Rabu, 1 Januari 2014
Kategori Gangguan Makluk Halus
Penyakit itu banyak puncanya, bagi saya jika punca penyakit itu bersumber dari gangguan makhluk halus dan penyakit ‘ain maka tiada istilah alternatif bagi merawatnya. Maksud saya hanya kaedah yang diajarkan Rasullah SAW sahaja jalan yang terbaik dan paling selamat .
Melalui penelitian saya gangguan makhluk halus boleh dipecahkan kepada enam kumpulan:
1.Gangguan Sihir yang dihantar.
2.Gangguan Sihir Saka(berpunca dari amalan salah diri sendiri mahupun keluarga).
3.Gangguan Jin berpunca dari kemarahan Jin berkenaan kpd pesakit.
4.Gangguan Jin berpunca dari ke’cintaan’ Jin berkenaan kpd pesakit.
5.Gangguan Jin selain dari empat sebab di atas(keluar masuk tanpa sebab tertentu)
6.Penyakit berkaitan pandangan mata(penyakit ‘ain) . Samada ‘ain manusia ataupun ‘ain Jin.
Kategori 1 hingga 5 biasanya mempunyai ‘khadam’ dan ‘barangan sihir’. Manakala kategori 6 adalah berkaitan dengan roh. Sesetengah pesakit mempunyai kesemua semua set di atas dan sesetengahnya kombinasi tertentu.Namun kadang kadang hanya satu punca sahaja.
Rawatan Ruqyah dan doa itu asasnya sama cuma teknik dan cabangnya pelbagai. Spt bidang yg lain,bidang ini juga punya khilafnya. Saya kongsikan sebuah video ruqyah secara beramai-ramai.
Lautan ilmu ini begitu luas. Kita dianugrahkan satu ilmu bagi menjawab satu 'persoalan',namun datangnya satu ilmu itu mungkin bersamanya 10 persoalan yang lain pula. Ya Allah, daku ini amat fakir di hadapanMU,tuhan yang maha kaya lagi maha terpuji.
http://www.youtube.com/watch?v=bFAsMhZf1A0
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan