Kali ini saya kongsikan mutiara dari Syeikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari (w. 1309 M) di dalam kitabnya yang terkenal. Al Hikam.
NIKMAT DAN BALA ADALAH JALAN MENDEKATI ALLAH S.W.T.
SESIAPA YANG ENGGAN
MENGHADAP ALLAH S.W.T DENGAN KEHALUSAN KURNIANYA AKAN DIHERET (UNTUK
MENGHADAP-NYA) DENGAN RANTAI UJIAN BALA.
Sekiranya Allah s.w.t
telah menentukan seseorang hamba-Nya itu sampai
kepada-Nya, sudah
pasti si hamba itu akan sampai kepada-Nya. Hamba tadi
akan dibawa menghadap
Allah s.w.t melalui dua cara.
Pertama adalah secara lemah-lembut. Diberi-Nya nikmat, dibukakan jalan
untuk taat dan dipermudahkan
perjalanannya hingga dia sampai kepada
Allah s.w.t. Orang begini sesuai
untuk menerima pujukan. Ada pula orang yang tidak endah bila dipujuk.
Cara kedua sesuai untuknya. Cara kedua adalah cara
paksaan.
Allah s.w.t memutuskan
apa sahaja yang mengikat hamba-Nya tadi.
Si hamba itu telah menjadi enggan
berjalan menuju kepada Allah s.w.t kerana dia diikat oleh berbagai-bagai perkara
seperti harta, kekuasaan, perniagaan dan sebagainya.
Selagi perkara-perkara
itu mengikatnya selagi itulah dia tidak dapat berjalan
kepada Allah s.w.t.
Allah s.w.t yang mengasihani hamba tadi, memutuskan
semua ikatan tersebut
dengan cara mendatangkan ujian bala kepadanya.
Ujian bala memisahkan
si hamba dari apa jua yang menjadi penghalang
antaranya dengan Allah s.w.t.
Kemudian ujian bala membentuk hati agar
dia berputus asadari apa yang telah terpisah
daripadanya.
Bila dia tidak berhajat lagi kepadamakhluk, baharulah dia
dibawa menghadap
Allah s.w.t. Dia sudah boleh berjalanmenuju Allah s.w.t
kerana beban berat
di atas bahunya sudah terbuang. Kakinya berasa ringan untuk
melangkah,
fikirannya tenang dan jiwanya tenteram. Hatinya dapat bermunajat
kepada
Allah s.w.t dengan khusyuk kerana tidak ada lagi gangguan duniawi dan
mata benda.
Begitulah dua jalan
yang disediakan oleh Allah s.w.t untuk membawa hamba-hamba-Nya kepada-Nya.
Allah s.w.t berfirman:
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang
ada di langit dan di bumi tunduk
menurut, samada dengan sukarela atau dengan
terpaksa; dan (demikian juga)
bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan
petang. ( Ayat 15 : Surah
ar-Ra’d )
Walau jalan mana pun
yang ditempuh oleh seseorang hamba itu, Allah s.w.t
menantinya dengan
keampunan, rahmat dan kasih sayang-Nya. Si hamba
dibawa hampir
dengan-Nya dan dikurniakan berbagai-bagai nikmat yang
menggembirakan
sehingga mereka tidak berasa rugi lantaran berpisah
daripada kesenangan duniawi.
Ujian menjadi batu
pengasah untuk menggilap iman seseorang.
Ada orang diuji dengan rezeki,
ditaburkan rezeki kepadanya atau disempitkan.
Keluasan rezeki membentuk kesyukuran
dan kesempitan membentuk kesabaran.
Jiwa yang dicanai oleh
kesyukuran dan kesabaran akan menimbulkan rasa
penyerahan dan pergantungan yang
kuat kepada Allah s.w.t.
Keluasan rezeki membuatnya mengenali Allah s.w.t
Yang Maha Baik,
Maha Pemurah.
Kesempitan rezeki membuatnya mengenali
Allah s.w.t Yang Maha Keras,
Maha Perkasa. Pada kedua-duanya dia
mengenali Allah s.w.t
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan
mengapa mereka tidak melihat
(dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan
rezeki bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang
itu bersyukur atau sebaliknya),
dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai
ujian samada diterima dengan
sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang
demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang membuktikan
kekuasaan Allah) bagi orang-orang
yang beriman. ( Ayat 37 : Surah ar-Ruum )
Orang yang beriman
dengan Allah s.w.t dan takdir-Nya akan mendapat
pimpinan-Nya. Allah
s.w.t berkuasa membalikkan hati-hati. Dipimpin-Nya hati
orang yang beriman
agar menghadap kepada-Nya. Orang yang dipimpin-Nya
akan berasa mudah
untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Kehalusan pimpinan-
Nya itu membuat hamba
mengenali kekuasaan-Nya pada membalikkan hati
yang keras menjadi
lembut dan yang malas beribadat menjadi rajin.
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang
menimpa (seseorang) melainkan
dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman
kepada Allah, Allah akan
memimpin hatinya (untuk menerima apa yang
telah berlaku itu dengan tenang
dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Ayat
11 : Surah at-Taghaabun )
Orang-orang yang
beriman akan sentiasa diuji kerana ujian itu membawa
berbagai-bagai ganjaran,
nikmat dan kurniaan dari Allah s.w.t. Kekuatan amal
ibadat tidak berdaya
mengangkat darjat seseorang hamba, lalu Allah s.w.t
hantarkan ujian dan
melalui ujian itulah hamba-Nya dipersucikan dan diangkat
darjatnya. Dalam
melakukan yang demikian, Allah s.w.t kenakan ujian kepada
hamba-Nya melalui
perkara-perkara yang hampir dengan hamba itu, seperti
harta dan keluarga.
Sesungguhnya hartabenda kamu dan anak-anak
kamu itu hanyalah menjadi
ujian; dan di sisi Allah jualah pahala yang
besar. ( Ayat 15 : Surah at-Taghaabun
)
Ujian menjadi
pengasing, mengasingkan hati yang beriman dengan hati yang
kufur. Dalam medan
ujian itu ramai manusia disesatkan oleh iblis kerana hati
mereka diselimuti oleh
keraguan. Orang yang beriman dapat bertahan
menghadapi gelombang
ujian itu, malah ujian menambahkan kekuatan iman.
Keupayaan mengekalkan
iman di dalam mengharungi lautan ujian membuat
hamba menginsafi
bahawa sebenarnya Allah jua yang memelihara imannya itu,
bukan kekuatan
dirinya.
Dan sesungguhnya iblis telah dapati
sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu
mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari
orang-orang yang beriman (yang
tidak terpedaya dengan hasutannya). Dan
sememangnya tiadalah bagi iblis
sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka,
melainkan untuk menjadi ujian bagi
melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah
yang benar-benar beriman
kepada hari akhirat dan siapa pula yang
ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah)
Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi
tiap-tiap suatu. (
Ayat 20 & 21 :
Surah Saba’ )
Hamba yang dipelihara
oleh Allah s.w.t itulah yang akan menemui kejayaan di
dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan