Sambungan dari siri pertama. Adalah dinasihatkan untuk membaca siri pertama sebelum membaca siri ke dua ini.
30. Syaitan memiliki kepala.
Ciri ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya:
Sesungguhnya Kami jadikan (pokok Zaqqum itu) satu ujian bagi orang-orang yang zalim. Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang, buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan. [al-Saffat 37:63-65]
31. Syaitan Memiliki Akal.
Berdasarkan bantahan syaitan kepada Allah swt, dapat kita mengetahui bahawa syaitan memiliki akal. Ini kerana ia telah menggunakan logik akal untuk membantah perintah Allah. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang menjadi dalil kenyataan ini.
32. Syaitan memiliki dua tanduk.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Janganlah kalian melaksanakan solat (sunat mutlak) pada waktu terbit matahari(selepas subuh) dan terbenam matahari (selepas asar) kerana pada waktu itu muncul dua tanduk syaitan."
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 828-2
33. Syaitan memiliki hati, mata dan telinga.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).
[al-A’raaf 7:179]
34. Syaitan Makan Dan Minum.
Syaitan makan apa yang dibiarkan oleh manusia, sama ada yang masih tersisa di pinggan atau apa yang terjatuh darinya. Oleh kerana itulah Rasulullah saw mengingatkan kita supaya menghabiskan semua makanan dan mengutip apa yang terjatuh darinya. Tindakan ini bukan sahaja mengelak makanan tersebut daripada diambil oleh syaitan tetapi untuk kita memperoleh keberkatan yang sepenuhnya dari makanan tersebut.
Anas bin Malik ra berkata:
Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan,baginda menjilat jari-jarinya tiga kali.
Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda:
“Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh,hendaklah (dia mengambilnya) dan membersihkan apa-apa kotoranyang melekat padanya lalu memakannya.Janganlah meninggalkannya untuk syaitan.”
Anas ra melanjutkan:
“(Rasulullah) juga menyuruh kamiuntuk menghabiskan apa-apa sisa makanan.”
Baginda berpesan: “Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan.”
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2034
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan.”
[al-Isra’ 17:27]
Syaitan minum sambil berdiri.Pada satu ketika Rasulullah saw melihat seorang yang minum sambil berdiri. Baginda saw menegur:
“Jangan begitu!” Orang itu bertanya: “Mengapa?” Rasulullah menjawab: “Adakah kamu suka minum bersama kucing?” Orang ituu menjawab: “Tidak.” Rasulullah meneruskan:
Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk darinya, iaitu syaitan."
Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Darimi dan sanadnya dinilai sahih oleh Husain Salim Asad dalam semakannya ke atas Musnad al-Darimi, hadis no: 2174 (Kitab al-Asyrabah, Bab orang yang dibenci minum berdiri)
Oleh itu hendaklah kita sedaya upaya mengelakkan diri minum sambil berdiri. Jika suasana tidak mengizinkan, boleh minum sambil berdiri. Ini kerana dalam suasana terpencil lagi terdesak, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah minum sambil berdiri. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma berkata:
“Aku menghidang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam air zam-zam
dan baginda meminumnya sambil berdiri.”
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2027 (Kitab al-Asyrabah, Bab minum air zam-zam sambil berdiri).
35. Jenis Makanan Syaitan
Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: Bismillahi awwalahu wa akhirahu." Kemudian Nabi s.a.w. ketawa lalu bersabda: "Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. (Riwayat Abu Dawud dan nasa'i)
Berdasarkan Hadith di atas dan hadith yang dikongsikan di dalam pekara 35, adalah boleh diambil perhatian bahawa jenis makanan dan minuman syaitan adalah sama dengan apa yang manusia makan. Saya senjaga menukilkan tajuk kecil ini secara bersendirian. Persepsi awam masih berpegang bahawa makanan Jin hanya bersumber dari asap dan tulang. Saya biasa mendengar ustaz mengatakan asap sebahagian makanan jin, tetapi saya masih belum menemuikan dalilnya. Mengenai tulang pula, kisahnya seperti di bawah. Namun diingatkan hadith tersebut hanya menyebut saudara kamu Jin Islam.
Daripada Ibnu Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "'Aku pernah didatangi jin dan aku pun pergi bersamanya, lalu aku membacakan al-Quran kepada mereka.' Ibnu Mas'ud seterusnya berkata, kemudian Nabi S.A.W. mengajak kami pergi dan memperlihatkan bekas jin dan bekas api mereka kepada kami. Mereka meminta bekal kepada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: 'Setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya adalah bekal kamu dan ia melebihi kelazatan daging dan setiap kotoran binatang adalah sebagai makanan bagi haiwan tunggangan kamu. Oleh sebab itu, janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan kotoran haiwan kerana ia merupakan makanan saudara-saudara kamu(jin).'"
(Riwayat Muslim no. 450)
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah bersabda: "Utusan jin pernah datang kepadaku. Mereka terdiri daripada dua kelompok. Alangkah baiknya jin itu. Kemudian mereka
meminta bekal kepadaku. Aku pun berdoa kepada Allah bahawa, tidaklah mereka mendapati tulang dan kotoran binatang melainkan ia adalah makanan mereka."
(Riwayat al-Bukhari no. 3571)
Sila ambil perhatian tentang najis haiwan itu menjadi makanan kepada haiwan peliharaan Jin bukan makanan Jin Islam.
36. Syaitan Mencari Tempat Bermalam.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam.”
Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan (kepada golongannya):
“Kalian telah mendapat tempat bermalam.”
Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika makan,
berkatalah (syaitan kepada golongannya):
“Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam.”
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2018 (Kitab al-Asyrabah, Bab adab makan dan minum…).
Demikian juga apabila kita hendak keluar rumah, maka kuncilah pintu sambil menyebut nama Allah. Nescaya syaitan tidak akan dapat membukanya. Tutuplah juga bekas-bekas makan dan minum, nescaya syaitan tidak dapat membukanya dan mencemarinya. Padamkan juga lampu agar dengan itu syaitan tidak dapat menyebabkan berlakunya kebakaran.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah(dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah).Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah,tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah,walau pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian.”
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2012 (Kitab al-Asyrabah, Bab perintah menutupi bekas…).
Jika syaitan berjaya memasuki rumah untuk bermalam, syaitan akan bermalam dalam hidung para penghuni rumah tersebut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Apabila seseorang kalian bangun dari tidurnya dan berwudhu’, maka (sedutlah air ke dalam hidungnya dan) hembuslah air itu keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidung kalian.
Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3295 (Kitab Bad’i al-Khalq, Bab sifat iblis dan tenteranya).
37. Syaitan Merasuk Manusia.
Pekara ini menjadi perbincangan di kalangan sarjana Islam. Ada yang bersetuju dengan kenyataan di atas, ada pula yang menolaknya. Ia telah menjadi khilaf dan saya belum berhajat membincangkannya di sini. Namun berdasarkan kajian dan pengalaman saya bersetuju dengan kenyataan pekara 37.
Di Dalam perbincangan lalu telah dibincangkan kemampuan syaitan untuk bergerak dalam diri manusia dan melakukan pelbagai pengaruh ke atas manusia yang dimasukinya. Dalam suasana itu manusia yang dipengaruhi masih dalam keadaan yang normal. Akan tetapi adakalanya syaitan dapat mempengaruhi manusia hingga mengubah perwatakan dan tingkah lakunya, menjadi seolah-olah orang yang gila. Inilah yang disebut sebagai kerasukan atau histeria.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tentang kemampuan syaitan ini:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.
[al-Baqarah 2:275]
Kerasukan tidak saja terhad kepada orang yang melibatkan diri dalam urusniaga riba, tetapi meluas kepada pelbagai keadaan yang lain. Merujuk kepada persoalan kerasukan dan hubungkaitnya dengan syaitan, manusia terbahagi kepada tiga golongan:
Mereka yang menafikannya. Golongan ini berkata, kerasukan tidak berpunca dari syaitan sebaliknya berpunca dari penyakit tertentu seperti gangguan saraf, perubahan hormon, tekanan jiwa (stress) dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini dapat dihentikan dengan mengambil ubat.
Mereka yang berlebih-lebihan. Golongan ini mengakui bahawa kerasukan berpunca dari syaitan. Akan tetapi mereka berlebih-lebihan dalam menyandarkannya kepada syaitan sehingga apa jua perubahan tingkah laku (behaviour) yang dihadapi oleh seseorang, mereka menganggapnya sebagai kerasukan syaitan.
Mereka yang berada di pertengahan antara golongan pertama dan kedua. Golongan ketiga ini berkata kerasukan boleh berpunca dari penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan. Maka kerasukan pertama (penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua (syaitan) dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami oleh seseorang sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia dihentikan dengan ubat dan zikir.
Ada pun hujah golongan pertama bahawa kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka membuktikannya dengan pelbagai penemuan baru tentang apa yang sedang berlaku dalam badan. Bahkan dengan peralatan serba canggih masa kini, mereka dapat menunjuk secara tepat bahagian saraf yang sedang mengalami gangguan dan keadaan hormon badan yang tidak seimbang. Maka apabila diberi ubat, apa yang dianggap sebagai kerasukan dapat dihentikan.
Akan tetapi, sekali pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap timbul satu persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar perubatan: Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian kelenjar merembeskan hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu dapat dihentikan dengan mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah kerasukan berulang apabila ubat habis dimakan?
Jawapannya dapat diperolehi dengan mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki tubuh badan manusia, ia mampu mengganggu kestabilan saraf dan keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak dianggap sebagai kerasukan, seperti mematikan saraf (paralyse), menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal (tumor and cancer). Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan diakui oleh sesiapa yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri syaitan yang dikupas dalam bab ini.
Walaubagaimana pun, ini tidaklah bererti semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca dari syaitan. Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia tua dan sebagainya. Maka tidaklah benar anggapan golongan kedua bahawa semua perubahan kelakuan berpunca dari syaitan.
Yang benar adalah bahawa kerasukan mungkin berpunca dari penyakit dan mungkin juga berpunca dari syaitan. Maka apa yang berpunca dari penyakit, ia dihentikan dengan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor pakar manakala apa yang berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka kedua-dua kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.
38. Syaitan Memiliki Kemahiran.
Saya pernah menulis sebelum ini berkenaaan ‘Teknologi syaitan”.Mereka adalah makhluk yang memiliki kemahiran membuat, bertindak dan beraktiviti. Antara aktiviti tersebut ialah membuat bangunan dan menyelam untuk Nabi Sulaiman ‘alaihi salam:
(Sulaiman berdoa): “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku;sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya.”
Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya.
Dan (Kami mudahkan bagi Sulaiman memerintah) syaitan: golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam.
[Shad 38:35-37]
39. Syaitan Mempunyai Waktu Kegemaran.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan yang bermaksud:
Apabila malam menjelang tiba maka tahanlah anak-anak kalian (dari keluar)kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran.Apabila telah berlalu waktu Isya’, maka lepaskanlah mereka.
Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3280 (Kitab Bad’i al-Khalq, Bab sifat iblis dan tenteranya).
40. Syaitan memiliki tempat kegemaran.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar adalah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dicacak.
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2451 (Kitab Fadhail al-Shahabah, Bab keutamaan Umm Salamah).
Bersambung Insha Allah ke topik Iblis pula
Tiada ulasan :
Catat Ulasan