Khamis, 27 Mac 2014

Diantara Hikmah MH370 - Tipu Daya Iblis

Kesedihan targedi MH370 masih mendasar di lubuk hati. Hanya Doa kebaikan yang mampu dipanjatkan.
Munculnya bomoh dengan pelbagai aksi yang memalukan negara bagi saya ada hikmah tertentu di situ.
Maka terdedah kejelekan dan kebodohon amalan  yang lari dari sunnah Nabi saw. Latarbelakangnya sebagai guru silat( saya tidak tergamak mengunakan perkatan Maha) memberikan peringatan kepada ummah di seluruh pelusuk dunia.

Beberapa tahun dahulu saya mengkaji kejadian sihir berkaitan dengan ‘saka’  yang selalu mempunyai hubungan dengan silat. Saya meminati silat tetapi menentang amalan yang bertentangan dengan syariat terutamanya yang berkaitan ‘ritual’ tertentu. Ada silat tertentu di tanah air yang mempunyai murid yang ramai. Diajar dari peringkat sekolah sampai ke university. Melatih anggota-anggota keselamatan kita. Mempunyai hubungan dengan para pembesar Negara. Namun yang menguncangkan hati saya apabila di beritahu gurunya yang paling utama belajar secara terus dengan Tun Laksamana Hang Tuah. Masih ada lagi di youtube ucapan memimpin terkanan pertubuhan itu mencerita asalusul silatnya. Allahyarham gurunya(semoga Allah swt mengampunkannya) yang hidup di abad ini belajar secara terus dengan Tun laksamana yang datang dari abab ke 16 Masihi.

Ustaz Dr Amran Kasimin ada membahaskan berkenaan ‘rijalul  ghaib’, saya tidak berhajat membahaskannya buat masa ini. Namun begitu pekara asas di dalam syariat kita , mereka yang telah kembali ke alam barzakh tidak mungkin kembali semula ke alam dunia. Penghujjahnya terlalu banyak mengikut Nash Al-Quran dan As Sunnah.  Idea rijalul ghaib ini mempunyai persamaan dengan Imam-imam yang ghaib bagi ajaran syiah.

Tidak sedikit aliran tariqat tertentu yang mendakwa wiridnya diambil dari Nabi saw  oleh gurunya yang hidup ratusan tahun selepas kewafatan baginda saw. “Di ‘ijazahkan’ secara jaga di Kaabah oleh Nabi saw”. Dakwa mereka. Bahkan ada yang mendakwa  majlis-majlis zikir mereka dihadiri oleh Nabi saw.






Sekitar lima tahun dulu saya menekuni kitab di atas. Ramai juga  manusia di zaman sekarang  yang mengaku bertemu dengan Khidir as secara jaga. Kitab ini membawa hujjah golongan yang mengatakan Khidir as masih hidup  kemudian memperbandingankan dengan hujjah yang mengatakan baginda telah wafat. Sekarang banyak blog yang menulis mengenainya begitu juga ceramah ceramah para ulama yang disimpan di youtube.  Namun majority ulama mengatakan nabi Khidir as telah wafat dengan hujjah yang kuat termasuk Syeikh Dr.Yusuf Al Qaradawi.

Saya pernah didatangi oleh Jin yang mengaku  wali songo. Alhamdulillah saya masih bersabar kerana tidak melemparnya dengan kasut. Hujah saya secara lembut membuatkan Jin itu kehilangan sifat ‘wali’nya dengan mengamuk penuh kemarahan. Ya biasa saja syaitan menyamar dan mendakwa wali pulan bin pulan. Awas anda yang mula berjinak meneroka alam Jin dengan ‘talbis Iblis’ jenis ini. Setiap yang anda temui suluhlah dengan syariat disertai dengan doa mohon petunjuk dari Allah swt.

Sepanjang sejarah kehidupan, tipu daya Iblis dan tenteranya sentiasa mengintai. Tiadalah yang selamat melainkan mereka yang diselamatkan oleh Allah swt. Kepada perguruan silat , syaitan sering menyamar sebagai  Tun Tuah dan pelbagai panglima dahulukala. Kepada perguruan so called ‘rawatan Islam’, syaitan sering menyamar sebagi wali songo, syekh Abdul Qadir Al- Jilani rahimullah dan ‘ rijulul ghaib’ yang lain. Kepada madrasah tarikat, syaitan menyamar sebagai baginda Nabi saw juga para wali karamah yang lain. Syaitan memang tidak berupaya menyerupai nabi saw tetapi siapakah mengenali baginda saw di abad ini jika yang datang itu dakwaan dari syaitan. Sedang mimpi bertemu dengan Nabi saw yang sabit di dalam hadithpun mempunyai peraturan-peraturan tertentu untuk menentukan kesohihnya ,inikan pula mendawa berjumpa bahkan mengunakan perkataan me’manggil’ baginda saw secara yaqazah.

Saya kongsikan tulisan yang menarik di bawah buat renunga bersama.
 http://abufaith.blogspot.com/2014/01/pengaruh-syiah-dalam-tariqat-dan-tasawuf.html

Tiada ulasan :

Catat Ulasan