Kesedihan targedi MH370 masih mendasar di lubuk hati. Hanya
Doa kebaikan yang mampu dipanjatkan.
Munculnya bomoh dengan pelbagai aksi yang memalukan negara bagi
saya ada hikmah tertentu di situ.
Maka terdedah kejelekan dan kebodohon amalan yang lari dari sunnah Nabi saw.
Latarbelakangnya sebagai guru silat( saya tidak tergamak mengunakan perkatan
Maha) memberikan peringatan kepada ummah di seluruh pelusuk dunia.
Beberapa
tahun dahulu saya mengkaji kejadian sihir berkaitan dengan ‘saka’ yang selalu mempunyai hubungan dengan silat.
Saya meminati silat tetapi menentang amalan yang bertentangan dengan syariat
terutamanya yang berkaitan ‘ritual’ tertentu. Ada silat tertentu di tanah air
yang mempunyai murid yang ramai. Diajar dari peringkat sekolah sampai ke university.
Melatih anggota-anggota keselamatan kita. Mempunyai hubungan dengan para
pembesar Negara. Namun yang menguncangkan hati saya apabila di beritahu gurunya
yang paling utama belajar secara terus dengan Tun Laksamana Hang Tuah. Masih
ada lagi di youtube ucapan memimpin terkanan pertubuhan itu mencerita asalusul
silatnya. Allahyarham gurunya(semoga Allah swt mengampunkannya) yang hidup di
abad ini belajar secara terus dengan Tun laksamana yang datang dari abab ke 16
Masihi.
Ustaz Dr Amran Kasimin ada membahaskan berkenaan ‘rijalul ghaib’, saya tidak berhajat membahaskannya
buat masa ini. Namun begitu pekara asas di dalam syariat kita , mereka yang
telah kembali ke alam barzakh tidak mungkin kembali semula ke alam dunia.
Penghujjahnya terlalu banyak mengikut Nash Al-Quran dan As Sunnah. Idea rijalul ghaib ini mempunyai persamaan
dengan Imam-imam yang ghaib bagi ajaran syiah.
Tidak sedikit aliran tariqat tertentu yang mendakwa wiridnya
diambil dari Nabi saw oleh gurunya yang
hidup ratusan tahun selepas kewafatan baginda saw. “Di ‘ijazahkan’ secara jaga
di Kaabah oleh Nabi saw”. Dakwa mereka. Bahkan ada yang mendakwa majlis-majlis zikir mereka dihadiri oleh Nabi
saw.
Sekitar lima tahun dulu saya menekuni kitab di atas. Ramai
juga manusia di zaman sekarang yang mengaku bertemu dengan Khidir as secara
jaga. Kitab ini membawa hujjah golongan yang mengatakan Khidir as masih hidup kemudian memperbandingankan dengan hujjah
yang mengatakan baginda telah wafat. Sekarang banyak blog yang menulis
mengenainya begitu juga ceramah ceramah para ulama yang disimpan di youtube. Namun majority ulama mengatakan nabi Khidir as
telah wafat dengan hujjah yang kuat termasuk Syeikh Dr.Yusuf Al Qaradawi.
Saya pernah didatangi oleh Jin yang mengaku wali songo. Alhamdulillah saya masih bersabar
kerana tidak melemparnya dengan kasut. Hujah saya secara lembut membuatkan Jin
itu kehilangan sifat ‘wali’nya dengan mengamuk penuh kemarahan. Ya biasa saja
syaitan menyamar dan mendakwa wali pulan bin pulan. Awas anda yang mula
berjinak meneroka alam Jin dengan ‘talbis Iblis’ jenis ini. Setiap yang anda
temui suluhlah dengan syariat disertai dengan doa mohon petunjuk dari Allah
swt.
Sepanjang sejarah kehidupan, tipu daya Iblis dan tenteranya
sentiasa mengintai. Tiadalah yang selamat melainkan mereka yang diselamatkan
oleh Allah swt. Kepada perguruan silat , syaitan sering menyamar sebagai Tun Tuah dan pelbagai panglima dahulukala.
Kepada perguruan so called ‘rawatan Islam’, syaitan sering menyamar sebagi wali
songo, syekh Abdul Qadir Al- Jilani rahimullah dan ‘ rijulul ghaib’ yang lain.
Kepada madrasah tarikat, syaitan menyamar sebagai baginda Nabi saw juga para
wali karamah yang lain. Syaitan memang tidak berupaya menyerupai nabi saw
tetapi siapakah mengenali baginda saw di abad ini jika yang datang itu dakwaan
dari syaitan. Sedang mimpi bertemu dengan Nabi saw yang sabit di dalam
hadithpun mempunyai peraturan-peraturan tertentu untuk menentukan kesohihnya
,inikan pula mendawa berjumpa bahkan mengunakan perkataan me’manggil’ baginda
saw secara yaqazah.
Saya kongsikan tulisan yang menarik di bawah buat renunga
bersama.
http://abufaith.blogspot.com/2014/01/pengaruh-syiah-dalam-tariqat-dan-tasawuf.html