Perisai-perisai Kebal Untuk Menangkis Serangan Syaitan
Tulisan ini dipetik dari salah sebuah kitab Syeikh Wahid
Abdul Salam Bali seorang Ulama dari Mesir.
Serangan syaitan itu pelbagai . Sihir dan saka adalah salah
satu darinya. Tujuan saya kongsikan
ialah untuk di amalkan oleh kita semua khususnya pesakit pesakit (kurang
kemampuan untuk membeli kitab berkenaan atau sukar menemuinya) yang datang
menemui saya. Bagi yang bertujuan selain
dari itu sila dapatkan kebenaran dari pihak penerbit kitab tersebut.
Perisai 1: Ikhlas
Ikhlas merupakan jalan utama untuk memboloskan diri dari serangan syaitan ke
atas kita. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Hijr Ayat 39-40:
“Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku
sesat, pasti aku akan jadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka
bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Engkau
yang mukhlis di antara mereka.’”
Iblis dan konco-konconya telah mengaku bahawa ia sangat lemah untuk menyesatkan
orang-orang yang mukhlis. Siapakah orang mukhlis ini?
Menurut al Qurtubiy – “Orang mukhlis ialah orang yang kuat beramal dan tidak
suka mendapat pujian daripada orang lain”
Menurut Ya’kub al Ma’kuuf – “Orang mukhlis ialah orang yang suka menyembunyikan
amal kebaikannya”
Perisai 2: Menyempurnakan konsep Ubudiyyah
Syaitan tidak dapat menguasai orang-orang yang sentiasa
merealisasikan ubudiyyah (pengabdian diri) kepada Allah. Merealisasikan
ubudiyyah bermaksud melakukan ibadat kepada Allah, iaitu melakukan perkara yang
diredhai oleh Allah samada secara zahir ataupun batin. Terdapat 4 jenis ibadat
yang ditakrifkan oleh Ibnu Taimiyyah:
1) Ibadat anggota badan (seperti solat, puasa, haji)
2) Ibadat harta benda (seperti zakat, sedekah, korban)
3) Ibadat hati (seperti ikhlas, berdoa, kasih)
4) Ibadat lisan (seperti membaca al-Quran, berzikir, berdoa)
Perisai 3: Beriltizam Jemaah
Sabda Rasulullah saw lagi: “Kalaulah seseorang manusia itu benar-benar tahu
akibat berjalan seorang diri, nescaya dia tidak akan berjalan seorang diri di
malam hari” – Riwayat al Bukhari dan at Tarmiziy.
Rasulullah saw pernah menerangkan bahawa perpecahan itu adalah ciri-ciri
syaitan. Sabda baginda: “Sesungguhnya sikap kalian berpecah-pecah ke lembah-lembah
itu adalah sebenarnya daripada ciri-ciri syaitan” – Riwayat Abu Daud dan an
Nasa’ie.
Perisai 4: Sentiasa Menjaga Solat Jemaah
Sikap cuai dan acuh tak acuh terhadap solat secara berjemaah adalah laluan
utama syaitan untuk merosakkan seseorang individu muslim. Rasulullah saw
bersabda:
“Tiadalah mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan
solat secara berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang sahaja, melainkan
telah dijajah oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.
Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri daripada
puaknya.” – Riwayat Abu Daud.
Perisai 5: Beriltizam Dengan Al-Kitab Dan As-Sunnah
Sifat Beriltizam (terlibat dengan sungguh-sungguh/committed) dengan Al Kitab
& As Sunnah adalah sebesar-besar jalan untuk mengawal diri daripada
kejahatan syaitan. Beriltizam yang dimaksudkan adalah dengan cara menimba ilmu
dan membuat amalan.
Mengikuti segala apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kita samada ianya
berbentuk iktikad, amalan, percakapan, ibadat, syariat atau suruhan agar
meninggalkan laranganNya berfungsi untuk membenteng kita daripada dikuasai
syaitan. Firman Allah:
“Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya,
dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu.” – Surah Al-Baqarah Ayat 208.
Perisai 6: Mohonlah Pertolongan Kepada Allah Daripada Ancaman Syaitan
Kita sama sekali tidak akan dapat mengalahkan syaitan melainkan dengan bantuan
Allah. Perbualan berikut diriwayatkan daripada beberapa ulamak terdahulu:
Guru : Apa yang kamu lakukan pada syaitan apabila dia cuba mengacau kamu?
Murid : Saya menentangnya!
Guru : Kalau dia datang lagi?
Murid : Saya akan menentangnya juga!
Guru : Andaikata dia datang sekali lagi?
Murid : Saya akan tentangnya sekali lagi!!!
Guru : Kalau begitu, ianya akan berterusan. Apakah fikiran kamu kalau kamu
melalui satu kawasan ternakan kambing, tiba-tiba anjing yang mengawal
kambing-kambing menyalak-nyalak terhadap kamu, atau menghalang kamu daripada
melalui kawasan itu?
Murid : Saya akan menyergah anjing itu.
Guru : Kalau begitu ianya akan berterusan. Ianya senang sahaja. Iaitu
memadailah kamu meminta bantuan tuan kepada kambing dan anjing tersebut.
Kesimpulannya, apabila kita ingin membebaskan diri daripada dijajah oleh
syaitan, maka kita perlu meminta bantuan pemiliknya atau penciptanya. Oleh itu
mintalah pertolongan daripada Allah Maha Pencipta, pentadbir alam semesta.
Perisai 7: Perbanyakan Amalan Ketaatan
Memperbanyakkan amalan ketaatan boleh menyebabkan syaitan lebih terhina dan
rendah martabatnya. Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw
telah bersabda:
“Apabila seseorang anak Adam membaca Al-Quran (yang mengandungi ayat) as Sajdah
lalu dia turun bersujud (ketika sampai pada ayat sujud), syaitan akan lari
mengasingkan diri sambil menangis dan berkata – ‘Aduhai malangnya! Dia (Allah)
telah memerintahkan anak-anak Adam supaya bersujud, lalu dia turun bersujud
maka baginya beroleh syurga. Aku juga telah diperintahkan agar bersujud tetapi
aku menderhakainya, maka nerakalah bagiku’ ” – Riwayat Muslim.
Perisai 8: Mohonlah Perlindungan Dengan Isti’aadzah
Al Isti’aadzah ialah berlindung kepada Allah daripada segala kejahatan.
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”
Niat: Aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam supaya
ia tidak memudharatkan diriku, agama serta duniaku, atau memalingkan aku
daripada apa-apa perbuatan yang telah Engkau perintahkan kepadaku, atau
mengajak aku melakukan perkara-perkara yang telah Engkau larang.
Perisai 9: Memerisai Isteri, Anak-Anak Serta Harta Benda
Demikian juga bagi pengantin baharu, apabila hendak
melakukan hubungan seks buat kali pertama, hendaklah suami memegang ubun-ubun
isterinya lalu membaca doa berikut:
Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan
kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada
keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. (HR Abu Daud dan Ibn
Majah)
“Dengan Nama Allah,
Ya Allah! Jauhkan kami dari setan, dan jauhkan setan untuk mengganggu apa yang
Engkau rezekikan kepada kami.” (HR. Al-Bukhari 6/141, Muslim 2/1028.)
Perisai 10: Surah Al-Baqarah
Rasulullah saw bersabda: “Jangan jadikan rumah kalian itu
seperti kubur kerana sesungguhnya rumah yang dibaca di dalamnya Surah
Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan” – Riwayat Imam Ahmad, Muslim, at
Tarmiziy.
Baginda juga bersabda: “Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai puncaknya.
Dan puncak bagi Al-Quran ialah Surah Al-Baqarah. Sesungguhnya syaitan apabila
mendengar surah Al-Baqarah dibaca, nescaya ia akan keluar dari rumah yang
dibaca surah tersebut” – Riwayat al Hakim.
Perisai 11: Ayat-ayat al-Kursi
Keterangan Surah Al-Baqarah Ayat 255 (Ayatul Kursi):
1. Ayat ini menceritakan tentang keesaan serta kekuasaan Allah yang mutlak dan
tiada kesulitan sedikitpun bagiNya dalam memelihara segala ciptaanNya.
2. Beribu-ribu malaikat mengiringi ayat Kursii apabila ianya diturunkan kerana
kebesaran dan kemuliaan ayat ini. Apabila diturunkan, terjadi kegoncangan di
kalangan jin dan syaitan sehingga mereka semua ketakutan. Menurut Syeikh Abu
Abdul al-Madyani, kegoncangan itu menyebabkan jin dan syaitan lari bertempiaran
dan menyembunyikan diri ke dasar laut, dalam tanah, awan, hutan, gua dan
sebagainya. Mereka menangis terjerit-jerit kerana terkejut dengan adanya
sesuatu yang menjadi penghalang dalam perjuangan mereka untuk menggoda dan
menyesatkan manusia.
3. Keseluruhan ayat Kursi apabila dibaca boleh membakar jin dan syaitan.
Perisai 12: Sepuluh Ayat Dari Surah Al-Baqarah
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata
“Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al-Baqarah pada waktu malam,
syaitan tidak akan masuk ke dalam rumahnya pada malam tersebut. Ayat-Ayat
tersebut ialah:
- 4 ayat terawal surah ini
- ayat al-kursi
- 2 ayat selepas ayat al-kursi
- 3 ayat terakhir surah ini”
Perisai 13: Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah
Rasulullah saw telah bersabda: “Barangsiapa yang membaca dua
ayat terakhir dari surah Al-Baqarah nescaya terselamatlah dari segala
kejahatan” – Riwayat al Jamaah
Rasulullah saw juga telah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan satu
ketetapan dua ribu tahun sebelum penciptaan kejadian langit dan bumi iaitu dua
ayat yang menjadi penutup bagi surah al-Baqarah. Syaitan tidak akan mendekati
rumah yang ada dibaca di dalamnya dua ayat tersebut selama tiga malam
berturut-turut” – Riwayat at Tarmiziy dan al Hakim.
Saidina Ali ra berkata: “Tidaklah aku melihat seseorang itu benar-benar berakal
melainkan dia membaca tiga ayat terakhir dari surah al-Baqarah sebelum dia
melelapkan matanya”
Perisai 14: Al-Muawwidzat
Aisyah ra meriwayatkan bahawa:
“Rasulullah saw apabila mahu merebahkan badannya ke tempat tidurnya, tiap-tiap malam
baginda akan membaca ayat Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian
ditiupkan pada kedua tapak tangannya lalu disapukan pada seluruh badan, iaitu
bermula dari arah kepala dan mukanya seterusnya ke bahagian anggota badan yang
lain. Hal itu diulangnya sebanyak tiga kali berturut-turut.” – Riwayat Bukhari
dan Tarmiziy
Abdullah ibnu Khubaib ra meriwayatkan:
“Kami pernah keluar pada satu malam yang gelap gelita dan hujan lebat lantaran
mencari Rasulullah saw untuk mengimamkan solat. Akhirnya kami berjumpa dengan
baginda. Baginda berkata ‘Ucapkanlah’. Tetapi aku tidak mengucapkannya. Baginda
berkata lagi ‘Ucapkanlah’. Tetapi aku tidak mengucapkannya. Kali ketiga baginda
berkata lagi ‘Ucapkanlah’. Aku kemudiannya bertanya ‘Apakah yang harus saya
ucapkan wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab ‘Ucaplah Qulhuallahuaha serta dua
surah pelindung yang lain ketika melewati waktu pagi dan petang sebanyak 3 kali
berturut-turut kerana ianya sudah memadai sebagai pelindung dari segala perkara
(kejahatan) – Riwayat Abu Daud, an Nasa’ie dan Tarmiziy.
Perisai 15: Mengamalkan zikir ‘Laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah,
lahulmulku walahulhamdu
wahuwa ala kulli syai’inqadir’
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang menyebut ‘Laa ilaha illallahu wahdahu laa
syariikalah, lahulmulku walahulhamdu wahuwa ala kulli syai’inqadir’ dalam satu
hari sebanyak 100 kali, ia adalah menyamai sepuluh perwira gagah perkasa (untuk
menjadi pengawal dirinya), ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapuskan
darinya seratus kejahatan. Ia adalah perisai kebal (untuk mengawal dirinya)
dari kejahatan syaitan sepanjang hari tersebut sehinggalah melewati waktu
petang. Tidak ada sesiapa yang terlebih baik amalannya berbanding zikir ini
melainkan seseorang itu benar-benar banyak beramal.” – Riwayat al Bukhari dan
Muslim
Perisai 16: Menunduk Pandangan Mata
Ibnu Qayyum rh berkata:
“Pandangan mata itu boleh menyebabkan timbulnya rasa keselesaan dan keindahan.
Apabila objek yang dilihat itu menarik, maka ia pasti akan terlekat di dalam
jiwa dan fikiran pun mula sibuk memikirkannya.”
Perisai 17: Menjaga Lidah Dari Menabur Fitnah
Rasulullah saw bersabda:
“Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan
lidah-lidah mereka” – Riwayat at Tarmiziy dan al Hakim.
Lidah ke 1: Menjaga Lidah Dari Tergolong Sebagai Lidah Bercabang Dua
“Barangsiapa yang
mempunyai dua muka di dunia, maka pada Hari Kiamat kelak dia akan diberi dua
mulut dari api neraka.” (HR. Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir)
Lidah ke 2: Menjaga Lidah Dari Membicarakan Apa Yang Berlaku Di Antara
Anda dan Isteri Anda
Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Abu Sa’id Al-Khudry bahwa Rasulullah SAW
bersabda :
“Sungguh di antara orang yang paling buruk di hadapan Allah SWT pada saat hari
kebangkitan adalah laki-laki yang mendatangi isterinya untuk melakukan hubungan
badan, dan dia menceritakan rahsia itu (tentang hubungan badan) kepada yang
lain.” (HR Muslim)
Lidah ke 3: Menjaga Lidah Dari Bernyanyi-nyanyi
Firman Allah:
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya
kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan yang berakibat
menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan
sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai
ejek-ejekan merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
(Luqman: 6)
Lidah ke 4: Menjaga Lidah Dari Bersumpah Lain Dari Nama Allah
Dari ibnu Umar ra bahawasanya ia mendengar seorang lelaki berkata: "Tidak,
demi Ka'bah. "Lalu Ibnu Umar berkata: "Janganlah engkau bersumpah
dengan selain Allah, sebab sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Barangsiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka ia dapat
menjadi kafir atau musyrik." (HR At-Tirmizi)
Lidah ke 5: Menjaga Lidah Dari Bersumpah Dengan Ucapan Pengakuan Untuk
Keluar Dari Agama Islam
Dari Thabit Ibnu Dohhak, Rasulullah bersabda:
Barangsiapa bersumpah dengan [engakuan bahawa dia bukan di atas agama Islam
secara menipu, maka kedudukannya seperti telah dia ucapkan (Riwayat as-Sittah-
Bukhari, Muslim dll)
Lidah ke 6: Menjaga Lidah Dari Mencerca Ayam Jantan
Rasulullah bersabda:
Jangan kamu mencerca ayam jantan kerana ia sebenarnya mengejutkan kamu supaya
bersolat (HR Abu Daud, Ibnu Hibban dan Bazzar, sanad Abu Daud disahkan sahih
oleh an-Nawawiy)
Lidah ke 7: Menjaga Lidah Dari Mencerca ad-Dahr (Hari dan Waktu)
Hadis Abu Hurairah r.a katanya, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah s.w.t berfirman: Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa.
Siang dan malam berada di tanganKu (HR Bukhari dan Muslim)
Lidah ke 8: Menjaga Lidah Dari Mencerca Angin
Dari Ubay bin Ka’ab RA, dia mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah
kalian mencaci angin. Jika kalian menghadapi angin yang tidak kalian sukai, ucapkanlah,
‘Ya Allah,
sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan angin ini, kebaikan yang terdapat
di dalamnya, dan kebaikan pada apa yang diperintahkan padanya. Dan kami
berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang terdapat di
dalamnya, dan keburukan pada apa yang diperintahkan padanya’.”
Lidah ke 9: Menjaga Lidah Dari Mencerca Sakit demam Panas
Beliau SAW juga melarang mencaci sakit demam. Dari Jabir bin Abdillah RA,
Rasulullah SAW menemui Ummu Saib atau Ummu Musayyab, lantas bertanya, “Hai Ummu
Saib,” atau, “Hai Ummu Musayyab, kenapa kamu gemetar?”
Dia menjawab, “Demam, tidak ada keberkahan Allah padanya.”
Beliau bersabda, “Jangan mencaci demam, sesungguhnya ia menghapus
kesalahan-kesalahan manusia sebagaimana tempaan api menghilangkan kotoran pada
besi.”
Lidah ke 10: Menjaga Lidah Dari Berdusta Dalam Penyaksian
Hadis Abu Bakrah r.a bahawa Nabi SAW disebut di sisinya dosa-dosa besar.
Baginda bersabda: ‘Mensyirikkan Allah, derhakakan kedua ibu bapa’ Semasa
Rasulullah bersabda, Baginda sedang bersandar lalu duduk dan bersabda:
‘kata-kata palsu dan bersaksi palsu.’ Baginda terus mengulangi sabdanya
sehingga kami berkata: Kalaulah Baginda berhenti dari menyebutnya. (HR Bukhari
dan Muslim)
Lidah ke 11: Menjaga Lidah Dari Mengungkit Pemberian Sedekah
Friman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu
dengan perkataan membangkit-bangkit dan menyakiti (perasaan si penerima),
seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana
hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada
Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang
ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu
ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya
orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu
(pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan
memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al Baqarah: 264)
Lidah ke 12: Menjaga Lidah Dari Mencerca Diri Sendiri
Sahl ibnu Haniff mengatakan, Rasulullah SAW bersabda,
Jangan sesekali salah seorang dari kamu berkata "Buruk betul aku
ini". (HR Bukhari dan Muslim)
Lidah ke 13: Menjaga Lidah Dari Pengakuan Bohong
Ibnu Mas'ud ra mengatakan, Rasulullah SAW bersabda,
barangsiapa yang bersumpah mengaku harta seseorang muslim yang lain sebagai
hartanya dan bukan harta si muslim itu, nescaya akan mendapat kemurkaan Allah
apabila bertemu denganNya nanti (HR Bukhari dan Muslim)
Lidah ke 14: Menjaga Lidah Dari Memuliakan Orang Fasik, Bidaah dan
Munafik
Rasulullah saw bersabda: “Jangan kalian mengucapkan ‘TUAN’ kepada orang munafik
kerana sekiranya dia benar-benar menjadi ‘tuan’, nescaya Allah akan memarahi
kalian.” – Riwayat Abu Daud
Lidah ke 15: Menjaga Lidah Dari daripada mengucapkan ‘DAN’ yang boleh
membawa syirik
(Contohnya bila berkata ‘Tiada siapa dapat menolong aku kecuali Allah dan awak
sahaja’).
Rasulullah saw bersabda: “Jangan sekali-kali kalian berkata: ‘Terserahlah
kepada kehendak Allah DAN kehendak si polan’. Sebaliknya sebutlah: ‘Terserahlah
kepada kehendak Allah dan KEMUDIAN kehendak si polan’.” – Riwayat Abu Daud
Lidah ke 16: Menjaga Lidah Dari Menyebut Hujan Ini Disebabkan Kedudukan
Cakrawala Begini...
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Abdullah ibn Abbas
menceritakan telah berlaku hujan lebat di kota
Madinah pada suatu hari. Ketika itu nabi bersabda, "Akan ada yang
bersyukur dengan hujan ini dan akan ada pula yang
kafir. Akan ada yang mengatakan ia turun kerana Rahmat Allah dan ada yang akan
mengatakan bahawa hujan ini turun
disebabkan bintang tertentu (Nau')."
Lidah ke 17: Menjaga Lidah Dari Memperlecehkan Makanan
Abu Hurairah ra meriwayatkan “Rasulullah saw tidak pernah memperlecehkan
makanan. Sekiranya terliur, Baginda akan makan dan kiranya tidak, Baginda akan
meninggalkannya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Lidah ke 18: Menjaga Lidah Dari Berbisik
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu ada tiga orang, maka janganlah dua
orang di antara kamu berbisik-bisik tanpa disertai oleh seorang lagi sehingga
mereka bergabung dengan orang ramai agar tidak membuatnya sedih. (Sahih Muslim)
Lidah ke 19: Menjaga Lidah Dari Menyebut Di Dalam Masjid Terhadap
Kehilangan Harta Benda
Dari Abu Hurairah ra berkata Rasululah saw bersabda “Barangsiapa mendengar
seseorang yang mencari-cari barang ysng hilang di dalam masjid maka hendaknya
dia berdo’a ‘Semoga Allah tidak mengembalikan barang itu kepadamu’ kerana
masjid-masjid itu tidak dibangun untuk hal ini’.” (HR Muslim, Abu Daud, Ibnu
Majah dan Ad-Daarimiy)
Lidah ke 20: Menjaga Lidah Dari Menyeru Pertolongan Selain Allah
Terdapat di dalam masyarakat kita hari ini merayu pertolongan seperti “Ya
Rasulullah”, “Ya Syeikh Abdul Kadir al Jailaniy”. Kesemua bentuk seruan ini
adalah salah dan keji kerana telah mensyirikkan Allah.
Rayuan memohon pertolongan tidak boleh ditujukan kepada selain Allah walau
setinggi mana martabatnya baik malaikat, rasul, nabi atau mana-mana orang
soleh.
Lidah ke 21: Menjaga Lidah Dari Memohon Pertolongan Selain Allah
Ibnu Mas'ud ra mengatakan, Rasulullah SAW bersabda,
“Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (HRTabrani dan Baihaqi)
Perisai 18: Perisai Menjaga Perut
Pertama: Menjaga Perut Dari Memakan Riba
Ibnu Mas'ud ra mengatakan, Rasulullah SAW bersabda,
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah akan melaknat pemakan riba,
yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” (HR Muslim)
Kedua: Menjaga Perut Dari Memakan Rasuah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah
akan masuk neraka.” (Hadis riwayat at-Tarmizi)
Ketiga: Menjaga Perut Dari Memakan hasil jualan anjing dan hasil dari
penzinaan
Dalam hadist yang lain riwayat Ibnu Mas'ud beliau berkata:
"Sesungguhnya Nabi Saw melarang (makan) harga anjing,
bayaran pelacur dan hasil perdukunan". (HR.Al Jama'ah)
Keempat: Menjaga Perut Dari Memakan harta anak yatim
Dosa besar berikutnya adalah: memakan harta anak yatim. Tentang hal ini Allah
SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya
mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang
menyala-nyala (neraka)". (An Nisaa: 10)
Kelima: Menjaga Perut Dari Memakan harta benda yang masih syubahat
hukum-hakamnya
Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan
kesayangannya r.a yang berkata : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : '
Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. " (HR
tarmidzi)
Keenam: Menjaga Perut Dari Menelan Segala Bentuk Perkara Haram
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang
halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika
betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Al-Baqarah: 172)
Ketujuh: Menjaga Perut Dari Terlalu Kenyang Dengan Makan
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
“Rasulullah SAW kedatangan seorang tamu orang kafir. Rasulullah SAW menyuruh
perah seekor kambing untuk sang tamu, lalu diminum habis oleh tamu tersebut.
Kemudian, baginda suruh perah seekor lagi, lalu diminumnya habis pula. Kemudian
disuruhnya perah seekor lagi, habis pula diminumnya. Sehingga akhirnya dia
meminum habis susu tujuh ekor kambing. Keesokkannya, dia masuk Islam.
Rasulullah SAW memerintahkan supaya diperah seekor kambing untuknya. Susu itu
diminumnya habis. Kemudian disuruh Nabi SAW supaya diperah seekor lagi lalu
diberikan pula kepadanya, tetapi dia tidak sanggup menghabiskannya.
Maka bersabda Rasulullah SAW: “Orang mukmin minum dengan satu perut, dan orang
kafir minum dengan tujuh perut”.” (Sahih Muslim)
Perisai 19: Menjaga Kemaluan
Pertama: Menjaga Kemaluan Dari Berzina
Abu Hurairah ra berkata, bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seseorang itu
berbuat zina ketika melakukannnya sedang ia dalam keadaan beriman, Tidaklah
seseorang itu pencuri ketika melakukannnya sedang ia dalam keadaan beriman,
Tidaklah seseorang itu peminum arak ketika melakukannnya sedang ia dalam
keadaan beriman" (HR Bukhari dan Muslim)
Kedua: Menjaga Kemaluan Dari Liwat
Jabir ra berkata, bersabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya aku bimbang berlaku
dalam umatku nanti amalan kaum nabi luth" (HR Tirmidzy dan Ibnu Majah)
Ketiga: Menjaga Kemaluan Dari Berzina Dengan Binatang
Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa bersabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang menyetubuhi binatang maka hendaklah kamu
membunuhnya dan membunuh binatang itu bersama-samanya. (HR Ibnu Majah)
Keempat: Menjaga Kemaluan Dari Bersetubuh Dengan Isteri Dalam Keadaan
Haid
Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang mendatangkan mudarat.” Oleh sebab
itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan
isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri
mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang
diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang
yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(al-Baqarah:222)
Menurut sesetengah ulama, anak pondan terhasil dari persetubuhan isteri yang
sedang haid.
Kelima: Menjaga Kemaluan Dari Melancap dan perbuatan Lesbian
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. Firman
Allah S.W.T.:
"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap
isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah)
maka mereka tidak tercela." (Al Mukminun: 5-6).
Perisai 20: Mengawal Tangan
Pertama: Jangan mengacukan senjata
Sabda Nabi s.a.w. :
“Janganlah seseorang
kamu mengacukan kepada saudaranya dengan senjata. Kemungkinan dia tidak
menyedari bahawa syaitan akan menarik tangannya lalu dia terjatuh dalam lubang
neraka”. (Riwayat Bukhari).
Kedua: Membunuh sesama muslim
Diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
Apabila ada dua orang Islam yang bertengkar dengan menggunakan pedang
masing-masing, orang yang membunuh dan orang yang terbunuh sama-sama akan
memasuki neraka. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Orang yang membunuh sudah
sepatutnya dia memasuki neraka tetapi kenapa orang yang terbunuh juga memasuki
neraka? Baginda menjawab: Kerana dia terlalu berkeinginan untuk membunuh
kawannya. (HR Bukhari dan Muslim)
Ketiga: Membunuh Diri Sendiri
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud:
“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam
neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun
membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup
racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang
membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia
akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya
selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Keempat: Bersalaman Dengan Bukan Ajnabi (bukan Mahram)
Al-Iraqi berkata, "Jika nabi saja tidak melakukan hal itu, padahal beliau
adalah orang yang maksum dan terhindar dari dorongan syahwat, tentu orang
selain beliau lebih tidak boleh lagi melakukannya." Hadits tersebut
diperkuat oleh hadits dari Ma'qil bin Yasar dia berkata:
"Sesungguhnya Rasululah S.A.W. bersabda, Seandainya kamu ditusuk dengan
jarum besi, maka itu lebih baik bagimu daripada menyentuh perempuan yang tidak
halal bagimu." (Diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaqi, dan para perawi
Thabrani adalah orang-orang yang terpercaya dan sahih)
Kelima: Memakai Emas (Lelaki)
Rasulullah saw. telah melarang kaum laki-laki memakai cincin emas. Dari
Al-Bara’ bin Azib Ra meriwayatkan bahwa ketika Rasulullah saw. melihat seorang
laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya
mencopot cincinnya, kemudian melemparkannya ke tanah, seraya bersabda.
"Salah seorang dari kalian sengaja mengambil bara api neraka dan
meletakkannya di tangannya". (Hadits Riwayat Muslim dalam kitab Shahihnya,
2090).
Keenam: Bermain Dadu
Alasan dadu ini haram mengikut Ulama yang mengharamkannya menurut hadith yang
diriwayatkan oleh Buraidah bahawa Rasulullah SAW;
"Barangsiapa bermain dadu , maka seolah-olah dia mencelupkan tangannya
dalam daging babi dan darahnya. "(Riwayat Muslim)
Bersambung Insha Allah