Isnin, 12 Mei 2014

Sebagai Mana Sakit,Sihat Juga Ujian

Kehidupan di dunia yang fana ini sentiasa di uji oleh Allah swt. Penyakit yang berpunca dari sihir dan gangguan makhluk halus juga adalah ujian dariNYA.

Kali ini saya kongsikan mutiara dari Syeikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari (w. 1309 M) di dalam kitabnya yang terkenal. Al Hikam.

NIKMAT DAN BALA ADALAH JALAN MENDEKATI ALLAH S.W.T.





SESIAPA YANG ENGGAN MENGHADAP ALLAH S.W.T DENGAN KEHALUSAN KURNIANYA AKAN DIHERET (UNTUK MENGHADAP-NYA) DENGAN RANTAI UJIAN BALA.


Sekiranya Allah s.w.t telah menentukan seseorang hamba-Nya itu sampai
kepada-Nya, sudah pasti si hamba itu akan sampai kepada-Nya. Hamba tadi
akan dibawa menghadap Allah s.w.t melalui dua cara.

Pertama adalah secara lemah-lembut. Diberi-Nya nikmat, dibukakan jalan 
untuk taat dan dipermudahkan perjalanannya hingga dia sampai kepada 
Allah s.w.t. Orang begini sesuai untuk menerima pujukan. Ada pula orang yang tidak endah bila dipujuk.

Cara kedua sesuai untuknya. Cara kedua adalah cara paksaan.
Allah s.w.t memutuskan apa sahaja yang mengikat hamba-Nya tadi.
Si hamba itu telah menjadi enggan berjalan menuju kepada Allah s.w.t kerana dia diikat oleh berbagai-bagai perkara seperti harta, kekuasaan, perniagaan dan sebagainya.

Selagi perkara-perkara itu mengikatnya selagi itulah dia tidak dapat berjalan
kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t yang mengasihani hamba tadi, memutuskan
semua ikatan tersebut dengan cara mendatangkan ujian bala kepadanya.

Ujian bala memisahkan si hamba dari apa jua yang menjadi penghalang 
antaranya dengan Allah s.w.t. Kemudian ujian bala membentuk hati agar 
dia berputus asadari apa yang telah terpisah daripadanya. 
Bila dia tidak berhajat lagi kepadamakhluk, baharulah dia dibawa menghadap
Allah s.w.t. Dia sudah boleh berjalanmenuju Allah s.w.t kerana beban berat 
di atas bahunya sudah terbuang. Kakinya berasa ringan untuk melangkah, 
fikirannya tenang dan jiwanya tenteram. Hatinya dapat bermunajat kepada
Allah s.w.t dengan khusyuk kerana tidak ada lagi gangguan duniawi dan mata benda.

Begitulah dua jalan yang disediakan oleh Allah s.w.t untuk membawa hamba-hamba-Nya kepada-Nya. Allah s.w.t berfirman:

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk
menurut, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga)
bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang. ( Ayat 15 : Surah ar-Ra’d )

Walau jalan mana pun yang ditempuh oleh seseorang hamba itu, Allah s.w.t
menantinya dengan keampunan, rahmat dan kasih sayang-Nya. Si hamba
dibawa hampir dengan-Nya dan dikurniakan berbagai-bagai nikmat yang
menggembirakan sehingga mereka tidak berasa rugi lantaran berpisah
daripada kesenangan duniawi.

Ujian menjadi batu pengasah untuk menggilap iman seseorang. 
Ada orang diuji dengan rezeki, ditaburkan rezeki kepadanya atau disempitkan.
Keluasan rezeki membentuk kesyukuran dan kesempitan membentuk kesabaran.
Jiwa yang dicanai oleh kesyukuran dan kesabaran akan menimbulkan rasa 
penyerahan dan pergantungan yang kuat kepada Allah s.w.t.
Keluasan rezeki membuatnya mengenali Allah s.w.t Yang Maha Baik,
Maha Pemurah. 

Kesempitan rezeki membuatnya mengenali Allah s.w.t Yang Maha Keras,
Maha Perkasa. Pada kedua-duanya dia mengenali Allah s.w.t 

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat
(dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya),
dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan
sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang
yang beriman. ( Ayat 37 : Surah ar-Ruum )

Orang yang beriman dengan Allah s.w.t dan takdir-Nya akan mendapat
pimpinan-Nya. Allah s.w.t berkuasa membalikkan hati-hati. Dipimpin-Nya hati
orang yang beriman agar menghadap kepada-Nya. Orang yang dipimpin-Nya
akan berasa mudah untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Kehalusan pimpinan-
Nya itu membuat hamba mengenali kekuasaan-Nya pada membalikkan hati
yang keras menjadi lembut dan yang malas beribadat menjadi rajin.

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan
dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan
memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang
dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Ayat
11 : Surah at-Taghaabun )

Orang-orang yang beriman akan sentiasa diuji kerana ujian itu membawa
berbagai-bagai ganjaran, nikmat dan kurniaan dari Allah s.w.t. Kekuatan amal
ibadat tidak berdaya mengangkat darjat seseorang hamba, lalu Allah s.w.t
hantarkan ujian dan melalui ujian itulah hamba-Nya dipersucikan dan diangkat
darjatnya. Dalam melakukan yang demikian, Allah s.w.t kenakan ujian kepada
hamba-Nya melalui perkara-perkara yang hampir dengan hamba itu, seperti
harta dan keluarga.
Sesungguhnya hartabenda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi
ujian; dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. ( Ayat 15 : Surah at-Taghaabun )

Ujian menjadi pengasing, mengasingkan hati yang beriman dengan hati yang
kufur. Dalam medan ujian itu ramai manusia disesatkan oleh iblis kerana hati
mereka diselimuti oleh keraguan. Orang yang beriman dapat bertahan
menghadapi gelombang ujian itu, malah ujian menambahkan kekuatan iman.
Keupayaan mengekalkan iman di dalam mengharungi lautan ujian membuat
hamba menginsafi bahawa sebenarnya Allah jua yang memelihara imannya itu,
bukan kekuatan dirinya.

Dan sesungguhnya iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu
mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang
tidak terpedaya dengan hasutannya). Dan sememangnya tiadalah bagi iblis
sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi
melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman
kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah)
Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap suatu. ( Ayat 20 & 21 :
Surah Saba’ )

Hamba yang dipelihara oleh Allah s.w.t itulah yang akan menemui kejayaan di

dunia dan di akhirat.

Khamis, 1 Mei 2014

Siri 3 : Siapa Dan Apakah Perbezaan Jin,Syaitan Dan Iblis




IBLIS Laknatullah


Iblis dari segi bahasa arab ia  berasal dari:

a)     Ablasa,Yublisu, Ilbisan yang bererti putus asa, kecewa atau berdukacita. Putus asa dari rahmat Allah swt.
b)    Al-Balas iaitu orang yang tidak mempunyai kebaikan walaupun sedikit.


Menurut sumber israilliyat Iblis ini mempunyai nama yang lain, seperti Azazil dan Naail. Jika dirujuk kepada kitab-kitab besar kita akan menemui banyak cerita atau hikayat mengenai Iblis. Saya tidak berhajat menulisnya di sini.

Ingin saya kongsikan pelbagai pandangan ulama mengenai Iblis.

1.     Khilaf Para Ilmuan Mengenai Iblis

 1.1  Adakah Iblis Malaikat Atau Jin?
Pendapat pertama dan yang paling kuat,menyatakan bahwa iblis berasal dari jenis jin. Ini adalah pendapat Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahu. Beliau menyatakan: “Iblis tidak pernah menjadi golongan malaikat walaupun seketika. Dan dia benar-benar asal-usul jin, sebagaimana Adam adalah asal-usul manusia.” (Diriwayatkan Ibnu Jarir dalam tafsir surat Al-Kahfi ayat 50, dan dishahihkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsir-nya surah Al-Kahfi ayat 50)
Berhubung dengan perkara ini, Syeikh Said Hawa berkata di dalam al-Asas fit Tafsir, “Berdasarkan nas, iblis adalah daripada golongan jin, dan ini adalah pendapat yang dipegang oleh Hasan al-Basri dan Qatadah. Hal ini disebabkan iblis seperti golongan jin, dicipta daripada api sedangkan para malaikat dicipta daripada cahaya. Di samping itu, iblis menderhaka kepada Allah sedangkan para maluikat sentiasa taat dan tidak pernah menderhaka kepada Allah.”
Asy-Syahid Syed Qutub di dalam Fi Zilalil Quran pula berkata, “Iblis tidak mungkin tergolong dalam kumpulan malaikat kerana sekiranya dia malaikat, dia tidak akan menderhaka kepada Allah kerana di dalam al-Quran, Allah menyifatkan para malaikat sebagai makhluk yang tidak mengingkari segala perintah Allah dan sentiasa melaksanakan apa yang disuruh.Kandungan ayat 34 di dalam surah al-Baqarah ini menunjukkan, iblis berada bersama-sama para malaikat ketika Allah mengarahkan mereka sujud kepada Adam, namun dia bukan daripada golongan malaikat.”
Mungkin ada pula yang menimbulkan persoalan tentang dua malaikat Harut dan Marut seperti firman Allah swt dalam ayat 102 surah Al-Baqarah. Pelbagai penafsiran para mufasirin mengenainya.(boleh rujuk tafsir tafsir muktabar mengenainya). Saya amat bersetuju dengan pendapat bahawa Allah swt mengutus kedua dua Harut dan Marut untuk mengajar ilmu sihir kepada manusia supaya manusia dapat membezakan diantara sihir dan mukjizat para Nabi as. Ilmu sihir yang diajarkan bukan bertujuan untuk diamalkan kerana sihir itu adalah salah satu dosa yang besar.(doakan saya dapat berkongsi sedikit ilmu mengenai kejahatan sihir di masa akan datang)
Al-Jashshash dalam kitabnya Ahkamul Qur‘an (3/215), dan Asy-Syinqithi dalam kitabnya Adhwa`ul Bayan (4/120). Penjelasan tentang dalil pendapat ini beliau sebutkan dalam kitab tersebut. Secara ringkas, dapat disebutkan sebagai berikut:
a)     Malaikat adalah bersih dari perbuatan kufur dan dosa, sebagaimana firman Allah swt:
 “…yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)
“Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan, dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.” (Al-Anbiya`: 27)
b)    Surah Al-Kahfi ayat 50
“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, lalu ia mendurhakai perintah Rabbnya.”
Allah swt menegaskan dalam ayat ini bahwa iblis dari jin, dan jin bukanlah malaikat. Ulama yang memegang pendapat ini menyatakan: “Ini adalah nash Al-Qur`an yang tegas dalam masalah yang diperselisihkan ini.” Beliau juga menyatakan: “Dan hujjah yang paling kuat dalam masalah ini adalah hujjah mereka yang berpendapat bahwa iblis bukan dari malaikat.”
Malaikat diciptakan dari cahaya sedangkan Jin diciptakan dari api.
“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas.” (Al-Hijr : 27) 
“Dia menciptakan jin dari nyala api”.(Ar-Rahman : 15 )

Rasulullah saw bersabda:
 “Para malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari apa yang disifatkan kepada kalian.” (HR. Muslim no. 2996 dari ’Aisyah radhiallahu ‘anha)
Adapun pendapat kedua yang menyatakan bahwa iblis itu dari malaikat diantaranya adalah menurut Al-Qurthubi, adalah pendapat Ibnu ‘Abbas ra. berdasarkan firman Allah swt:
 “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam,’ maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” (Al-Baqarah: 34)
Juga berdasarkan beberapa riwayat Israiliyat.
Adapun alasan pendapat kedua (yakni surat Al-Baqarah ayat 34), sebenarnya ayat tersebut tidak menunjukkan bahwa iblis dari malaikat. Karena susunan kalimah tersebut adalah susunan istitsna` munqathi’ (yaitu yang dikecualikan tidaklah termasuk jenis yang disebutkan).
Adapun cerita-cerita asal-usul iblis, itu adalah cerita Israiliyat. Ibnu Katsir menyatakan: “Dan dalam masalah ini (asal-usul iblis), banyak yang diriwayatkan dari ulama salaf. Namun kebanyakkannya adalah Israiliyat (cerita-cerita dari Bani Israil) yang (sesungguhnya) dinukilkan untuk dikaji .Wallahu a’lam, Allah lebih tahu tentang keadaan cerita itu. Dan di antaranya ada yang dipastikan dusta, karena menyelisihi kebenaran yang ada di tangan kita. Dan apa yang ada di dalam Al-Qur`an sudah memadai dari yang selainnya dari berita-berita itu.” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/94)
Asy-Syinqithi menyatakan: “Apa yang disebutkan para ahli tafsir dari sekelompok ulama salaf, seperti Ibnu ‘Abbas dan selainnya, bahwa dahulu iblis termasuk pembesar malaikat, penjaga surga, mengurusi urusan dunia, dan namanya adalah ‘Azazil, ini semua adalah cerita Israiliyat yang tidak bisa dijadikan landasan.” (Adhwa`ul Bayan, 4/120-121)

1.2  Adakah Iblis Itu bapa Kepada Segala Jin?

Adapun yang berpendapat bahawa Iblis itu adalah bapa kepada segala Jin atau Jin yang pertama diciptakan oleh Allah swt adalah diantaranya pendapat  Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahu.
Beliau menyatakan: “Iblis tidak pernah menjadi golongan malaikat sama sekali. Dan dia benar-benar asal-usul jin, sebagaimana Adam adalah asal-usul manusia.” (Diriwayatkan Ibnu Jarir dalam tafsir surat Al-Kahfi ayat 50, dan dishahihkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsir-nya surah Al-Kahfi ayat 50)

Di Dalam kitab “Hayatul Hayawan al-Kubra” karangan Dumairi : semua jin adalah keturunan Iblis. Namun dikatakan juga bahwa Jin merupakan satu rumpun, sedangkan Iblis adalah satu dari mereka. Jin juga mempunyai keturunan,seperti dijelaskan dalam al-Qur’an surah al-Kahf (55) “Apakah kalian akan menjadikan mereka (jin) dan keturunanya sebagai kekasih selain Aku (Allah) padahal mereka adalah musuh kalian”. Mereka yang kafir dari kaum jin disebut syaitan.

Di dalam kitab “Akaamu-l-Marjan fi Ahkamil Jan” karangan Imam Syibli  disebutkan bahwa jin mencakup malaikat dan mahluk lainnya yang tidak dilihat oleh mata kasar. Sedangkan syaitan adalah jin yang durhaka dan kafir, mereka adalah anak-anak Iblis. 

Ibnu Abbas berpendapat : Jin adalah keturunan Jann, mereka bukan syaitan, mereka mati dan mereka ada yang beriman dan ada yang kafir. Sedangkan syaitan adalah anak Iblis mereka tidak akan mati kecuali bersama-sama Iblis.

 “Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (Al-Hijr: 27)

Pandangan Peribadi : Setakat yang pelajari dan kajian dari perlbagai sumber, saya belum menemui nas khusus dan jelas mengenai persoalan 1.2 di atas. Sehingga kini saya bersetuju dengan keterangan di dalam buku dialog dengan Jin Muslim tulisan Muhammad Isa Dawud.
Iaitu Iblis bukan ‘Jaan’ tetapi dari keturunan ‘Jaan’ .Saya nukil tulisan buku tersebut seperti di bawah. Pandangan ini menghampiri pendapat Ibnu Abbas bahawa Iblis bukan ‘Jaan’.

Sedutan buku Dialog Dengan Jin Muslim
Iblis Bukan Moyang Jin
Saya(penulis buku) bertanya kepada Jin sahabat saya: "Apakah Iblis itu moyang jin pada umumnya, sebagaimana Adam a.s. adalah moyang manusia?"

Jin: "Bukan, bukan," jawabnya, "Iblis adalah keturunan jin, dan bukan moyang jin."

Penulis:"Kalau begitu, siapa nama moyang jin?"

Jin : "Sejauh yang saya ketahui, Wallahu A’lam, namanya adalah Jan (dengan "a" panjang)."

Penulis :"Lalu, bagaimana tentang Iblis (semoga Allah mengutuknya)."

Jin  : "Dia adalah keturunan Jan. Dia sangat pandai, mirip malaikat. Tetapi kemudian ia berperangai buruk dan sombong, sebagaimana yang telah kalian ketahui dari firman Allah SWT yang berbunyi, Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman.kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka, sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia dari. golongan jin, lalu dia mendurhakai perintah Tuhannya.... ( Al-Kahfi: 50).



Iblis Adalah Moyang Setan

Penulis :  "Banyak orang meyakini bahwa Iblis adalah moyang jin."

Jin :      "Untuk mereka, saya punya bukti dan dalil. Alquran Al-Karim sama sekali tidak 
             mengatakan hal itu. Demikian pula halnya Nabi Muhammad saw. Bagaimanapun, Iblis                adalah moyang syaitan."

Penulis :  “Lantas, apa perbedaan jin dan setan?"

Jin  : "Syaitan adalah Jin, tetapi tidak setiap Jin adalah syaitan."

Penulis :  "Coba jelaskan lebih lanjut, sebab aku akan menyampaikan hal ini kepada para pembaca bukuku nanti."

Jin  :  "Masalahnya sederhana saja," katanya, "Iblis kawin dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya, lalu mereka dianugerahi keturunan. Keturunan yang berasal dari Iblis inilah yang kemudian disebut syaitan. Mereka memiliki rupa dan bentuk yang bermacam-macam yang, na`udzu billah, sebagian besar memiliki sosok yang sangat jelek, atau seperti anjing. Mereka mempunyai kota-kota dan tempat-tempat hunian. Biasanya di padang-padang pasir, gunung-gunung, pulau- pulau terpencil, dan di permukaan laut. Akan tetapi, sesudah aku masuk Islam, dan terima kasih kepada Isma'il, anak pamanmu, aku bisa mengatakan bahwa semua yang tidak beragama Islam, tidak melaksanakan ajaran-ajarannya, dan tidak mengikuti petunjuk Muhammad saw., adalah syaitan, sekalipun berpenampilan menawan. Tidak peduli dia jin atau manusia. Dalam keadaan seperti itu, Iblis, secara majazi, adalah moyang dan bapak spiritual mereka. Bahkan sebaiknya engkau katakan saja bahwa Iblis itu adalah pemimpin, moyang, sekaligus Tuhan bagi kelompok jin non-Muslim. Mereka semua bergabung di bawah panjinya. Tiap-tiap golongan di antara mereka meyakini betul keyakinan mereka melalui khayalan-khayalan mereka."

1.3  Adakah Iblis Itu Individu Atau Kelompok

Setakat yang saya ketahui tiada pandangan sarjana Islam yang mengatakan Iblis itu adalah kelompok. Cuma saya masukkan juga pekara 1.3 ini seolah-olah ia persoalan khilaf. Hal ini disebabkan saya biasa mendengar para asatizah dan perawat-perawat  menggunakan perkataan Iblis yang merujuk kepada kelompok.

Amat jelas dari nas al-Quran dan Hadith bahawa Iblis adalah adalah nama khusus yang hanya merujuk kepada satu individu sahaja. Di dalam banyak ayat-ayat Al-Quran, Allah swt menggunakan gantinama individu apabila merujuk kepada Iblis.


2.     Sumpah Permusuhan Iblis Terhadap Manusia

Al-Quran merakamkan pengisthiran permusuhan Iblis terhadap manusia. Allah swt berfirman:

"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya ". (Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim ". Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)" . (Al-'Araf 7:12-20)

3.     Iblis Hanya Mati Ketika Hari Qiamat

Berbeza dengan syaitan biasa yang berkemungkinan mati.Kematian Iblis diberi tangguh sehingga hari qiamat berdasarkan ayat-ayat Al Quran seperti pekara 2. di atas. Hujjah kematian syiatan selain Iblis boleh dirujuk di dalam siri 1 penulisan ini.



4.     Kerajaan Dan Bala Tentera Iblis

Iblis selaku raja segala syaitan mempunyai bala tenteranya untuk merosakan manusia. Hal ini adalah berdasarkan hadith berikut. Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, "Aku telah melakukan perkara ini dan itu", maka berkata Iblis, "Kamu tidak melakukan apa-apa", Kemudian seorang lagi datang dan berkata, "Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya", Iblis berkata, "Ya, kamulah (yang betul hebat)". (Riwayat Muslim)

Di dalam hadith yang lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَصْبَحَ إِبْلِيسُ بَثَّ جُنُودَهَ فَيَقُول: مَنْ أَضَلَّ مُسْلِمًا أَلْبَسْتُهُ التَّاجَ.

Pada waktu pagi, iblis mengutus pasukan tenteranya seraya berkata:
“Sesiapa yang berjaya menyesatkan seorang muslim
maka aku akan memakaikan mahkota kepadanya.”
Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 6189 (Kitab al-Tarikh, Bab permulaan penciptaan, berkenaan khabar iblis yang meletakkan mahkota ke atas kepala tenteranya yang paling berjaya membuat fitnah

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan bertahap-tahaplah dalam memujuk sesiapa yang engkau dapat dengan suaramu;
dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda
serta yang berjalan kaki… [al-Isra’ 17:64]


5.     Iblis Menyamar Sebagai Manusia, Takut Dan Lari Dari Tentera Allah swt.

Adalah direkod di dalam  beberapa kesempatan Iblis telah menyamar sebagai seorang lelaki. Diantara kisah yang masyhur adalah pengelibatan Iblis di dalam peperangan Badar.
Penyamarannya sebagai Suraqah bin Malik, bangsawan bani Kinanah bukan sahaja bagi mencetuskan dan menyemarakkan api peperangan bahkan menyertai barisan perang kafir Quraisy.

Namun si Iblis dan tenteranya telah lari tunggang langgang meninggalkan medan pertempuran ketika hampir meletusnya pertempuran. Demikian diterangkan sebagian mufassir berkaitan dengan firman Allah swt yang menceritakan hal ini:

 “Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: ‘Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadap kamu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu.’ Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: ‘Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu; sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah.’ Dan Allah sangat keras siksa-Nya.” (Al-Anfaal: 48)


Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullahu Ta’ala menceritakan, diriwayatkan bahwa syaitan yang menyerupai sebagai Suraqah bin Malik bin Ju’syum, dari Bani Bakr bin Kinanah yang ketika itu ditakuti Quraisy kalau-kalau menyerang dari belakang. Adh-Dhahhak berkata: “Iblis datang kepada mereka (pasukan musyrikin) pada peristiwa Badr membawa bendera dan sepasukan tentaranya. Dia memberikan keyakinan kepada mereka bahwa mereka tidak akan kalah, karena mereka berperang demi agama nenek moyang mereka.”

Ibnul Qayyim rahimahullahu Ta’ala menceritakan (Az-Zaad, 3/181):
“…… Ketika musuh Allah itu melihat tentara Allah turun dari langit, dia melarikan diri berbalik ke belakang. Kaum musyrikin bertanya: “Hai Suraqah, mau ke mana? Bukankah kau sudah mengatakan bahwa kau pelindung kami, tidak akan meninggalkan  kami?” Iblis menyahut: “Sungguh, aku melihat apa yang tidak kalian lihat, saya takut kepada Allah, dan Allah sangat keras siksa-Nya.”

Di dalam kitab Ar-Rahiq Al Makhtum mukasurat 315-316   , Syeikh Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri mencatatkan pengelibatan Iblis di dalam peperangan Badar : ” Apabila ia(Iblis) melihat penglibatan para malaikat itu terhadap orang Musyirikin,maka iapun melarikan diri berpatah kebelakang, tetapi dengan segera al-Harith bin Hisham merangkul dan menahannya- kerana disangkanya Suraqah-, tetapi Iblis terus menolak dadanya sehingga ia tercampak,kemudian Iblis melarikan diri. Orang Musyirikin yang lain berkata kepadanya: “Kemana kamu hendak pergi hai Suraqah? Bukankah kau sudah mengatakan bahwa kau pelindung kami, tidak akan meninggalkan  kami?” Iblis menjawab: “Sungguh, aku melihat apa yang tidak kalian lihat, saya takut kepada Allah, dan Allah sangat keras siksa-Nya.”Kemudian Iblis terus melarikan dirinya dan terjun ke dalam Laut.

Ibnu Katsir, (2/386) : Dia benar ketika mengatakan “saya melihat apa yang tidak kalian lihat”, tapi dusta ketika mengatakan saya takut kepada Allah. Yang benar, dikatakan bahwa dia sebetulnya takut kalau binasa di tangan tentara Allah tersebut. Inilah yang jelas.


Kisah-kisah di atas(pekara 5) memberikan maklumat kepada kita mengenai Iblis :
a)     Boleh menyamar dan memasuki spekturm boleh Nampak(rujuk juga tulisan saya mengenai isu  kemungkinan manusia melihat Jin).
b)    Walaupun kematian Iblis ditangguhkan tetapi si mala’un ini boleh ditakutkan dan dihalau. Atau dengan kata lain Iblis boleh disakiti atau dicedarakan.
c)     Laut menjadi tempat Iblis melarikan diri.


6.     Iblis Berketurunan

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada-Ku? [al-Kahf 18:50]


7.     Nabi Saw Diberi KeupayaanUntuk Menangkap Iblis.

Abu Darda ra menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk bersolat, lalu ketika sedang solat, baginda saw  berkata: 
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ.
“Aku berlindung kepada Allah dari engkau!”.
Kemudian baginda saw berkata:
أَلْعَنُكَ بِلَعْنَة اللَّهِ.
“Aku melaknat engkau dengan laknat Allah!”.Sebanyak tiga kali, sambil menghulurkan tangan seolah-olah ingin menangkap sesuatu.
Apabila bagindasaw selesai solat, kami bertanya:
“Wahai Rasulullah! Kami mendengar kamu berkata dalam solat sesuatu yang tidak pernah kami dengar kamu memperkatakannya (ketika sedang solat) dan kami melihat kamu menghulurkan tangan.”
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:

إِنَّ عَدُوَّ اللَّهِ إِبْلِيسَ جَاءَ بِشِهَابٍ مِنْ نَارٍ لِيَجْعَلَهُ فِي وَجْهِي

فَقُلْتُ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ.

ثُمَّ قُلْتُ: أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ التَّامَّةِ فَلَمْ يَسْتَأْخِرْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ أَرَدْتُ أَخْذَهُ

وَاللَّهِ لَوْلاَ دَعْوَةُ أَخِينَا سُلَيْمَانَ لأَصْبَحَ مُوثَقًا يَلْعَبُ بِهِ وِلْدَانُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ.

Sesungguhnya musuh Allah, yakni iblis, datang dengan membawa api untuk dilemparkan ke muka aku. Maka aku mengucap: “Aku berlindung kepada Allah dari engkau!” tiga kali.
Kemudian aku mengucap: “Aku melaknat engkau dengan laknat Allah!” akan tetapi dia tidak mengundur diri. Kemudian aku bermaksud untuk menangkapnya.
Demi Allah! Jika bukanlah kerana doa saudara kami Sulaiman nescaya ia akan terikat sehingga pagi dan dijadikan mainan anak-anak warga Madinah.
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 542 (Kitab al-Masajid…, Bab boleh melaknat syaitan ketika sedang solat…) 
Berdasarkan hadis di atas, Iblis dan syaitan  adalah satu makhluk yang boleh ditangkap, dikurung dan diikat. Hanya dari sudut syari‘at tindakan menangkap, mengurung dan mengikat makhluk jin dan syaitan tidak dibenarkan disebabkan oleh doa Nabi Sulaiman ‘alahi salam yang telah dikemukakan sebelum ini:

 (Sulaiman berdoa): “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya.” [Shad 38:35]


Bersambung Insha Allah

Siri 2 : Siapa Dan Apakah Perbezaan Jin,Syaitan Dan Iblis


Sambungan dari siri pertama. Adalah dinasihatkan untuk membaca siri pertama sebelum membaca siri ke dua ini.

30. Syaitan memiliki kepala.

Ciri ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya:

Sesungguhnya Kami jadikan (pokok Zaqqum itu) satu ujian bagi orang-orang yang zalim. Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang, buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan. [al-Saffat 37:63-65]

31. Syaitan Memiliki Akal.

Berdasarkan bantahan syaitan kepada Allah swt, dapat kita mengetahui bahawa syaitan memiliki akal. Ini kerana ia telah menggunakan logik akal untuk membantah perintah Allah. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang menjadi dalil kenyataan ini.


32. Syaitan memiliki dua tanduk.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Janganlah kalian melaksanakan solat (sunat mutlak) pada waktu terbit matahari(selepas subuh) dan terbenam matahari (selepas asar) kerana pada waktu itu muncul dua tanduk syaitan."

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 828-2

33. Syaitan memiliki hati, mata dan telinga.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).
[al-A’raaf 7:179]

34. Syaitan Makan Dan Minum.

Syaitan makan apa yang dibiarkan oleh manusia, sama ada yang masih tersisa di pinggan atau apa yang terjatuh darinya. Oleh kerana itulah Rasulullah saw mengingatkan kita supaya  menghabiskan semua makanan dan mengutip apa yang terjatuh darinya. Tindakan ini bukan sahaja mengelak makanan tersebut daripada diambil oleh syaitan tetapi untuk kita memperoleh keberkatan yang sepenuhnya dari makanan tersebut.

Anas bin Malik ra berkata:
Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan,baginda menjilat jari-jarinya tiga kali.
Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda:
“Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh,hendaklah (dia mengambilnya) dan membersihkan apa-apa kotoranyang melekat padanya lalu memakannya.Janganlah meninggalkannya untuk syaitan.”

Anas ra melanjutkan: 
“(Rasulullah) juga menyuruh kamiuntuk menghabiskan apa-apa sisa makanan.”
Baginda berpesan: “Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan.”
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2034

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan.”
                                                                                   [al-Isra’ 17:27]

Syaitan minum sambil berdiri.Pada satu ketika Rasulullah saw melihat seorang yang minum sambil berdiri. Baginda saw menegur:

“Jangan begitu!” Orang itu bertanya: “Mengapa?”  Rasulullah menjawab: “Adakah kamu suka minum bersama kucing?” Orang ituu menjawab: “Tidak.” Rasulullah meneruskan:
Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk darinya, iaitu syaitan."
Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Darimi dan sanadnya dinilai sahih oleh Husain Salim Asad dalam semakannya ke atas Musnad al-Darimi, hadis no: 2174 (Kitab al-Asyrabah, Bab orang yang dibenci minum berdiri)

Oleh itu hendaklah kita sedaya upaya mengelakkan diri minum sambil berdiri. Jika suasana tidak mengizinkan, boleh minum sambil berdiri. Ini kerana dalam suasana terpencil lagi terdesak, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah minum sambil berdiri. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma berkata:

“Aku menghidang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam air zam-zam
dan baginda meminumnya sambil berdiri.”
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2027 (Kitab al-Asyrabah, Bab minum air zam-zam sambil berdiri).

35. Jenis Makanan Syaitan

Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: Bismillahi awwalahu wa akhirahu." Kemudian Nabi s.a.w. ketawa lalu bersabda: "Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. (Riwayat Abu Dawud dan nasa'i)

Berdasarkan Hadith di atas dan hadith yang dikongsikan di dalam pekara 35, adalah boleh diambil perhatian bahawa jenis makanan dan minuman syaitan adalah sama dengan apa yang manusia makan. Saya senjaga menukilkan tajuk kecil ini secara bersendirian. Persepsi awam masih berpegang bahawa makanan Jin hanya bersumber dari asap dan tulang. Saya biasa mendengar ustaz mengatakan asap sebahagian makanan jin, tetapi saya masih belum menemuikan dalilnya. Mengenai tulang pula, kisahnya seperti di bawah. Namun diingatkan hadith tersebut hanya menyebut saudara kamu  Jin Islam.

Daripada Ibnu Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "'Aku pernah didatangi jin dan aku pun pergi bersamanya, lalu aku membacakan al-Quran kepada mereka.' Ibnu Mas'ud seterusnya berkata, kemudian Nabi S.A.W. mengajak kami pergi dan memperlihatkan bekas jin dan bekas api mereka kepada kami. Mereka meminta bekal kepada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: 'Setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya adalah bekal kamu dan ia melebihi kelazatan daging dan setiap kotoran binatang adalah sebagai makanan bagi haiwan tunggangan kamu. Oleh sebab itu, janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan kotoran haiwan kerana ia merupakan makanan saudara-saudara kamu(jin).'"
                                                                                                 
                                                                                     (Riwayat Muslim no. 450)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah bersabda: "Utusan jin pernah datang kepadaku. Mereka terdiri daripada dua kelompok. Alangkah baiknya jin itu. Kemudian mereka
meminta bekal kepadaku. Aku pun berdoa kepada Allah bahawa, tidaklah mereka mendapati tulang dan kotoran binatang melainkan ia adalah makanan mereka."                                                                                       
                                                                                      (Riwayat al-Bukhari no. 3571)

Sila ambil perhatian tentang najis haiwan  itu menjadi makanan kepada haiwan peliharaan Jin bukan makanan Jin Islam.


36. Syaitan Mencari Tempat Bermalam.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam.”

Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan (kepada golongannya):
“Kalian telah mendapat tempat bermalam.”

Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika makan,
berkatalah (syaitan kepada golongannya):
“Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam.”

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2018 (Kitab al-Asyrabah, Bab adab makan dan minum…).

Demikian juga apabila kita hendak keluar rumah, maka kuncilah pintu sambil menyebut nama Allah. Nescaya syaitan tidak akan dapat membukanya. Tutuplah juga bekas-bekas makan dan minum, nescaya syaitan tidak dapat membukanya dan mencemarinya. Padamkan juga lampu agar dengan itu syaitan tidak dapat menyebabkan berlakunya kebakaran.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah(dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah).Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah,tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah,walau pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian.”

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2012 (Kitab al-Asyrabah, Bab perintah menutupi bekas…).

Jika syaitan berjaya memasuki rumah untuk bermalam, syaitan akan bermalam dalam hidung para penghuni rumah tersebut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Apabila seseorang kalian bangun dari tidurnya dan berwudhu’, maka (sedutlah air ke dalam hidungnya dan) hembuslah air itu keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidung kalian.

Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3295 (Kitab Bad’i al-Khalq, Bab sifat iblis dan tenteranya).

37. Syaitan Merasuk Manusia.

Pekara ini menjadi perbincangan di kalangan sarjana Islam. Ada yang bersetuju dengan kenyataan di atas, ada pula yang menolaknya. Ia telah menjadi khilaf dan saya belum berhajat membincangkannya di sini. Namun berdasarkan kajian dan pengalaman saya bersetuju dengan kenyataan pekara 37.

Di Dalam perbincangan lalu telah dibincangkan kemampuan syaitan untuk bergerak dalam diri manusia dan melakukan pelbagai pengaruh ke atas manusia yang dimasukinya. Dalam suasana itu manusia yang dipengaruhi masih dalam keadaan yang normal. Akan tetapi adakalanya syaitan dapat mempengaruhi manusia hingga mengubah perwatakan dan tingkah lakunya, menjadi seolah-olah orang yang gila. Inilah yang disebut sebagai kerasukan atau histeria.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tentang kemampuan syaitan ini:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.
                                                                            [al-Baqarah 2:275]
Kerasukan tidak saja terhad kepada orang yang melibatkan diri dalam urusniaga riba, tetapi meluas kepada pelbagai keadaan yang lain. Merujuk kepada persoalan kerasukan dan hubungkaitnya dengan syaitan, manusia terbahagi kepada tiga golongan:

Mereka yang menafikannya. Golongan ini berkata, kerasukan tidak berpunca dari syaitan sebaliknya berpunca dari penyakit tertentu seperti gangguan saraf, perubahan hormon, tekanan jiwa (stress) dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini dapat dihentikan dengan mengambil ubat.

Mereka yang berlebih-lebihan. Golongan ini mengakui bahawa kerasukan berpunca dari syaitan. Akan tetapi mereka berlebih-lebihan dalam menyandarkannya kepada syaitan sehingga apa jua perubahan tingkah laku (behaviour) yang dihadapi oleh seseorang, mereka menganggapnya sebagai kerasukan syaitan.

Mereka yang berada di pertengahan antara golongan pertama dan kedua. Golongan ketiga ini berkata kerasukan boleh berpunca dari penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan. Maka kerasukan pertama (penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua (syaitan) dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami oleh seseorang sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia dihentikan dengan ubat dan zikir.

Ada pun hujah golongan pertama bahawa kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka membuktikannya dengan pelbagai penemuan baru tentang apa yang sedang berlaku dalam badan. Bahkan dengan peralatan serba canggih masa kini, mereka dapat menunjuk secara tepat bahagian saraf yang sedang mengalami gangguan dan keadaan hormon badan yang tidak seimbang. Maka apabila diberi ubat, apa yang dianggap sebagai kerasukan dapat dihentikan.

Akan tetapi, sekali pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap timbul satu persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar perubatan: Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian kelenjar merembeskan hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu dapat dihentikan dengan mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah kerasukan berulang apabila ubat habis dimakan?

Jawapannya dapat diperolehi dengan mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki tubuh badan manusia, ia mampu mengganggu kestabilan saraf dan keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak dianggap sebagai kerasukan, seperti mematikan saraf (paralyse), menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal (tumor and cancer). Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan diakui oleh sesiapa yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri syaitan yang dikupas dalam bab ini.

Walaubagaimana pun, ini tidaklah bererti semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca dari syaitan. Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia tua dan sebagainya. Maka tidaklah benar anggapan golongan kedua bahawa semua perubahan kelakuan berpunca dari syaitan.

Yang benar adalah bahawa kerasukan mungkin berpunca dari penyakit dan mungkin juga berpunca dari syaitan. Maka apa yang berpunca dari penyakit, ia dihentikan dengan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor pakar manakala apa yang berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka kedua-dua kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.

38. Syaitan Memiliki Kemahiran.

Saya pernah menulis sebelum ini berkenaaan ‘Teknologi syaitan”.Mereka adalah makhluk yang memiliki kemahiran membuat, bertindak dan beraktiviti. Antara aktiviti tersebut ialah membuat bangunan dan menyelam untuk Nabi Sulaiman ‘alaihi salam:

(Sulaiman berdoa): “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku;sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya.”
Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya.
Dan (Kami mudahkan bagi Sulaiman memerintah) syaitan: golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam.
                                                                                                [Shad 38:35-37]


39. Syaitan Mempunyai Waktu Kegemaran.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan yang bermaksud:

Apabila malam menjelang tiba maka tahanlah anak-anak kalian (dari keluar)kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran.Apabila telah berlalu waktu Isya’, maka lepaskanlah mereka.

Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3280 (Kitab Bad’i al-Khalq, Bab sifat iblis dan tenteranya).

40. Syaitan memiliki tempat kegemaran.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar adalah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dicacak.

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2451 (Kitab Fadhail al-Shahabah, Bab keutamaan Umm Salamah).


Bersambung Insha Allah ke topik Iblis pula