Saya pernah mendengar kisah Jin Islam menuntut ilmu di
Masjid Nabawi seperti yang diceritakan oleh Tuan Guru Ustaz Abu Anas Madani.
Beliau adalah seorang pendakwah yang terkenal di tanahair. Ustaz Dr. Abdul
Basit bin Haji Abdul Rahman atau terkenal juga dengan nama penanya Abu Anas
Madani.
Kisahnya adalah seperti berikut. Guru Abu Anas iaitu
Syeikh ‘Atiyah Muhamad Salim(Guru di
Masjid Nabawi) menceritakan kisah ini
kepada beliau. Syeikh ‘Atiyah Muhamad
Salim pula mendengar pengalaman peribadi gurunya iaitu Syeikh Abdul Aziz As
Soleh(Imam Masjid Haram yang datang mengajar di Masjid Nabawi).
Satu malam apabila Syeikh Abdul Aziz menamatkan pengajaran
sebuah kitab .Menjadi tradisi , murid-murid beliau bersalaman bagi menyatakan
terima kasih dan memohon barakah ilmu dari Allah swt. Selepas solat Isya, semasa
berjalan pulang kekediamannya di pertengahan jalan, syeikh mendengar salam dari
suara yang ramai tanpa melihat sesuatu. Selepas menjawab salam berlakunya
dialog seperti di bawah:
Syeikh : “ Siapa kamu?”
Suara : “ Kami adalah murid-murid tuan.”
Syeikh : “ Murid di mana?”
Suara : “ Murid tuan
di Masjid Nabawi. Malam ini kami bergembira kerana telah khatam sebuah kitab yang
tuan ajarkan. Kami datang ingin mengucapkan terima kasih dan minta tuan halalkan ilmu.Kami
akan balik ke kampong kami untuk mengajarkan ilmu ini.”
Bahkah menurut Syeikh ‘Atiyah di antara tempat yang ramai
saudar kita jin Islam adalah di Madinah. Sebuah kisah yang menarik. Bahawa Jin
Islam juga belajar ilmu dan berdakwah. Mereka juga mempunyai akhlak yang
tinggi.
Sedutan dan ringkasan dari Kuliah Tuan Guru Abu Anas Madani
. http://www.youtube.com/watch?v=U0n5rh90Yec&feature=youtu.be
Tiada ulasan :
Catat Ulasan