Selasa, 11 Mac 2014

APA ADA PADA MH370

Pada melihat ke Maha Agungan KasihMu ,wahai Tuhanku yang Maha Qudus.

Seorang lelaki hamba yang  tidak dikenali dunia  , bergetar hati dan kulitnya hanya kerana melihat tompokan najis unta berjuraian airmata kasih ,takut dan harap kepadaMU.

Seorang hartawan, ilmuan lagi berkedudukan, baru saja bergetar hati , berjuraian airmata kasih dan takut kepadaMU, tika merenung hikmah kehilangan MH370.

Kedua-duanya  jadi ‘begitu’, kerana makrifat kepadaMU.
Dikau singkapkan ‘hijab’ makrifat tentang DiriMU kepada hamba-hambaMU yang Dikau pilih.

Maka wahai Tuhan yang Maha Sempurna , pilihlah Daku dikalangan mereka itu. Kembaraku pada mencari ‘erti’ , aku bersumpah dengan keagunganMu bahawa ia penuh dengan keindahan dan rindu yang hanya terubat bila bertemu denganMU.


“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur’an itu benar.Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.” (Fushshilat : 53)]

Tiada ulasan :

Catat Ulasan