Rabu, 12 Mac 2014

Mungkinkah MH370 Di tawan oleh Syaitan Memasuki Alam Jin?

Saya cuba meringkaskan tulisan ini di dalam tempoh setengah jam insha Allah tanpa sempat memberikan rujukan yang terperinci.

Ketika saya menulis ini, MH370 masih belum di temui. Doa kebaikan kita panjatkan kepada semua yang terlibat.

Kisah kemungkinan manusia memasuki alam Jin boleh dirujuk kepada tulisan saya sebelum ini.
Berdasarkan maklumat resmi pihak berkuasa, saya berpendapat kemungkinan MH370 disembunyikan oleh syaitan adalah tipis. Menurut maklumat resmi MH370 hilang secara tiba-tiba . Bagi saya Jin mahupun syaitan tidak mampu sampai ke tahap berkenaan. Mengapa? Hujah saya adalah seperti di bawah:

 1. Tahap Kekuatan Maksima Jin





38. Dia (Sulaiman) berkata, "Wahai para pembesar! Siapakah di antara kamu yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku menyerahkan diri?”
39. Ifrit dari golongan jin berkata, "Akulah yang akan membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu; dan sungguh, aku kuat melakukannya dan dapat dipercaya.”

Bermula ayat 38, Nabi Sulaiman as bersidang dengan golongan Malak atau bahasa politik sekarang para menteri kabinet . Diantaranya untuk membawa singgahsana Balkis. ‘Ifrit dari golongan Jin. Sedang di atas kapasiti peribadi ,’Ifrit adalah dari bangsa Jin yang paling kuat apa lagi beliau bercakap di atas kapasiti ‘Menteri’ dari kalangan Jin. Dengan kata lain beliau memaklumkan kekuatan tahap maksima yang dimiliki oleh golongan Jin untuk membawa singgahsana itu. Saya tiada maklumat purata masa yang diambil oleh Nabi Sulaiman as bagi menamatkan sebuah persidangan baginda as. Kemampuan tahap maksima Jin diberitahu oleh ‘Ifrit bagi membawa singgahsana itu adalah dari mula arahan sampai habis persidangan(sebelum Nabi Sulaiman as berdiri dari tempat baginda). Jika diandaikan persidangan itu mengambil masa satu jam , ini bermakna memindahkan singgahsana dari Saba di Yaman sampai ke Palestin adalah sejam pada tahap maksima.

Saya tidak fikir singgahsana itu lebih besar dari MH370. Jika benda yang lebih kecil dari MH370 perlukan masa untuk memindahkannya, bagaimana mungkin MH370 dilenyapkan secara tiba-tiba.

2.Rekod kehilangan pesawat terbang di Segi Tiga Bermuda

Saya tidak sempat menulis kes ini secara terperinci. Jika kita rujuk buku yang membincangkan kehilangan pesawat terbang di Segi Tiga Bermuda kita akan dapati kehilangan itu tidak secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Menara kawalan dapat merakamkan kejadi pelik yang menimpa pesawat-pesawat berkenaan.  Boleh google dan baca catatan berkenaan. Itupun teknologi tahun 60an.  MH370 dan sistem sokongannya adalah teknologi abad ini. Pun begitu dia dilaporkan hilang secara tiba-tiba . Kalau hilang secara tiba-tiba maka saya tidak fikir syaitan mampu melakukannya.

Sebenar terdapat lagi hujah yang lain , mengapa saya berpendapat MH370 tidak memasuki alam Jin. Jika ada rezeki insha Allah tulisan ini akan diperbaiki dan disambung.


 “MH370 banyak sungguh ibrahmu. Jika benar engkau tidak berada di alam manusia. Jika benar cara engkau ghaib spt yg diceritakan. Maka aku berpandangan engkau bukan dimasukkan ke alam Jin. Yang pastiku pohon. Moga kebesaran Allah swt yang masuk ke dalam hati setiap yang bernyawa.”  

Tiada ulasan :

Catat Ulasan