Kita manusia menggunakan pelbagai peralatan dengan pelbagai
tujuan di dalam kehidupan ini. Bagaimana pula Jin?. Adakah mereka juga mencipta
peralatan dan menggunakannya?. Atau soalan yang lebih berat lagi, adakah mereka
membangunkan teknologi?.
Abu Ad-Darda ra. pernah pula menceritakan: “Rasulullah saw
berdiri untuk mengerjakan shalat. Kami mendengar beliau berkata: “Aku
berlindung kepada Allah darimu.” Kemudian berkata tiga kali: “Aku melaknatmu
dengan laknat Allah.” Beliau membentangkan tangannya seakan-akan menangkap
sesuatu. Ketika beliau selesai shalat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami
tadi mendengarmu mengucapkan sesuatu di dalam shalat yang sebelumnya kami belum
pernah mendengar engkau mengucapkannya dan kami melihatmu membentangkan
tanganmu.” Beliau menjawab keheranan para sahabatnya dengan menyatakan:
“Sesungguhnya musuh Allah, Iblis, datang dengan bola api yang hendak dia
letakkan pada wajahku. Aku katakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, tiga
kali. Kemudian aku berkata: “Aku melaknatmu dengan laknat Allah yang sempurna
yang pantas untuk engkau dapatkan”, tiga kali. Lalu aku ingin menangkapnya.
Demi Allah, seandainya bukan karena doa saudara kami Sulaiman niscaya ia
menjumpai pagi hari dalam keadaan terikat hingga dapat dipermainkan oleh
anak-anak Madinah.” (HR. Muslim no. 1211)
Hadith di atas diantaranya memberikan pengetahuan kepada
kita tentang serangan Iblis dan senjata yang digunakannya. Hadith mengenai
perjalanan isra dan mikraj juga ada menceritakan kisah syaitan berbangsa ifrit
mengejar baginda saw sambil membawa obor-obor/jamung berapi.
Sedikit pengalaman yang saya lalui sebagai ‘mualij’
kecil-kecilan, senjata yang digunakan syaitan itu adalah pelbagai. Manusia yang
boleh memasuki spektrum 3.3(rujuk tulisan saya mengenai perbahasan kemampuan
manusia melihat jin) dapat melihatnya dengan izin Allah swt. Doakan saya
diizinkan Allah swt dan dengan keredaanNYA menulis pengalaman ini di masa
terdekat. Namun pada tulisan ini saya kongsikan sebahagian mukadimahnya.
Ayat-ayat Al-Quran yang saya kongsikan di bawah, jelas
menceritakan kepada kita tentang teknologi di alam Jin khususnya golongan
syaitan.
"Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa
menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai
perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan
biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami
mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya.
Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan
merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari
bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan piring-piring hidangan
yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya.
(Setelah itu Kami perintahkan): “Beramal lah kamu wahai keluarga Daud untuk
bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang
bersyukur." [Surah Saba' : Ayat 12
- 13]
"Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Syaitan; (dia
memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi
penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing)." [Surah Shaad : Ayat 37]
Kisah dan pengajaran(Serangan Senjata Syaitan)
Awal 2013,Skudai.
Tika aku sedang bertilawah di Masjid Taman U sementara
menunggu isya’ ,Samsung Note2 bergetar.Panggilan dari sahabatku Dr A. “Insha
Allah, lepas solat ana ziarah anta”. Jawabku ringkas.
Dr A, bagiku seorang yang sihat dan segak. Sesampai di rumahnya,
beliau duduk di sofa, tidak dapat berdiri menyambutku.Tersandar di sisinya
sebatang tongkat yang diselitkan di ketiak jika ingin berjalan.
“Tadi semasa saya keluar dari masjid selepas solat asar
tiba-tiba bahagian bawah lutut saya terasa amat sakit.” Jelas Dr.A. Beliau
terus membeli tongkat dan ke klinik university.
Tiada apa yang abnormal yang dapat dikesan oleh klinik berkenaan.Sepanjang
hidupnya beliau tidak pernah mengalami sakit seperti itu. Saya menghabiskan ruqyah sekitar setengah jam.
Isteri Dr.A yang duduk di sisi beliau mendengar sama. Selepas kami berdoa,
isteri beliau diizinkan Allah swt memasuki spectrum 3.3. Beliau melihat
beberapa senjata tajam dan panjang(senjata alam jin) tercucuk di bahagian yang
sakit pada kaki Dr.A. Saya hanya menganguk-angukkan kepala bersetuju dengan apa
yang beliau lihat.
Saya membaca ruqyah Ibn Mas’ud(rujuk tulisan saya yang
berkenaan) sambil mencabut senjata-senjata berkenaan dituruti dengan al-fatihah
sambil menyapu tangan saya dibahagian yang sakit. Luka-luka(bukan luka fizikal)
yang tertinggal mula bercantum.
Serta merta sakit di kaki Dr.A mula berkurangan. Saya
meninggalkan rumah Dr.A sekitar jam 12.30malam. Alhamdulillah subuh pagi itu
Dr.A solat di sebelah saya. Beliau pulih sepenuhnya,tongkat tersebut telah
beliau sedekahkan kepada yang memerlukannya. Allahuakbar hebatnya mukjizat Al-Quran dan
benarlah Rasulullah saw.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan