Riwayat At-Tarmizi

Dari Imam At-Tarmizi dari Imam Al-Nasa’ie daripada ‘Umarah bin Syabiib Ra,Katanya:
Maksudnya:





 Sesungguhnya Rasulullah Saw telah bersabda: “Sesiapa yang berzikir selepas solat Maghrib dengan zikir‘Laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahulmulku walahulhamdu yuhhi wayumit wahuwa ala kulli syai’inqadir’ sebanyak 10 kali, nescaya Allah swt akan mengutus malaikat yang sentiasa mengawalnya dari gangguan Syaitan yang direjam,sampai ke waktu pagi,ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan 10 kejahatan yang boleh membinasakannya dan diberi pahala seolah-olah memerdekakan sepuluh hamba perempuan yang mukminah.”

Subhanallah…supaya dipermudahkan untuk berzikir kepada Allah swt. Marilah kita amalkan zikir yang mudah ini dengan penuh keikhlasan dan istiqomah. Niatlah “Aku berzikir ini demi mencari redaMU Ya Allah, untuk mendapat kerahmatanMu Ya Allah, dan dengan kerahmatanMu itu, aku mohon dikurniakan perlindunganMu Ya Allah daripada kejahatan syaitan dan kurniaan-kurniaan yang lain”

Berdasarkan hadis-hadis di atas, cara amalan yang dicadangkan:
- zikir 10 kali selepas solat subuh
- zikir 10 kali selepas solat magrib
- zikir 100 kali seeloknya di sebelah pagi


Selamat beramal.

Khamis, 27 Mac 2014

Diantara Hikmah MH370 - Tipu Daya Iblis

Kesedihan targedi MH370 masih mendasar di lubuk hati. Hanya Doa kebaikan yang mampu dipanjatkan.
Munculnya bomoh dengan pelbagai aksi yang memalukan negara bagi saya ada hikmah tertentu di situ.
Maka terdedah kejelekan dan kebodohon amalan  yang lari dari sunnah Nabi saw. Latarbelakangnya sebagai guru silat( saya tidak tergamak mengunakan perkatan Maha) memberikan peringatan kepada ummah di seluruh pelusuk dunia.

Beberapa tahun dahulu saya mengkaji kejadian sihir berkaitan dengan ‘saka’  yang selalu mempunyai hubungan dengan silat. Saya meminati silat tetapi menentang amalan yang bertentangan dengan syariat terutamanya yang berkaitan ‘ritual’ tertentu. Ada silat tertentu di tanah air yang mempunyai murid yang ramai. Diajar dari peringkat sekolah sampai ke university. Melatih anggota-anggota keselamatan kita. Mempunyai hubungan dengan para pembesar Negara. Namun yang menguncangkan hati saya apabila di beritahu gurunya yang paling utama belajar secara terus dengan Tun Laksamana Hang Tuah. Masih ada lagi di youtube ucapan memimpin terkanan pertubuhan itu mencerita asalusul silatnya. Allahyarham gurunya(semoga Allah swt mengampunkannya) yang hidup di abad ini belajar secara terus dengan Tun laksamana yang datang dari abab ke 16 Masihi.

Ustaz Dr Amran Kasimin ada membahaskan berkenaan ‘rijalul  ghaib’, saya tidak berhajat membahaskannya buat masa ini. Namun begitu pekara asas di dalam syariat kita , mereka yang telah kembali ke alam barzakh tidak mungkin kembali semula ke alam dunia. Penghujjahnya terlalu banyak mengikut Nash Al-Quran dan As Sunnah.  Idea rijalul ghaib ini mempunyai persamaan dengan Imam-imam yang ghaib bagi ajaran syiah.

Tidak sedikit aliran tariqat tertentu yang mendakwa wiridnya diambil dari Nabi saw  oleh gurunya yang hidup ratusan tahun selepas kewafatan baginda saw. “Di ‘ijazahkan’ secara jaga di Kaabah oleh Nabi saw”. Dakwa mereka. Bahkan ada yang mendakwa  majlis-majlis zikir mereka dihadiri oleh Nabi saw.






Sekitar lima tahun dulu saya menekuni kitab di atas. Ramai juga  manusia di zaman sekarang  yang mengaku bertemu dengan Khidir as secara jaga. Kitab ini membawa hujjah golongan yang mengatakan Khidir as masih hidup  kemudian memperbandingankan dengan hujjah yang mengatakan baginda telah wafat. Sekarang banyak blog yang menulis mengenainya begitu juga ceramah ceramah para ulama yang disimpan di youtube.  Namun majority ulama mengatakan nabi Khidir as telah wafat dengan hujjah yang kuat termasuk Syeikh Dr.Yusuf Al Qaradawi.

Saya pernah didatangi oleh Jin yang mengaku  wali songo. Alhamdulillah saya masih bersabar kerana tidak melemparnya dengan kasut. Hujah saya secara lembut membuatkan Jin itu kehilangan sifat ‘wali’nya dengan mengamuk penuh kemarahan. Ya biasa saja syaitan menyamar dan mendakwa wali pulan bin pulan. Awas anda yang mula berjinak meneroka alam Jin dengan ‘talbis Iblis’ jenis ini. Setiap yang anda temui suluhlah dengan syariat disertai dengan doa mohon petunjuk dari Allah swt.

Sepanjang sejarah kehidupan, tipu daya Iblis dan tenteranya sentiasa mengintai. Tiadalah yang selamat melainkan mereka yang diselamatkan oleh Allah swt. Kepada perguruan silat , syaitan sering menyamar sebagai  Tun Tuah dan pelbagai panglima dahulukala. Kepada perguruan so called ‘rawatan Islam’, syaitan sering menyamar sebagi wali songo, syekh Abdul Qadir Al- Jilani rahimullah dan ‘ rijulul ghaib’ yang lain. Kepada madrasah tarikat, syaitan menyamar sebagai baginda Nabi saw juga para wali karamah yang lain. Syaitan memang tidak berupaya menyerupai nabi saw tetapi siapakah mengenali baginda saw di abad ini jika yang datang itu dakwaan dari syaitan. Sedang mimpi bertemu dengan Nabi saw yang sabit di dalam hadithpun mempunyai peraturan-peraturan tertentu untuk menentukan kesohihnya ,inikan pula mendawa berjumpa bahkan mengunakan perkataan me’manggil’ baginda saw secara yaqazah.

Saya kongsikan tulisan yang menarik di bawah buat renunga bersama.
 http://abufaith.blogspot.com/2014/01/pengaruh-syiah-dalam-tariqat-dan-tasawuf.html

Rabu, 12 Mac 2014

Mungkinkah MH370 Di tawan oleh Syaitan Memasuki Alam Jin?

Saya cuba meringkaskan tulisan ini di dalam tempoh setengah jam insha Allah tanpa sempat memberikan rujukan yang terperinci.

Ketika saya menulis ini, MH370 masih belum di temui. Doa kebaikan kita panjatkan kepada semua yang terlibat.

Kisah kemungkinan manusia memasuki alam Jin boleh dirujuk kepada tulisan saya sebelum ini.
Berdasarkan maklumat resmi pihak berkuasa, saya berpendapat kemungkinan MH370 disembunyikan oleh syaitan adalah tipis. Menurut maklumat resmi MH370 hilang secara tiba-tiba . Bagi saya Jin mahupun syaitan tidak mampu sampai ke tahap berkenaan. Mengapa? Hujah saya adalah seperti di bawah:

 1. Tahap Kekuatan Maksima Jin





38. Dia (Sulaiman) berkata, "Wahai para pembesar! Siapakah di antara kamu yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku menyerahkan diri?”
39. Ifrit dari golongan jin berkata, "Akulah yang akan membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu; dan sungguh, aku kuat melakukannya dan dapat dipercaya.”

Bermula ayat 38, Nabi Sulaiman as bersidang dengan golongan Malak atau bahasa politik sekarang para menteri kabinet . Diantaranya untuk membawa singgahsana Balkis. ‘Ifrit dari golongan Jin. Sedang di atas kapasiti peribadi ,’Ifrit adalah dari bangsa Jin yang paling kuat apa lagi beliau bercakap di atas kapasiti ‘Menteri’ dari kalangan Jin. Dengan kata lain beliau memaklumkan kekuatan tahap maksima yang dimiliki oleh golongan Jin untuk membawa singgahsana itu. Saya tiada maklumat purata masa yang diambil oleh Nabi Sulaiman as bagi menamatkan sebuah persidangan baginda as. Kemampuan tahap maksima Jin diberitahu oleh ‘Ifrit bagi membawa singgahsana itu adalah dari mula arahan sampai habis persidangan(sebelum Nabi Sulaiman as berdiri dari tempat baginda). Jika diandaikan persidangan itu mengambil masa satu jam , ini bermakna memindahkan singgahsana dari Saba di Yaman sampai ke Palestin adalah sejam pada tahap maksima.

Saya tidak fikir singgahsana itu lebih besar dari MH370. Jika benda yang lebih kecil dari MH370 perlukan masa untuk memindahkannya, bagaimana mungkin MH370 dilenyapkan secara tiba-tiba.

2.Rekod kehilangan pesawat terbang di Segi Tiga Bermuda

Saya tidak sempat menulis kes ini secara terperinci. Jika kita rujuk buku yang membincangkan kehilangan pesawat terbang di Segi Tiga Bermuda kita akan dapati kehilangan itu tidak secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Menara kawalan dapat merakamkan kejadi pelik yang menimpa pesawat-pesawat berkenaan.  Boleh google dan baca catatan berkenaan. Itupun teknologi tahun 60an.  MH370 dan sistem sokongannya adalah teknologi abad ini. Pun begitu dia dilaporkan hilang secara tiba-tiba . Kalau hilang secara tiba-tiba maka saya tidak fikir syaitan mampu melakukannya.

Sebenar terdapat lagi hujah yang lain , mengapa saya berpendapat MH370 tidak memasuki alam Jin. Jika ada rezeki insha Allah tulisan ini akan diperbaiki dan disambung.


 “MH370 banyak sungguh ibrahmu. Jika benar engkau tidak berada di alam manusia. Jika benar cara engkau ghaib spt yg diceritakan. Maka aku berpandangan engkau bukan dimasukkan ke alam Jin. Yang pastiku pohon. Moga kebesaran Allah swt yang masuk ke dalam hati setiap yang bernyawa.”  

Selasa, 11 Mac 2014

APA ADA PADA MH370

Pada melihat ke Maha Agungan KasihMu ,wahai Tuhanku yang Maha Qudus.

Seorang lelaki hamba yang  tidak dikenali dunia  , bergetar hati dan kulitnya hanya kerana melihat tompokan najis unta berjuraian airmata kasih ,takut dan harap kepadaMU.

Seorang hartawan, ilmuan lagi berkedudukan, baru saja bergetar hati , berjuraian airmata kasih dan takut kepadaMU, tika merenung hikmah kehilangan MH370.

Kedua-duanya  jadi ‘begitu’, kerana makrifat kepadaMU.
Dikau singkapkan ‘hijab’ makrifat tentang DiriMU kepada hamba-hambaMU yang Dikau pilih.

Maka wahai Tuhan yang Maha Sempurna , pilihlah Daku dikalangan mereka itu. Kembaraku pada mencari ‘erti’ , aku bersumpah dengan keagunganMu bahawa ia penuh dengan keindahan dan rindu yang hanya terubat bila bertemu denganMU.


“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur’an itu benar.Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.” (Fushshilat : 53)]

Isnin, 10 Februari 2014

Doa Perlindungan Dari Kejahatan Yang Menempati Di Suatu Lokasi

Doa bagi memohon perlindungan kepada Allah swt dari kejahatan itu banyak versinya. Diantara yang khusus disebut secara tepat mengenai kejahatan yang bertempat di sesuatu lokasi adalah seperti hadith yang akan saya kongsikan seperti di bawah.

Jadi tinggalkanlah petua-petua syirik seperti ucapan, “Tumpang datuk anak cucu nak lalu”. Atau tak perlulah membuang masa dan tenaga dengan “scan”.
Kebiasaan bangsa Arab Jahiliyah, apabila mereka melewati suatu lembah atau tempat yang menyeramkan maka mereka berlindung kepada raja jin di tempat tersebut agar melindungi mereka dari gangguan jin atau hewan yang ingin mencelakakan mereka. Sebagaimana mereka, apabila datang ke negeri musuh lalu mereka meminta perlindungan kepada pembesar negeri tersebut dan di bawah jaminannya.

Maka saat jin melihat para manusia tersebut meminta perlindungan kepada mereka karena takutnya, maka jin tersebut semakin menakut-nakuti mereka sehingga para manusia tersebut terus-menerus meminta perlindungan. Sehingga jin tersebut menambah kesesatan dan dosa, karena mereka terus-menerus melakukan kesyirikan dan kemungkaran yang diperintahkannya.
Allah Ta'ala berfirman,

"Dan sesungguhnya ada beberapa orang laki-laki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa  laki-laki dari jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat." (QS. Al-Jin: 6)

Para ulama telah sepakat bahwa perbuatan semacam ini, yaitu isti'adzah (memohon perlindungan) kepada selain Allah adalah tidak boleh, bahkan termasuk bagian kesyirikan.
Maula Ali al-Qari al-Hanafi berkata, "Tidak boleh memohon perlindungan kepada jin. Karena Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mencela orang-orang kafir atas perbuatan tersebut." Kemudian beliau rahimahullah menyebutkan firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Dan pada suatu hari saat Allah mengumpulkan mereka semua (dan berfirman): "Wahai golongan jin! Kamu telah benyak menyesatkan manusia." Dan kawan-kawan mereka dari golongan manusia berkata, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah saling mendapatkan kesenangan. Dan sekarang waktu yang telah Engkau tentukan kepada kami telah  datang." Allah berfirman, "Nerakalah tempat kamu selama-lamanya, kecuali jika Allah menghendaki lain." Sungguh Tuhanmu Mahabijaksana, Mahamengetahui." (QS. Al-An'am: 128)

Kesenangan yang didapatkan manusia dari jin berupa dituruti keinginannya, dikerjaka apa yang disuruhnya, dan diberitahu dari sebagian kabar ghaib. Sementara kesenangan yang didapatkan jin, manusia mengagungkannya, meminta perlindungan kepadanya, dan tunduk terhadap titahnya. (Diringkas dari Fathul Majid: 196)

Ketika seorang muslim singgah di satu tempat dan berharap tidak mendapatkan gangguan atau kejahatan dari jin, kalajengking, ular dan makhluk Allah swt lainnya yang mempunyai potensi jahat, maka ia dianjurkan untuk berlindung kepada pencipta mereka semua, yaitu Allah Ta'ala. Salah satunya dengan membaca doa yang diajarkan Rasulullah  Shallallahu 'Alaihi Wasallam.



"Siapa yang singgah di suatu tempat, lalu ia membaca: A'udzu Bikalimaatillaahit Taammaati min Syarri Maa Khalaq (Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya), maka tak ada sesuatupun yang membahayakannya sehingga ia beranjak dari tempatnya tersebut." (HR. Muslim)

Jika kita mengamalkan almathurat susunan Imam Hassan Al-Bana  ,kita akan berjumpa dengan bacaan yang sama. Bahkan ada hadith yang sama tetapi menceritakan kelebihan/fadhilat yang hampir sama.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi saw telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang membaca : A'udzu Bikalimaatillaahit Taammaati min Syarri Maa Khalaq (Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya) setiap petang sebanyak 3 kali ,maka dia akan selamat dari sebarang bisa atau sengatan semua(makhluk) yang beracun.” Riwayat Ibnu Hibban di dalam sohehnya.

Namun begitu langkah-langkah pencegahan yang lain perlu diambil kira sebagai ikhtiar seorang hamba. Jika perlu PPE, kita pakai PPE ,kalau perlu mematuhi prosidure keselamatan yang khusus maka hendaklah kita berbuat sedemikian. Termasuk juga mengambil takaful jika diperlukan.


Ahad, 9 Februari 2014

Penyakit 'Ain Siri Kedua

Dari Siri Pertama(Dinasihatkan membaca siri pertama terlebih dahulu)

Kita sering memuji anak-anak yang comel sambil mencubit pipi lembutnya. “Comelnya dia”. Ditakuti tanpa disedari kita telah memudaratkan anak berkenaan dengan masalah ‘ain dengan izin Allah swt. Begitulah juga apabila kita melihat kereta atau rumah atau harta yang menimbulkan ketajuban samada milik sendiri atau milik orang lain. Jadi apa harus kita lakukan. Catatan siri ke dua, akan saya cuba huraikan.

 Seperti orang dewasa, bayi yang baru lahir dan kanak-kanak sangat mudah terkena penyakit ‘ain. Apalagi kalau bayi/anak itu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki bayi/anak yang lain, seperti kelucuannya,kecomelan ,kesehatannya, dan lain-lain yang mengundang perhatian siapa saja yang melihatnya.
Adapun diantara tanda-tanda anak yang terkena pengaruh buruk ‘ain adalah :

1.Tangisan yang luarbiasa yang tidak kunjung henti,kejang-kejang tanpa sebab yang jelas, tidak mau menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ
Aisyah rodhiyallohu anha berkata : “Suatu ketika Nabi masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis.Beliau berkata,”Mengapa bayi kalian menangis?Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain) (Shahihul jami’ 988 no.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering
عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِرَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ
Dari Jabir rodhiyallohu anhu bahwa Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam memberi rukhshoh (keringanan) bagi anak-anak Ja’far memakai bacaan ruqyah dari sengatan ular. Beliau berkata kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata beliau,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Sunnah bagi orang yang memandang takjub terhadap sesuatu :

Seperti yang telah dijelaskan di atas,bahwa penyakit ‘ain tidak hanya disebabkan oleh orang yang iri dan dengki terhadap sesuatu yang dipandangnya. bahkan setiap mata yang memandang takjub terhadap sesuatu dengan izin Allah juga boleh menyebabkan pengaruh buruk ‘ain walaupun orang tersebut tidak bermaksud menimpakan ‘ain. Bahkan ini terjadi pada para sahabat Nabi yang sudah terkenal akan kebersihan hati mereka.
Adapun diantara sunnah ketika seseorang memandang takjub terhadap sesuatu adalah :

1. Medoakan keberkahan pada apa yang dilihatnya

Dari Amir bin Robi’ah rodhiyallohu anhu :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ أَوْ مِنْ نَفْسِهِ أَوْ مِنْ مَالِهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيُبَرِّكْهُ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Rosullulloh shollallohu alaihi wa sallam bersabda : “Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkahan padanya, karena sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar). (HR Ahmad).

Di antara cara mendoakan keberkahan terhada apa yang dilihatnya adalah :
بَارَكَ اللَّهُ فِيهِ
‘Ya Alloh Semoga Alloh memberikan berkah padanya”
اللَّهُمَّ بَارِكْعَلَيْهِ
“Ya Alloh berkahilah atasnya”
اللَّهُمَّ بَارِكْلَهُ
“Ya Alloh berkahilah baginya”

2. Hendaklah mengucapkan :
مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
“
Hal ini berdasar firman Alloh dalam surat Al-Kahfi ayat 39. Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan :”Ketika engkau masuk suatu kebun dan kau merasa takjub akan keindahannya,mengapa engkau tidak memuji Allah swt atas nikmat yang telah diberikan kepadamu seperti nikmat harta dan anak keturunan yang tidak diberikan kepada selain engkau dan mengapa kamu tidak mengucapkan masya’Allah la quwwata illa billah.


Besambung Insha Allah

Rabu, 5 Februari 2014

Kisah Dan Tauladan(Ambil Lah Yang Ori Dari Nabi saw)


Sebarang amalan termasuk Zikir tidak lain dan tidak bukan melainkan di dalam rangka ibadah atau mendekatkan diri kepada Allah swt. Keikhlasan kerana Allah swt adalah kuncinya. Keikhlasan sahaja belum tentu selamat melainkan amalan itu mesti menurut cara yang diredai oleh Allah swt . Cara atau syariat itu lah yang telah dibawa contohnya oleh junjungan mulia Nabi Saw( Surah ali Imran ayat 31). Bagi memahami isu bidaah, Imam Hassan Albana ra telah membahaskan pekara ini melalui usul 20. Ia di bahaskan pada usul ke 11 dan 12.(huraian lanjut boleh di dapati di dalam beberapa buah kitab atau rujuk terus kepada ulama yang mendapat tarbiah dari madrasah Imam Hassan AlBana)
Usul ke 11.  Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
Usul 12. Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
Kepada ahli zikir dan peminat ilmu saya kongsikan kisah benar di bawah sebagai kisah dan tauladan kali ini. “Ambillah yang ‘Ori’ dari Nabi saw”
اَللّهُمَّ اَنَّانَعُوذُ بِكَ مِنْ اَنْ نُشْرِكَ شَيْءًا نَعْلَمُهُ
وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا
لاَ نَعْلَمُهُ

Kisah ini mungkin panjang tetapi bagi saya berbaloi membacanya.
Penulis Tim Majalah Ghoib 
Alamat : Gedung UNAS
Jl.Kalilio No.17-19 Senen Jakarta Pusat Telp. 021 – 380 22 39 , 021 7037 4645
0815 11311 554 , 0813 8185 5656 

Awas jangan salah pilih! Nasehat ini berlaku bagi siapapun yang ingin belajar agama. Hati-hatilah sebelum bergabung dengan kelompok tertentu. Lantaran merebaknya aliran-aliran menyesatkan yang bermunculan di negeri ini. Seperti kisah Anton, dua tahun lamanya ia bersama kelompok pengajian yang mengajarkan ilmu pellet, tembus pandang maupun teluh. Ia menuturkan kisahnya kepada Majalah Ghaib.

Senja itu, aku duduk di beranda rumah. Di atas dipan bambu. Menghadap persimpangan jalan yang selalu ramai. Rumahku memang terletak persis di jalan utama kampung. Lalu lalang orang di persimpangan jalan itu menarik perhatianku. Seorang lelaki tua dengan cangkul di pundak mengiringi langkah-langkah kambingnya. Bercak-bercak lumpur masih menempel di pakaiannya. Tak jauh di belakang lelaki itu, seorang anak muda berjalan santai. Bajunya bersih dengan songkok hitam menghias kepalanya. Rudi, begitu ia biasa kupanggil. Ia tinggal dua gang dari rumahku.

Cukup lama aku diam. Bayangan lelaki tua dan Rudi silih berganti mengisi pikiranku. Lelaki tua itu nampak tak peduli dengan masa depannya. Ia tenggelam dalam kesibukan dunia. Saat matahari nyaris tenggelam, ia baru melengggang pulang. Berbeda dengan Rudi, teman sebayaku yang menghabiskan waktunya di sebuah pesantren di Jawa Timur. Sudah seminggu ini ia ada di rumah.
Adzan Maghrib membuyarkan lamunanku. Aku bergegas mengambil songkok dan menyusul Rudi. Anak muda yang satu ini berbeda dengan pemuda yang biasa kukenal selama ini. "Hai Rud," sapaku pada Rudi selepas shalat Maghrib. "Hei Ton, kamu makin gemuk saja," sapanya balik sambil memelukku erat. Obrolan pun berlanjut di serambi masjid sambil menunggu waktu shalat Isya'.
Terus terang, aku tertarik dengan kepribadian Rudi. Ia nampak lebih dewasa dari usianya. Ia pun menuturkan pengalamannya selama ini. Ketenangan dan kedamaian hidup di tengah-tengah santri. Rudi memang lebih memilih mengabdikan diri di pesantren setelah lulus Aliyah (setingkat SMA). Ia menjabat sebagai wali asrama. Sebuah pengalaman yang menarik perhatianku.
Sayangnya, Rudi tak lama tinggal di rumah. Ia harus kembali ke pesantren. Namun, kepribadiannya yang kuat telah meninggalkan kesan mendalam dalam jiwaku. Ia memang sosok pemuda yang berbeda dari teman-temanku yang lain. Jenggotnya yang tipis membuatnya kian berwibawa. Bayangan masa kecil kembali berkelebat. Saat bermain bersama di pematang sawah, bermandi lumpur atau berenang di sungai. Rudi memang berbeda.
Dalam hati, aku ingin seperti dia. Aku ingin memiliki kepribadian yang kuat sepertinya. Haruskah aku mondok di pesantren seperti Rudi? Keinginan yang kuat itu terbentur dengan realita, bahwa aku tidak lagi anak SD. Usiaku sudah delapan belas tahun. Kembali ke pesantren tentu bukan pilihan terbaik bagi seseorang yang telah kuliah di semester satu.
Di tengah semangat yang membara untuk belajar agama itu aku bertemu dengan Dian. Teman SMP yang drop out. Kami memang jarang ngobrol selama ini. Ketika aku bercerita tentang Rudi dan keinginanku untuk belajar agama, Dian mengangguk-angguk pelan. "Ya sudah gabung saja denganku. Ntar malam jam sepuluh di mushalla RT III," katanya menawariku bergabung dengan pengajian yang biasa diikutinya.
Rudi boleh pergi, tapi semangat tidak boleh luntur, pikirku. Malam harinya, aku mampir ke rumah Dian. Tidak enak, bila berangkat sendirian ke pengajian yang belum pernah kuikuti. 

Kuhentikan mobil dengan kedipan mata.

Mushalla itu tidak terlalu besar. Kira-kira 7 x 12 meter. Deretan sandal-sandal menghias pelataran mushalla saat aku tiba di sana. Pengajian memang belum dimulai, tapi sekumpulan pemuda dan bapak-bapak tenggelam dalam dunianya masing-masing. Sama sekali tak memperhatikan kehadiranku bersama Dian.
"Yan, kok diam semua?" tanyaku penasaran pada Dian. "Biasa, mereka sedang berdzikir. Nanti kamu juga seperti mereka," jawab Dian sambil mencari tempat duduk di pojok belakang. Aku mengikuti Dian dari belakang. Hanya itu yang bisa kulakukan dalam keterasingan ini.
Setengah jam berlalu tanpa ada perubahan. Semua peserta pengajian tenggelam dalam dzikir masing-masing. Kutengok Dian di sebelahku. Ia juga sudah larut dalam dzikirnya. Aku pun terdiam dalam keheningan.

Sekitar jam sebelas, seorang kakek dalam balutan kain putih masuk mushalla. Langkahnya yang tegap tidak dapat menyembunyikan usianya. Orang-orang yang ada di dalam mushalla pun berdiri. Mereka mencium tangan kakek yang baru datang. Oh, ini gurunya gumamku lirih.
"Malam ini, kita mengulang kembali dzikir yang kita pelajari minggu lalu," ujar kakek yang biasa dipanggil dengan guru itu memulai pembicaraannya setelah salam. Aku pun tenggelam dalam dzikir bersama mereka, menghabiskan malam hingga menjelang Shubuh.
Malam itu adalah pengalaman pertama bagiku. Meski kuakui aku lebih banyak diam. Malam-malam berikutnya, aku selalu hadir dalam pengajian dzikir itu. Aku berusaha mengejar ketinggalan dengan banyak bertanya kepada Dian. Alhasil, aku terbilang seorang murid yang cepat menguasai dzikir yang diajarkan sang guru dalam berbagai bahasanya.
Masalah kuliah? Untuk sementara ini tidak ada masalah. Meski banyak bolos, tapi setidaknya sekali dalam seminggu aku sempatkan hadir di kampus. Sekadar bertemu teman-teman atau sesekali masuk ruang kuliah. Orangtua juga tidak mempermasalahkannya. Kumanfaatkan celah kehidupan kampus yang berbeda dengan SMA, seorang mahasiswa tidak harus mengikuti perkuliahan setiap hari.
Aku lebih disibukkan dengan rutinitas dzikir. Setidaknya, saat itu ada nilai lebih yang kurasakan dibandingkan dengan yang kudapat dari bangku kuliah. Tidaklah mengherankan bila gaya kelelawar tidak lagi kupermasalahkan. Malam begadang pagi mendengkur.
Sejatinya, dzikir yang kami lantunkan itu bukan sembarang dzikir. Karena dzikir itu merupakan pintu gerbang penguasaan ilmu kanuragan. Berbagai jenis ilmu kesaktian yang selama ini hanya kudengar satu persatu dapat aku kuasai. Hingga aku masuk dalam lingkar utama murid guru yang terdiri dari lima orang.

Suatu malam, guru mengajari kami dzikir dari surat Ar-Ra'du. "Kalian jangan meremehkan surat Ar-Ra'du. Di dalamnya ada satu ayat yang bisa mendatangkan kekuatan yang mampu menahan laju mobil," tutur guru mengawali pengajian dzikir malam itu.
Menurut penjelasan guru, untuk menguasai dzikir dari surat Ar-Ra'du ini memang tidak mudah. Ia harus dirapal di tempat tertentu dan dalam hitungan tertentu. Akhirnya lima orang murid utama guru sepakat untuk menguasai ilmu yang diambil dari dzikir surat Ar-Ra'du ini.
Aku, Emon, Leo, Braja dan Dian dengan ditemani guru pergi ke sumur tujuh di Serang, Banten. Kami berenam berangkat selepas Maghrib dari Jakarta. Jelang jam sebelas, kami tiba di lokasi sumur tujuh. 
Waktu itu cuaca kurang bersahabat. Hujan gerimis menyertai langkah-langkah kaki di atas tanah licin. Namun, jalanan yang gelap itu bukan kendala bagi kami. Jalan setapak itu tidak ubahnya seperti jalanan berbatu saja. Kami melangkah dengan pasti dibawah panduan ilmu terang untuk menembus pekatnya malam.

Setiba di suatu tempat, kami berpencar. Guru membagi kami berlima. Masing-masing berdzikir di bawah pohon besar di salah satu sumur tujuh itu tanpa ada yang menemani. Aku sendiri kebagian tempat di sumur dua. Sementara guru menunggu kami di pendopo. 
Sebelum berpencar guru menyampaikan wejangan terakhir. "Kalau kalian melihat sesuatu yang aneh, biarkan saja. Jangan hiraukan, karena itu adalah bagian dari ujian ilmu ini," ujar guru. Wejangan itu menjadi bekal bagi kami menuju sumur-sumur masing-masing.
Aku masuk kawasan sumur dua, saat jarum jam di tanganku menunjuk angka 12. Tepat di bawah pohon besar, aku duduk bersila. Ku atur nafas dan persiapkan diri sebaik mungkin. Selanjutnya sebuah ayat dari surat Ar-Ra'du dengan lancar menghiasi bibirku. Ayat itu harus kuulang sebanyak 313 kali. Entahlah, mengapa harus dalam hitungan sebanyak itu, kami tidak pernah mempertanyakannya kepada guru.

Satu jam berlalu, gerakan-gerakan aneh di sekitar mulai kurasakan. Di atas kepala, seekor ular menggantung membelit dahan pohon yang cukup besar. Ular itu mendesis. Aku berusaha menguasai diri, bahwa ular itu hanyalah ular jadian. Ia bukan ular yang sesungguhnya dan tidak akan menggigitku. Kudiamkan saja, ular itu bergelayutan sampai akhirnya hilang dengan sendirinya.
Selang beberapa saat kemudian, dari sebelah kanan muncul seekor harimau. Ia mengaum dan mengibas-ngibaskan ekornya. Belum hilang keterkejutanku dari belakang seekor kalajengking besar datang menghampiri. Wejangan guru sebelum berpencar kembali terngiang di telinga. "Jangan hiraukan… Jangan hiraukan," sekuat tenaga aku berusaha menguasai diri, hingga akhirnya hewan-hewan itu berbalik menjadi pendukung.
Mereka tidak lagi menakutkan dengan tingkah polahnya, tapi justru menjadi pendukung. "Teruskan… Teruskan…. Teruskan…," begitulah kata-kata yang terdengar di telinga.
Malam pun terus merayap menyertai bacaan dzikir surat Ar-Ra'du yang tetap mengalir dari mulutku. Semuanya berakhir ketika Shubuh menjelang. Aku bergegas kembali ke tempat berpisah. Ternyata teman-teman yang lain juga baru datang. Kami berkumpul dan menceritakan pengalamannya. Masing-masing dengan pengalamannya yang berbeda satu sama lain. 
Pagi itu, kami langsung balik Jakarta Barat. Sore harinya, kami berkumpul kembali di lapangan bola. Di sanalah, kami melatih ilmu yang baru kami kuasai. Seorang teman melempar sebuah bola tepat ke arah kepalaku. Dan … beberapa detik sebelum menyentuh kepala, kubaca ayat dari surat Ar-Ra'du. Hasilnya, bola itu tertahan hanya beberapa senti dari mata. Kami terkesima. Sulit dipercaya bagaimana bola itu terhenti. Latihan itu terus kami ulang. Dua hari kemudian, kekuatan dzikir itu aku coba untuk menghentikan mobil.
Kebetulan, salah seorang teman membawa mobilnya ke lapangan. Emon yang menyetir. Ia sudah bersiap di belakang kemudi. Mobil sudah dinyalakan. Sementara aku berdiri di depan mobil. Aku konsentrasi dan merapal dzikir. Sedetik kemudian kuberi kode kepada Emon agar menarik pedal gas. Mobil menderu. Emon kembali menarik pedal gas, tapi mobil tetap tak bergerak. Mobil itu tertahan lajunya. Entah kekuatan apa yang menahannya. Semakin sering berdzikir, ilmuku semakin kuat, hingga akhirnya hanya dengan kedipan mata, sebuah mobil bisa berhenti mendadak.



Mataku sanggup menembus tembok
Meski jarang masuk kuliah, bukan berarti nilaiku jelek. Soal ujian tidak menjadi masalah bagiku. Bahkan IP tiga pun kuraih di semester dua. Tak pelak, teman-teman keheranan, bagaimana mungkin seorang mahasiswa yang masuk seminggu sekali dapat nilai bagus. “Ton, kamu datang saat UTS-UTS doang, tapi nilai gedhe-gedhe juga. Percaya nggak percaya,” seloroh Gorda, teman sekelas.
Seloroh Gorda itu kutanggapi dengan senyuman saja. Mereka tidak tahu, bahwa saat ujian aku biasa merapal dzikir dan menerapkan ilmu tembus pandang. Aku melirik lembar jawaban teman yang terkenal otaknya encer. Wah, itu IP nya tiga lebih, nyontek sama dia saja, pikirku. Berikutnya tinggal membaca wirid tertentu, jawaban dia langsung tergambar di pelupuk mata. Tinggal kutulis ulang di lembar jawaban.
Sejatinya ilmu tembus pandang dipergunakan untuk membaca pikiran dan karakter seseorang saat pertemuan pertama. Namun, dalam perkembangannya ilmu ini diterapkan untuk berbagai keperluan. Tidak sebatas membaca pikiran tapi lebih jauh dari itu. Ilmu ini bisa melacak jejak orang yang berada di balik tembok. Atau melihat tubuh seseorang, seperti saat tidak mengenakan pakaian. 
Dari tiga puluhan murid hanya tiga orang yang menguasai ilmu ini. Aku salah satu dari mereka. Namun, untuk menerawang seseorang dari balik bajunya, terus terang aku tidak berani melakukannya. Nuraniku menghalangi dan membatasi keinginan iseng itu. Meski pada akhirnya aku sempat kebobolan sekali. Di saat pergi ke pasar, aku terpesona dengan seseorang dan kuterapkan ilmu tembus pandang. Untunglah aku segera tersadar. Aku akhiri petualangan gila itu dengan berwudhu. 

Tak terasa, setahun telah berlalu. Pengajian dzikir itu memberiku banyak pelajaran bagaimana menjadi orang sakti. Berbagai jenis ilmu telah kukuasai. Aku pun tidak kalah bersaing dengan seorang dukun yang terang-terangan membuka praktek. Kalau mau, aku bisa seperti mereka. Ilmu pelet sudah kukuasai. Ilmu kebal, tembus pandang, tapak muka, atau bahkan ilmu teluh.
Aku memang tidak mau mengabulkan semua permintaan orang yang minta tolong. Untuk meneluh misalnya. Bila yang mau dikerjai itu orang Islam aku tidak mau. Seperti ketika Vigo, seorang teman sepermainan, mengaku didzalimi oleh atasannya. Uang komisi 20 juta yang seharusnya ia dapatkan, tidak diterimanya. Vigo minta bantuanku. 
Aku bersedia. Tapi teluh ini tidak untuk membunuhnya, aku hanya ingin memberi pelajaran kepada orang yang mau menang sendiri dan tertawa di atas penderitaan orang lain. Supaya dia juga merasakan betapa susah menjadi orang tersiksa. Tersiksa karena penyakit atau himpitan ekonomi yang menyesakkan dada. Aku yakin Vigo hanya satu orang dari sekian banyak orang yang telah didzaliminya.

Foto, ranting pohon, kain kafan, tanah kuburan dan madat telah siap di atas meja. Kutaruh madat di dalam rokok, lalu kunyalakan. Asap yang mengepul, kutiup ke atas foto sambil merapal mantra. Aku tetap melakukannya hingga madat sebesar biji jagung itu habis. Sementara itu tanah kuburan dan kain kafan kuikat menjadi dua. Satu dilemparkan ke tempat air, dan sebuah ikatan lagi dibungkus plastik lalu ditaruh di bawah ban mobil hingga teluh itu terlindas mobil orang yang akan diteluh.
Tak lama kemudian, teluh itu bekerja, bossnya Vigo dibawa ke rumah sakit. Alasannya klise. Dia sakit mendadak. Cukup parah memang, ia sempat pingsan beberapa kali. Melihat perkembangan yang tidak menentu, boss Vigo akhirnya meminta maaf kepada karyawan. Ia mengakui selama ini dia telah berlaku semena-mena. Para karyawan yang menurut Vigo berada di samping ranjang boss hanya bisa menunduk. 

Di tengah kesedihan itu, sontak keajaiban terjadi. Tiba-tiba boss Vigo tersenyum. Ia merasakan sudah baikan dan tidak butuh infus lagi. Padahal beberapa menit sebelumnya ia masih merasakan sakit. Memang, teluh yang kupelajari mudah dilunturkan. Hanya dengan meminta maaf, maka reaksi teluh itu berangsur menurun.
Guru mengaku sebagai Tuhan.
Aku terhenyak. Pengajian di bulan Januari 2004 membangkitkan nalarku yang selama ini tenggelam dalam buaian kesaktian. Guru yang selama ini kami gugu dan kami tiru mulai membongkar jatidirinya. Ia mengaku sebagai Tuhan yang harus diikuti dan dipatuhi perintahnya.
Semua itu bermula ketika ia mengaku berbicara dengan Tuhan. Bukan dalam shalat seperti yang biasa dilakukan seorang muslim. Tapi shalat dengan gayanya sendiri. Aku seakan dibangunkan dari tidur panjang. Aku sadar itu adalah kesalahan fatal yang tidak boleh terjadi. Meski guru meminta murid-muridnya untuk mematuhinya, tapi sejak itu friksi di antara kami mulai terbuka.
Kami berada dalam kebimbangan. Akhirnya Aku dan kelima orang murid utama yang selama ini selalu patuh dan hormat, mulai menyelidiki dengan seksama keseharian guru. Semua itu kami lakukan agar bisa mengambil keputusan terbaik atas kemelut yang berkembang.
Hasil dari penyelidikan kami sungguh mengecewakan. Kami dapat bukti bahwa sudah lama guru tidak lagi mengikuti shalat Jum'at. Temuan ini menimbulkan kebimbangan baru. Bila guru tidak shalat Jum'at, tapi mengapa ilmu yang diajarkan selama ini terbukti keampuhannya? Ilmu tembus pandang, tapak muka, pelet, teluh maupun ilmu yang lain.

Kebingungan itu mengantarkan kami untuk bertanya kepada seorang ustadz terpandang di daerah kami. "Jangankan kamu, doa Iblis saja dikabulkan. Kalau manusia ada masanya kapan dikabulkan Allah, Iblis cepat dikabulkan. Karena ia dijanjikan neraka," kata ustadz dengan bijak. Jawaban itu memuaskan kami, hingga tanpa ragu kami putuskan untuk mengundurkan diri dari perguruan. Ya, kami berlima sebagai murid utama dan paling tinggi penguasaan ilmunya, akhirnya harus mengakhiri kebersamaan kami setelah dua tahun tergabung dalam pengajian dzikir.
Sebenarnya ini bukan keputusan yang ringan, karena guru sempat mengancam. "Ntar pada apes semua kalau jadi mundur," kata guru dengan suara sedikit ditekan. Sebagai seorang murid yang mengetahui kesaktian guru, wajar bila terbesit kekhawatiran bila guru akan membuktikan ancamannya. Tapi keputusan kami sudah bulat. Apapun yang terjadi kami harus keluar. Karena guru sudah tidak layak lagi dipatuhi dan diikuti perintahnya.

Keputusan itu memberiku kesempatan untuk merenungkan kembali apa yang terjadi selama dua tahun belakangan. Perlahan ku ingat kembali kejadian-kejadian yang lalu. Pada akhirnya aku mengambil kesimpulan bahwa telah banyak yang berubah dalam diri ini.
Aku tidak lagi seorang adik yang manis di depan kakak-kakaknya. Aku mudah marah bila ada gurauan yang tidak enak didengar di telinga. Meski aku sadar bahwa itu hanya gurauan, tapi itulah yang terjadi. Hingga aku jarang berbincang-bincang dengan saudaraku sendiri.
Perasaan sebagai orang sakti dan memiliki kemampuan lebih dibandingkan orang lain yang membuatku mudah terpancing. Hingga preman pasar pun hormat kepadaku. Hal ini bermula ketika pada suatu sore kuhantam dua orang preman dengan sekali pukul.
Bukan hanya preman yang merasakan kerasnya kepalan tanganku. Saat mengikuti demo mahasiswa menentang kebijakan kenaikan BBM, pun aku sempat bentrok dengan tiga orang polisi. Di saat mahasiswa sudah mau mundur, tiga polisi merangsek maju. Mereka mengejar mahasiswa. Aku yang berada di garis terdepan menjadi sasaran empuk mereka dan terjadilah baku hantam antara aku dan tiga orang polisi.

Sekian banyak masalah muncul, setelah aku bergabung dengan pengajian dzikir itu semakin menyadarkan diriku bahwa ada yang salah dalam dzikir-dzikirnya. Kuakui aku memang orang awam. Keterlibatanku dengan pengajian pada awalnya karena aku ingin belajar agama. Aku ingin seperti Rudi yang sopan dan lembut tutur katanya. Tapi yang terjadi kemudian di luar perkiraanku sendiri.
Di tengah kegalauan jiwa itu Allah mempertemukanku dengan sekelompok aktifis dakwah. Dari mereka, aku banyak belajar agama. Persahabatan itu semakin menguatkan diriku untuk mempelajari Islam dari orang-orang yang kompeten. Dari orang-orang yang mengedepankan kemurnian akidah dan keshahihan ibadah. Hingga pada akhirnya aku mengikuti ruqyah di kantor Majalah Ghaib cabang Tangerang.

Alhamdulillah tingkat emosionalku menurun drastis. Lebih dari itu aku dapat menikmati persaudaraan dengan kakak-kakakku. Tawa dan canda kembali menggema di antara kami setelah sempat menghilang dua tahun. Allah mungkin memberiku jalan seperti ini untuk masa depan yang lebih cerah. Semoga Allah merubah masa depanku ke arah yang lebih baik.