Terdapat banyak ayat Al-Quran yang memberikan ingatan
tentang syaitan adalah musuh yang nyata bagai mukmin. Salah satu dari kejahatan
syaitan adalah ‘sihir’. Nabi saw mengajarkan kepada kita pelbagai amalan yang
fadilatnya, Allah swt mengurniakan perlindungan kepada kita dari kejahatan
syaitan. Diantara amal soleh itu,
contohnya solat,puasa,sedekah,amal makruf & nahi mungkar dan zikir.
Dikesempatan ini saya kongsikan satu zikir yang diajarkan
Nabi saw untuk kita amalkan. Perlbagai riwayat mengenai zikir ini:
1)
Riwayat dari Imam Bukhari dan Muslim
لَا
إِلَه إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْء قَدِيْر
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang menyebut ‘Laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahulmulku walahulhamdu wahuwa ala kulli syai’inqadir’ dalam satu hari sebanyak 100 kali, ia adalah menyamai sepuluh perwira gagah perkasa (untuk menjadi pengawal dirinya), ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapuskan darinya seratus kejahatan. Ia adalah perisai kebal (untuk mengawal dirinya) dari kejahatan syaitan sepanjang hari tersebut sehinggalah melewati waktu petang. Tidak ada sesiapa yang terlebih baik amalannya berbanding zikir ini melainkan seseorang itu benar-benar banyak beramal.” – Riwayat al Bukhari dan Muslim
2)
Riwayat At-Tarmizi
Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang menyebut zikir ‘Laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahulmulku walahulhamdu wahuwa ala kulli syai’inqadir’ selepas solat Subuh iaitu dalam keadaan kedua kakinya masih belum berubah (masih dalam kedudukan tahiyyat akhir) dan masih belum bercakap; sebanyak 10 kali, dihapuskan darinya 10 dosa dan diangkat baginya 10 darjat. Dan ia baginya pada hari itu adalah perisai dari segala keburukan dan juga pengawal dari gangguan jahat syaitan. Segala dosa yang dilakukan pada hari itu akan terhapus melainkan dosa syirik sahaja.” – Riwayat at Tarmizi. Di dalam riwayat Imam al-Nasa’ie pula terdapat penambahan yang berbunyi: “ Dan adalah baginya juga untuk setiap kali menyebut zikir tersebut,pahala seperti memerdekakan seorang hamba.
3)
Riwayat At-Tarmizi
Dari Imam At-Tarmizi dari Imam Al-Nasa’ie daripada ‘Umarah bin Syabiib Ra,Katanya:
Sesungguhnya
Rasulullah Saw telah bersabda: “Sesiapa yang berzikir selepas solat Maghrib
dengan zikir‘Laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahulmulku
walahulhamdu yuhhi wayumit wahuwa ala kulli syai’inqadir’ sebanyak 10
kali, nescaya Allah swt akan mengutus malaikat yang sentiasa mengawalnya dari
gangguan Syaitan yang direjam,sampai ke waktu pagi,ditulis baginya 10 kebaikan,
dihapuskan 10 kejahatan yang boleh membinasakannya dan diberi pahala
seolah-olah memerdekakan sepuluh hamba perempuan yang mukminah.”
Subhanallah…supaya dipermudahkan untuk berzikir kepada Allah swt. Marilah kita amalkan zikir yang mudah ini dengan penuh keikhlasan
dan istiqomah. Niatlah “Aku berzikir ini demi mencari redaMU Ya Allah, untuk
mendapat kerahmatanMu Ya Allah, dan dengan kerahmatanMu itu, aku mohon
dikurniakan perlindunganMu Ya Allah daripada kejahatan syaitan dan kurniaan-kurniaan
yang lain”
Berdasarkan hadis-hadis di atas, cara amalan yang
dicadangkan:
- zikir 10 kali selepas solat subuh
- zikir 10 kali selepas solat magrib
- zikir 100 kali seeloknya di sebelah pagi
Selamat beramal.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan