Ahad, 9 November 2014

JIN 'KHADAM' SIHIR

Bagi mereka yang terlibat dengan perubatan Ruqyah Syari'ah, fenomena 'menemui' Jin yang mengganggu pesakit adalah lumrah. Jin itu dikaitkan dengan khadam sihir. Sihir dan Jin tidak dapat dipisahkan, barangkali seperti irama dan lagu. Bahkah ada ulama mendefinasikan bahawa Sihir itu adalah perbuatan yang mendekatkan diri dengan syaitan.

Ulamak atau para asatizah yang saya pelajari ilmu rawatan dengan mereka setakat yang saya tahu tidak membawakan dalil Al-Quran mahupun hadith bahawa Sihir itu mempunyai khadamnya dikalangan Jin. Puluhan kitab yang berkaitan dengan 'rawatan Islam' yang sempat ditelaah, samada yang ditulis oleh ulama silam dari Timur Tengah mahupun ulamak semasa belum pernah lagi saya menjumpai hadith yang mengatakan sihir mempunyai khadam dikalangan Jin. Bahkan kitab hadith soheh Bukhari dan Muslim yang sempat saya baca juga belum pernah saya temui fakta tersebut. Jika anda yang membaca tulisan ini dan mengetahui ada hadith mengenainya, besar harapan saya supaya membantu saya. Hadith yang paling hampir mengenai kaitan syaitan dengan gangguan penyakit adalah hadith Nabi saw merawat penyakit gila dengan memerintahkan Jin keluar dari tubuh sisakit.(rujuk tulisan saya sebelum ini). Namun begitu pengalaman/fenomena menemui 'khadam jin'  hampir pasti.

Banyak penyakit manusia yang berpunca dari micro organisma dari keluarga bakteria,fungus dan virus. Al Quran dan Al Hadith tidak menyebut jenis-jenis kuman ini secara khusus. Aqal yang dianugerah kepada manusia dan ilham dari Allah swt akhirnya manusia menjumpai pelbagai jenis bakteria, virus dan fungus serta kesannya kepada kesihatan insan. Bahkan manusia masih terus meneroka dan mengkaji. Pun begitu, jin yang dijadikan khadam sihir oleh syaitan tidak dinyatakan secara khusus dan jelas oleh Nas Al Quran dan Hadith, namun pengalaman dan kajian manusia, ilmu ini semakin terbuka dari hari ke hari. Satu hari nanti inshaAllah sihir boleh difahami oleh manusia secara sistematik.  

Di bawah ini saya kongsikan sebuah artikel Utusan Malaysia yang membicara topic ini. Alhamdulillah buku “Ahli Sihir ke Tali Gantung” juga telah habis saya telaah. Beliau bukan berbicara soal khadam sihir sahaja bahkan kaedah bagaimana untuk mengheret ahli sihir ke mahkamah.


UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 20/06/2013
Bongkar sihir dengan sains
Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

Jenayah sihir telah diamalkan sejak dahulu, namun masih tiada undang-undang bagi menyekat kesalahan itu . - Gambar hiasan
LULUHNYA hati seorang mangsa apabila penjenayah atau tertuduh yang terang-terangan bersalah tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan, malah dibebaskan tanpa jaminan oleh pihak mahkamah.
Bukan hanya satu atau dua, tetapi dikatakan terdapat pelbagai kejadian seumpama yang diklasifikasi sebagai kes jenayah dan sivil itu dilaporkan ke muka pengadilan, namun terlepas begitu sahaja.
Sebabnya, tiada isu atau bukti kukuh yang dapat diketengah bagi membuktikan tertuduh benar-benar bersalah. Badan kehakiman hanya memutuskan apa yang zahir di hadapan mereka.
Akhirnya, pesalah tersenyum puas kerana motif perbuatan tercapai kesan daripada ketiadaan bukti kukuh bagi menyabitkan kesalahan yang dilakukan.
Manakala, mangsa pula terpaksa terus hidup dalam menderita.
Inilah dilema yang berlaku apabila jenayah yang dilakukan di luar logik akal manusia iaitu membabitkan unsur ilmu sihir.
Sehingga dilaporkan terdapat kes jenayah sihir yang mengakibatkan maut mahupun derita sepanjang hayat.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, isu jenayah membabitkan sihir yang dilihat semakin serius boleh diatasi dengan mewujudkan satu undang-undang khas bagi menanganinya.
Beliau yang juga mengetuai unit kajian khas dalam meneliti undang-undang sihir berkata, kaedah pembuktian dan pendakwaan yang menjadi keraguan utama dalam kes membabitkan sihir juga diyakini mampu diselesaikan melalui kaedah yang telah dipersetujui.
Kaedah tersebut katanya, melalui gabungan kepakaran antara pengamal perubatan Islam dan juga pakar sains.
"Kepakaran pengamal perubatan Islam itu daripada Gabungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Gapimma). Pakar sains pula adalah dengan kerjasama ahli forensik dan juga peralatan teknologi bio-feedback.
"Setiap mangsa yang disihir mempunyai 'khadam sihir' kepada tuannya yang juga penghantar sihir itu ke dalam tubuh mangsa.
"Gapimma bertindak mengenalpasti tuan yang menghantar khadam sihir tersebut melalui pengakuan mangsa semasa proses rawatan yang ketika itu sedang dikawal oleh khadam sihir.
"Pengakuan daripada mulut mangsa akan dirakamkan untuk dijadikan bukti sebelum langkah seterusnya dijalankan.
"Manakala, bahan yang dihantar oleh penyihir seperti rambut, kuku, kaca dan sebagainya yang diperoleh ketika rawatan pula akan disiasat oleh Jabatan Forensik melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Ini untuk mengenalpasti pemilik, penyimpan dan penghantar barangan itu.
"Seterusnya, teknologi bio-feedback pula digunakan bagi menguji dan melihat tindak balas mangsa melalui isyarat atau tanda yang diterima daripada tubuh mangsa menerusi alat tersebut," kata Dr. Mahyuddin ketika ditemui, baru-baru ini.
Tambahnya, alat pengesanan bio-feedback yang telah diuji keberkesanannya itu dinilai melalui enam aspek iaitu gelombang otak, teknik pernafasan, denyutan hati, tindak balas kulit, ketegangan otot, dan juga peluh tubuh.
Bagaimanapun katanya, keputusan yang diperoleh daripada siasatan ketiga-tiga kaedah itu perlu selari dan menunjukkan kesan yang benar sebelum diklasifikasikan dalam jenayah sihir.
"Jika rawatan daripada Gapimma mengesahkan bahawa seseorang itu disihir dan mengenalpasti siapa dalang di sebalik kejadian itu, maka ujian forensik dan pengesanan bio-feedback juga harus selari dengan dalang yang dikenalpasti itu," katanya.
Mahyuddin berkata, penjenayah sihir sama ada penghantar sihir dan individu yang mengupah ahli sihir tidak lagi bebas melakukan perbuatan tersebut sewenang-wenangnya dengan wujudnya undang-undang tersebut.
Muhyiddin yang juga penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung berkata, jenayah sihir sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk.
Ini katanya berdasarkan statistik terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebanyak 69 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari (PTK) berbanding perubatan moden.
"Walaupun pada zaman moden, jenayah membabitkan sihir dilihat semakin popular. Sihir menjadi pilihan kerana merupakan kaedah halus untuk menjatuhkan seseorang dengan mudah dan lebih berkesan malah tanpa disyaki.
"Begitu juga statistik kes penipuan oleh bomoh pada 2012 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kerugian yang dialami mangsa meningkat 63.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu melibatkan amaun RM12,494,665.27.
"Berleluasanya kes-kes sebegini memerlukan satu pendekatan yang holistik untuk membanterasnya kerana selain menipu, ada juga pengamal yang menawarkan khidmat sihir atas nama perawat tradisional dan komplementari," katanya.
Oleh itu, Muhyiddin berkata, sudah tiba masanya sebuah akta bagi menyekat kebebasan jenayah membabitkan sihir perlu diwujudkan melalui penubuhan undang-undang sihir.
Nyata kesediaan
Dr. Muhyiddin berkata, kajian secara dasar mengenai isu-isu penguatkuasaan, pendakwaan, pembuktian dan kepakaran daripada akar umbi untuk menubuhkan undang-undang tersebut telah diadakan dan rata-rata pihak terlibat menyatakan kesediaan dalam mewujudkan akta tersebut.
"Sesi perbincangan secara berkala dengan pihak berkuasa seperti bersama Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Mufti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan Jabatan agama Islam Negeri telah pun diselaraskan.
"Ini bertujuan pengemaskinian prosedur, tatacara dan aspek teknikal dalam pelaksanaan undang-undang tersebut. Dan kesemua badan berkenaan menunjukkan persetujuan dan memberi jawapan positif.
"Saya yakin, melalui geran Program Pemindahan Ilmu yang diluluskan, isu-isu tersebut akan dapat diperhalusi dan diselesaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut," jelas Dr. Mahyuddin.
Manakala, daripada segi penguatkuasaan dan pendakwaan diakui masih kurang berkemahiran. namun dengan adanya kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, latihan dan pendedahan boleh diberikan selain mewujudkan Prosedur Kendalian Standard (SOP) khas, ini boleh diatasi.
"Daripada segi kepakaran pula, saya tidak berasa ia suatu yang sukar untuk diwujudkan kerana ramai pakar-pakar perubatan PTK yang sedia untuk membantu. Cuma yang menjadi isunya ialah pengiktirafan oleh pihak berkuasa.
"Alhamdulillah dengan adanya Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplemetari (BPTK) Kementerian Kesihatan Malaysia, berupaya menjadi salah satu badan rujukan dalam perlaksanaannya.
"Selain itu, Gappima sendiri telah menyatakan pendirian untuk membantu pihak kerajaan untuk memerangi jenayah sihir dan perkara ini telah dijadikan sebagai salah satu agenda perjuangan mereka.
"Namun, saya tetap menaruh harapan agar isu ini diberi perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana terdapat kes-kes jenayah yang melibatkan sihir seperti menipu, mencuri, menceroboh, merompak, merogol menggunakan ilmu sihir berbentuk pukau.
"Jika penggunaan sihir pukau tidak dibanteras, maka jenayah-jenayah tersebut akan dapat dilakukan dengan lebih mudah tanpa sebarang tentangan daripada mangsa," ujar Dr. Mahyuddin.
Beliau mencadangkan, pada peringkat awal akta tersebut boleh dilaksanakan melalui kes jenayah membabitkan sihir di dalam pernikahan dan perceraian.


Sabtu, 8 November 2014

Pengaruh Syiah Dalam Tasawwuf


Meneliti pembentangan Maulana Asri tentang ‘Pengaruh Syiah Dalam Tasawwuf’ memberikan kita ‘helicopter view’ tentang asal usul pekara-pekara ‘pelik’ yang dengan mudah kita temui di dalam ‘daerah’ tarikat.
Pekara-pekara pelik yang tidak bersumber dari Hadith yang soheh itu diantara ialah maqam para wali(Saya kongsikan sedikit di bawah).Kisah Khidir dan Imam2 Ghaib. Begitu juga ‘Nur Muhamad’.Banyak sekali pekara-pekara yang tidak berdasarkan nas ini datangnya dari sumber syiah.
Awas tipu daya Iblis saudaraku, kembalilah kepada pegangan Ahli Sunah wal jamaah.

Saya memasukan topik ini di dalam blog yang khusus membicarakan mengenai rawatan dan Jin kerana bagi yang berpengalaman di dalam bidang rawatan ruqyah akan memahami hal ini.


CONTOH PECAHAN WALI-WALI YG BIASA DITEMUI DI DALAM KITAB2 TARIKAT.
1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya.
2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.
3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya.
4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain.
5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang.
6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia.
Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan diganti orang lain.
8. Al-Rajbiyun
Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rajab saja. Mulai awal Rajab hingga akhir bulan mereka itu ada.
9. Al-Khatamiyun
Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yang mempunyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat AlKhatamiyun adalah sebagai penutup para wali. Jumlah mereka hanya seorang.
10. Rijalul Ghaib
Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di setiap masa. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’, mereka tidak berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahwa Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri. Di antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas orang di setiap masa. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala penyimpangan.

Penyampaian Maulana Asri 2 jam lebih, berbaloi menelitinya.

http://www.youtube.com/watch?v=QuPgpqwnUQ8

Khamis, 16 Oktober 2014

RUQYAH SYAR’IYYAH SEDERHANA PANJANG

Saya kongsikan susunan ayat-ayat ruqyah susunan Dr.Khalid Bin AbdurRahman di dalam bukunya      “ Ruqyah Syar’iyyah : Irqi nafsaka wa ahlika wa kun anta Syeikha”

1. Al Fatihah ,
2. Al Baqarah :1-7
3. Al Baqarah: 117
4. Al Baqarah :137
5. Al Baqarah: 163-164
6. Al Baqarah: 254-257
7. Al Baqarah: 284-286
8. Ali ‘Imran: 1-6
9. Ali ‘Imran: 18
10. Ali ‘Imran: 26-27
11. Ali ‘Imran: 85
12. Al ‘Araf : 54-56
13. Al Anbiya’: 78
14. Al-Isra’: 110-111
15. Al Baqarah: 109
16. An-Nisa’ : 54
17. Yunus : 54
18. Yusuf : 67
19. Al Kahfi: 39
20. Al-Mulk : 1-4
21. Al-Qalam : 51-52
22. Al Baqarah: 102-103
23. Al ‘Araf: 117-122
24. Yunus : 77
25. Yunus : 81-82
26. Taha : 69
27. Al Mu’minun : 115-118
28. Al Ahqaf : 31
29. Ar Rahman : 33-36
30. Al Hasyr : 21-24
31. Al An’am : 17
32. As-Saffat : 1-11
33. Al An’am : 13
34. At Taubah : 129
35. Az Zumar : 38
36. At Talaq : 7
37. Yunus : 62-63
38. Yusuf :86
39. Ar Ra’d: 28
40. Ibrahim: 27
41. Fathir : 34
42. Al- Inshirah
43. Fusshilat : 44
44. Yunus : 57
45. Al Isra’ : 82
46. As Syu’ara’ : 80
47. At Taubah : 14-15
48. Al Isra’: 81
49. Al Mu’minun: 107
50. Al Baqarah : 72
51. Al Furqan : 23
52. At Talaq : 2-3
53. Al ‘Ala : 4
54. Al Zalzalah
55. Yusuf : 64
56. Al Hijr : 17
57. Ghafir : 44-45
58. Al Infithar: 10-12
59. At Thariq : 4
60. Al Kafirun
61. Al Ikhlas
62. Al Falaq
63. An Nas

Sabtu, 19 Julai 2014

Peruqyah atau Mu'alij Pasif Vs Aktif

Tulisan ini dikongsikan khusus buat teman2 yang telah mula mempelajari so called 'Rawatan Islam'. Sihir tidak lari dari perbuatan syaitan dan amat berkait dengan dunia Jin. Selangkah anda menapakkan kaki ke alam 'ruqyah syar'iah' bermakna anda telah mengetuk pintu buat melihat kebesaran Allah swt di alam Jin. Hanya mereka yang berpegang teguh dengan syariat dan ikhlas sahaja yang selamat dari tipu daya iblis dan syaitan. Apabila dibukakan pintunya maka bertambahlah ilmu. Semakin bertambah ilmu bertambahlah amal dan semakin anda rasa kerdil di hadapan kehebatan Allah swt yang maha dasyat keagunganNYA. Semakin bertambah 'takut' kepadaNYA sebagaimana bertambahnya cinta yang berpadu dengan rindu buat menemuiNYA.

Maklumat yang saya cuba kongsikan kali ini sebenarnya telah lama ingin dikongsikan. Ayat-ayat ruqyah telah beberapa siri saya coretkan berserta dengan nasnya.Teknik, ya kali ini kita sembangkan pula hal-hal teknikal ruqyah.  Nabi saw meninggalkan kepada kita beberapa petunjuk mengenai teknik rawatan. Diantaranya memegang dan menyapu/mengusap tempat sakit, memukul/menepuk pesakit dengan pukulan yang tidak memudaratkan, menyuruh syaitan keluar dan sebagainya. Mu’alij atau peruqyah yang berpengalaman tidak sedikit mengembangkan teknik mereka sendiri dari teknik asas yang mereka pelajari dari gurunya. Bahkan seorang perawat yang terkenal Tn.Hj Abdul Majid Hasan pengasas ‘AKRINE’ menjadikan “Niat, Doa,Ruqyah  dan Teknik” sebagai kata-kata kuncinya di dalam proses rawatan. Selagi mana teknik yang dikembangkan itu berkesan dan tidak bertentangan dengan syarak maka ia adalah ikhtiar yang dibenarkan oleh agama.

Saya kongsikan tulisan Saudara Perdana Akhmad seorang mu’alij yang terkena di tanahair seberang.

Ditulis oleh : Perdana Akhmad,S.Psi
(Praktisi “Quranic Healing Technique”)
Pembahasan pertama :
Saya menulis artikel ini berdasarkan pengalaman saya yang hampir 10 tahun meruqyah dengan berbagai kasus dari ringan maupun berat. Sungguh sudah ratusan kasus yang saya tangani dari awal saya bekerja di klinik Baitur Ruqyah Asy-Syar’iyyah wal Hijamah milik Ustadz Fadlan Abu yasir.Lc.di Kota Gede Yogyakarta dari tahun 2002 sampai 2006, sempat juga meruqyah pasien di Klinik Ghoib milik Ustadz Ahmad Djunaidi.Lc.  di Jakarta. Belum lagi saya dipanggil secara khusus kerumah pasien. Berkali-kali diundang untuk  mentraining umat muslim (semacam lokakarya) untuk menjadi peruqyah lalu dibarengi dengan ruqyah massal.

Saya sudah sangat lama meneliti dan menela’ah semua perjalanan saya meruqyah dengan semua lika-liku didalamnya. Saya melihat cara dan tekhnik rekan-rekan sesama Ustadz Ketika mereka meruqyah. Maka saya yang dhaif ini membagi dua macam pembagian tipe peruqyah.


Peruqyah pasif
Peruqyah Aktif

Penjabaran
Peruqyah pasif adalah peruqyah yang tidak mau melangkahkan kakinya membuka “gerbang rahasia dibalik rahasia”. Mereka berdiri di depan pintu gerbang rahasia namun menjaga dirinya untuk tidak masuk kedalam gerbang yang alamnya lebih penuh rahasia. Jika mereka berani untuk masuk kedalam pintu gerbang itu mereka tentunya akan mengetahui banyak Rahasia alam didalamnya, namun rahasia yang mereka dapatkan akan berbanting lurus dengan resiko yang juga akan mereka alami. Mereka akan banyak mendapatkan cobaan.

Sedangkan peruqyah aktif adalah praktisi ruqyah yang mau melangkahkan kakinya membuka “gerbang rahasia dibalik rahasia”. Peruqyah tersebut berdiri didalam pintu gerbang rahasia dan berani membuka dan melangkahkan kakinya masuk kedalam suatu alam yang penuh misteri didalamnya. Dan dia sanggup menanggung resiko dan cobaan yang akan didapatkannya ketika berani masuk kedalam alam tersebut.
Bagaimana cara kita mendekat ke gerbang rahasia tersebut? Langkah awalnya adalah terus menggali informasi dari penglihatan ghoib yang didapat pasien sihir. Sebab pasien sihir hampir seluruhnya memiliki kemampuan melihat alam jin beserta benda-benda sihir didalamnya.

Tak sadarkah kalian wahai peruqyah, jika kalian mau menggali lebih dalam informasi yang diberikan pasien, kalian akan mendapatkan informasi dan ilmu rahasia didalamnya dari hasil observasi , eksperimen maupun penelitian ilmiah (dikaji dari Al-Qur’an dan sunnah disertai penjelasan para ulama)?

Ketika pasien memberikan informasi ghoib maka pasien sudah memposisikan dirinya dan mengajak peruqyah untuk berdiri di gerbang pintu rahasia. Jika peruqyah berani menggali lebih jauh dengan mengajak pasien untuk mengeksplorasinya maka peruqyah sudah masuk kedalam gerbang rahasia yang penuh rahasia dan akan sangat banyak menemui informasi rahasia yang sedikit sekali manusia mengetahuinya kecuali pengetahuan itu dimiliki oleh orang-orang khos (khusus) seperti para ulama dan wali Allah ……

Contok kasus

a.       Kasus pertama :
Pasien dalam prosesi ruqyah mengatakan pada peruqyah, “Ustadz, saya melihat ada banyak makhluk mengerikan yang berada didepan rumah, saya takut ustadz” Pasien yang menginformasikan informasi ghoib itulah yang saya buat perumpamaan pasien telah berdiri di ” gerbang rahasia alam ghoib” . Maka posisi peruqyah akan terbagi menjadi dua posisi,praktisi ruqyah menjadi peruqyah pasif ,atau Praktisi yang Aktif ?

Jika peruqyah adalah tipe peruqyah pasif dia akan mengatakan “ biarkan saja, jangan engkau fikirkan, nanti jin itu pergi sendiri sekarang baca saja doa-doa pembentengan diri” . Maka, jika peruqyah tidak mau menggali lebih dalam informasi yang diberikan pasien maka informasi itu akan hilang begitu saja dan pasien pada alam bawah sadarnya akan menutup diri dari penampakan ghoib yang dilihatnya.

Adapun jika praktisi ruqyah adalah seorang peruqyah aktif dia tidak akan menyia-nyiakan informasi yang diberikan peruqyah dan dia akan mengeksplorasi, menggali bahkan terlibat jauh didalamnya.

Peruqyah aktif akan mengatakan:” ada berapa banyak jinnya?”, “mereka  memakai baju apa?”,” didepan rumah mereka adakah yang dibawa?”, “mengambil wujud apa saja mereka?” Ketika peruqyah menanyakan itu maka peruqyah mulai melangkahkan kakinya masuka kedalam gerbang rahasia dan ketika pasien menjawab pertanyaan peruqyah maka peruqyah mulai mendapatkan banyak informasi ghoib didalamnya yang tentu saja ghoib bagi manusia dan tidak ghoib bagi bangsa jin.

Lebih jauh dari itu jika peruqyah mau menggunakan kekuatan yang sudah diberikan Allah pada dirinya maka peruqyah akan mengatakan: ” coba kamu lihat, saya akan membacakan kalimat Tammah ( sakti) yang diajarkan Malaikat Jibril pada Rasulullah ketika Rasulullah diserang secara ghoib oleh para jin ifrit yang membawa obor untuk membakar Rasulullah. Saya akan bacakan dan lihat apa yang terjadi!”
Pasien menjawab: ” Allahu Akbar, Subhanaalah Ustaaaaaad! Saya melihat cahaya dari langit masuk kedalam tubuh ustadz dan keluar lagi menuju sekelompok jin tersebut dan membakar mereka semua!”

Ketika pasien melihat kebesaran Allah karena melihat keajaiban bahwa doa yang dibaca peruqyah memancarkan cahaya dan menghajar para jin tersebut dan diinformasikan pada peruqyah, maka peruqyah sudah masuk dan berjalan lebih jauh kedalam alam ghoib dan sangat banyak mendapatkan informasi ghoib dan bukti-bukti kebesaran Kalam Allah didalamnya hingga semakin membuat peruqyah semakin yakin dengan pertolongan Allah ketika peruqyah membaca ayat-ayat ruqyah.

b.      Kasus kedua
Pasien merasakan tubuhnya sangat sakit, dalam prosesi ruqyah pasien terus-menerus merasakan bahwa dirinya terikat disuatu tempat dan disiksa oleh makhluk mengerikan. Pasien mengatakan pada peruqyah:” Ustadz saya merasakan bahwa ada bagian dari diri saya diikat dan disiksa, perasaan ini terus-menerus menghantui saya” . Jika yang ditemui adalah peruqyah pasif, maka akan mengatakan: ”itu hanya perasaanmu saja, jangan hiraukan, sekarang dengarkan lagi lantunan ayat-ayat Allah” . Ketika peruqyah pasif membiarkan informasi ghoib yang diberikan pasien dan tidak menggalinya lebih jauh maka informasi itu akan hilang begitu saja. Pintu gerbang rahasia tidak akan dia masuki dan peruqyah tidak akan mendapatkan informasi rahasia didalamnya yang hanya dimiliki oleh kalangan jin saja.

Adapun jika praktisi tersebut seorang peruqyah aktif, maka dia akan meneliti sumber perasaan aneh pasiennya tersebut. Maka peruqyah akan mengajak pasien untuk berdoa-bersama-sama minta petunjuk kepada Allah apa sebenarnya maksud dari sumber perasaan aneh tersebut  apakah petunjuk dari Allah atau tipu daya setan. Jika ternyata dikabulkan Allah dan bukan tipu daya setan, maka pasien akan mengatakan pada peruqyah:” ustadz kok saya melihat tubuh saya diikat disuatu kerajaan yang didalamnya banyak siluman, ada salah satu siluman itu memukul diri saya yang sedang terikat.”

Lalu sang ustadz yang aktif terus-menerus menggali informasi didalamnya seperti mengatakan:”bagaimana kondisi ruangan tempat diri anda disiksa “, dan berbagai pertanyaan lainnya.  Agar informasi yang diberikan pasien tidak disesatkan oleh setan maka peruqyah mendoakan dan melindungi “pandangan mata bathin” pasien dengan ayat-ayat Allah.

Maka bagaimana cara untuk mengambil diri pasien yang diikat di kerajaan jin tersebut? Lalu peruqyah dengan bingungnya kembali berdoa kepada Allah Ta’ala memohon jalan keluar, karena peruqyah bingung kok ada diri pasien yang lain yang disiksa sekelompok  siluman ???

Lalu peruqyah mendapatkan firasat setelah dia berdoa (Ingat hadits yang mengatakan hati-hatilah dengan firasat orang mu’min sebab dia melihat dengan cahaya Allah) bahwa yang diikat itu adalah salah satu nafs (jiwa) pasien yang diculik oleh siluman itu dan dibawa kekerajaannya untuk disakiti yang tentunya dampaknya akan menyakiti tubuh fisik pasien.

Peruqyah itu teringat dengan penjelasan yaikh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dikitabnya Ar-ruh bahwa ruh berbeda dengan nafs (jiwa) ruh tidak akan keluar sebelum menusia itu ditetapkan ajalnya, dan yang akan keluar dari tubuh adalah nafs (jiwa) ketika manusia itu tidur dan jiwanya akan naik kelangit jika tidak ada hambatan dari setan, atau akan bermimpi buruk ketika nafsnya bertemu dengan jin dialam ghoib, atau bahkan bisa bermimpi berkelahi dengan jin ketika nafsnya dikeroyok jin dialam ghoib.

Peruqyah yang aktif selalu bersikap kritis dia tidak keyakini sebelum ditimbang dari Al-Qur’an dan sunnah, lalu dia mendapatkan petunjuk ketika membuka  kitab karya Imam Jalaluddin Al Suyuthi yang berjudul “laqth Al Marjan fi Ahkam Al Jan” (edisi bahasa Indonesia diterbitkan oleh Kanza Publishing berjudul “ menguak misteri alam ghoib”) bahwa memang Iblis telah menugaskan setan bernama Lahw. Untuk mengganggu dan membelenggu jiwa manusia hingga tidak bisa naik kelangit.

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Nawadirul Ushul dari Abu Salamah bin Abdurrahman bahwasanya Rasulullah bersabda:” Terhadap jiwa-jiwa telah ditugasi (oleh Iblis) setan bernama Lahw. Ia mengganggu jiwa dengan khayalan dan menampakkan diri dalam mimpi hingga berakhir jika dia membawanya naik. Jika ia telah berakhir dilangit (jiwa terbang kelangit) , maka apa yang dilihat dalam mimpi adalah mimpi yang benar.” (lihat dikitab Imam Jalaluddin Al Suyuthi berjudul “ menguak misteri alam ghoib” halaman 275)

Bagaimana cara membebaskannya ? lalu kembali peruqyah mendapatkan ilham dari Allah Ta’ala bahwa untuk membebaskannya dengan mengubah niat ketika meruqyah dengan meniatkan untuk melepaskan buhul yang mengikat nafs pasien. Peruqyah mengatakan pada pasien :” saya dengan Idzin Allah akan membebaskanmu, lihatlah apa yang akan terjadi pada salah satu jiwamu yang ditawan itu”
Lalu peruqyah kembali membacakan ayat-ayat ruqyah dan pasien sangat terkejut sembari mengatakan :” Subhannallah ustadz ada banyak pasukan berbaju putih-putih bercahaya berperang menggunakan pedang dengan kelompok siluman itu hingga siluman itu terbunuh semuanya dan membebaskan diriku……….. dan sekarang diriku terbang ustadz dengan dikawal pasukan itu dan……..Ustadz ! bagian diriku sudah masuk kedalam tubuhku!”

Pada kasus lain yang dialami pasien berbeda yang kasusnya hampir sama, pasien tersebut mengatakan:” ustadz……. kok saya melihat diri Ustadz terbang menuju kerajaan itu dan sekarang berperang sendirian melawan siluman itu?” sang ustadz terkejut juga bingung dan kembali berdoa kepada Allah, apa yang sebenarnya terjadi? Ini petunjuk dari Allah Ta’ala atau tipu daya setan?? Lalu tiba-tiba sang Ustadz ketika memejamkan matanya melihat dirinya sedang berusaha membebaskan jiwa pasiennya yang dibelenggu dengan berperang melawan para siluman itu.

Subhanallah sang ustadz benar-benar bingung mengapa dia merasakan jiwanya berperang melawan melawan para siluman lalu sang Ustadz membentengi dirinya dengan ayat-ayat dan doa-doa perlindungan dan pasien melihat cahaya berkilauan yang melindungi jiwa ustadz tersebut ketika berusaha membebaskan jiwa pasiennya yang tertawan.

Bahkan lebih dari itu dia dan pasien melihat berbagai senjata dari energi ayat suci Al-Qur’an dan doa-doa yang dilantunkan bermunculan dan menghajar sekelompok siluman tersebut hingga semuanya hancur bahkan kerajaannyapun hancur lebur.

Subhanallah wahai para peruqyah! Sungguh banyak rahasia yang kita tidak tahu jika kita tidak mau menggalinya…. sesungguhnya seluruh pengetahuan saya tentang ilmu dan seni pendayagunaan energi ruqyah juga beragam informasi alam jin yang saya informasikan di blog ini hampir 80 % didapat dari hasil eksplorasi, eksperimen saya bekerjasama dengan pasien yang terkena sihir.

Contoh kasus lainnya: Pasien merasakan dalam perutnya terisi udara dan perutnya kembung.  ketika diruqyah dia tersedak berulangkali mengeluarkan angin dari mulutnya, lalu bagaimana seorang peruqyah bersikap??? Peruqyah pasif akan mengatakan “itu semua gangguan setan, jangan takut tetap dengarkan dengan khusuk ayat yang saya baca?” namun peruqyah tidak mau lagi meneliti lebih jauh maka dia tidak akan tahu rahasia dibalik sakitnya pasien.Salahkah sikap peruqyah ini? SAMA SEKALI TIDAK !

Sikap peruqyah pasif ini 100% betul dan sesuai dari sisi syari’at namun dia kurang dari sisi ikhtiar, tidaklah kalian mau menggali lagi apa sebab perut pasien kembung?  Jika dia seorang peruqyah aktif, maka dia akan terus menggali informasi dan  berusaha memecahkan kasus perut kembung pasien . BENDA APA YANG ADA DIDALAM PERUTNYA? BAGAIMANA CARA SETAN MEMASUKKAN BENDA SIHIR ITU” dan berbagai sikap kritis lainnya.

Wahai para peruqyah!!! Bersikaplah seperti peneliti! Kaji, eksplorasi semua penyebab sihir itu sampai hal yang terkecil! Jika kalian bersikap pasif  maka jika datang kesembuhan dari sakitnya pasien karena kita ruqyah, lalu kita tidak mau menggali informasi lebih jauh maka, rahasia jin dalam mengirim benda sihir dan benda apa yang ada dalam perut jin kalian tidak akan mengetahuinya. Jika kita tidak mengetahuinya maka tidak akan bisa jadi ibroh/pelajaran juga ilmu  bagi kita dimasa depan.

BAGAIMANA CARA PERUQYAH AKTIF BERSIKAP???
Menghadapi kasus perut kembung, pasien dituntun oleh peruqyah yang aktif untuk melihat sebab musabab penyakitnya… peruqyah dan Pasien sama-sama berdoa kepada Allah Ta’ala agar diberi petunjuk penyebab sakit kembung pasien….. ternyata dengan doa dan dibarengi membaca Ismul Adhom Allah Ta’ala seketika memberikan petunjuk dan pasien melihat ada gulungan angin Ahmar didalam perutnya dan dia melihat ada sesosok makhluk jin diantara gulungan angin ahmar itu.

Bagaimana cara mengeluarkannya ? Peruqyah kembali lagi berdoa pada Allah agar diberikan firasat dan ilham bagaimana cara penyembuhan yang paling efektif dan tidak memakan waktu lama…. dan ternyata peruqyah itu mendapatkan ilham agar memutarkan jari jemarinya berlawanan dengan jarum jam dengan membaca ayat-ayat tertentu…. dan Subhanallah setelah peruqyah lakukan maka seketika pasien merasakan angin ahmar tersebut keluar dengan sangat banyaknya dari pusat pasien tersebut dan perutnya kempes seketika. Sekarang tinggal jin yang berada dalam perutnya . pasien merasakan jin tersebut terikat dan badannya sudah penuh dengan luka-luka karena terbakar namun tidak dapat pergi karena terikat dengan buhul.

Jika terus kita ruqyah besar kemungkinan jin itu mati dengan buhul masih menempel ditubuhnya dan akan larut ketika pasien minum air ruqyah, menunggu jin mati itu rahasia Allah, bisa besok, lusa, dua bulan kemudian kita tidak tahu.


Namun jika kita mau mengeksporasi dan menemukan tekhnik baru maka. MINTALAH KEPADA ALLAH TA’ALA, bagaimana cara kita memutus buhul yang mengikat tubuh jin tersebut. Dan Subhanallah Allah Ta’ala memberikan ilham agar membacakan 3 qul sebanyak 3 kali disertai niat memutus buhul tersebut. Tiap kasus bisa berbeda tekhnik memutus buhul sesuai dengan kondisi dan kekuatan buhul tersebut, kuncinya adalah DOA! Kita peruqyah selalu berdoa dengan menggunakan Ayat Suci Al-Qur’an dan doa-doa Rasulullah, MAKA JANGANLAH PULA  segan meminta pada Rab kita agar diberikan pengetahuan dan tekhnik baru dalam meruqyah, Allah Ta’ala Maha pengabul Doa dan yakinlah doa Kita akan dikabulkan.

Sabtu, 5 Julai 2014

KESAN PEMBACAAN AYAT KURSI DAN SURAH AL BAQARAH DENGAN SYAITAN DARI SAHIH BUKHARI DAN MUSLIM

Syaitan tidak dapat mendekati sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak tidur. Hal ini seperti yang diriwayatkan di dalam sahih Bukhari seperti di bawah:

4624. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir Telah mengabarkan kepada kami Syu'bah dari Sulaiman dari Ibrahim dari Abdurrahman dari Abu Mas'ud dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa yang membaca dua ayat.." Dan telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Manshur dari Ibrahim dari Abdurrahman bin Yazid dari Abu Mas'ud radliallahu 'anhu ia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada suatu malam, niscaya kedua ayat itu akan
mencukupinya." Utsmana bin Al Haitsam berkata; Telah menceritakan kepada kami 'Auf dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, ia berkata; Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam menugaskanku untuk menjaga harta zakat. Lalu pada suatu hari ada seseorang yang menyusup hendak mengambil makanan, maka aku pun menyergapnya
seraya berkata, "Aku benar-benar akan menyerahkanmu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihiwasallam.." lalu ia bercerita dan berkata, "Jika kamu hendak beranjak ke tempat tidur maka bacalah ayat kursi, niscaya Allah akan senantiasa menjagamu dan syetan tidak akan mendekatimu hingga pagi." Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Ia telah berkata benar padamu, padahal ia adalah pendusta. Si penyusup tadi sebenarnya adalah syetan."   (Sahih Bukhari)


Manakala di dalam sahih Muslim pula di riwayatkan syaitan lari dari rumah dibacakan surah Al-Baqarah.

1300. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Abdurrahman Al Qariy dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya syetan itu akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surat Al Baqarah."(Sahih Muslim)

Bagi yang sering mengatakan, “syaitan atau iblis” berada di dalam tubuh seseorang yang di sihir atau gangguan makhluk halus: Persoalannya mengapa masih ada lagi gangguan walaupun si sakit telah mengamalkan kedua-dua petunjuk dari Nabi saw seperti di atas?. Nabi saw tidak pernah berdusta.


Doakan saya diizinkan memberikan input kepada persoalan di atas di dalam masa terdekat.

Selasa, 1 Julai 2014

Ruqyah Jibril as Kepada Nabi saw

Dikongsikan Ruqyah yang dilakukan oleh Jibril as kepada Nabi saw seperti yang direkod di dalam soheh Muslim

Rukyah Jibril Pertama


Rukyah Jibril Ke Dua


Khamis, 26 Jun 2014

Kaitan Saka(sejenis sihir) Dengan Barangan Pusaka


Seperti sihir ‘biasa’ yang mempunyai ‘medium/barangan’, sihir saka juga kadang kala terkait dengan barangan pusaka. Saya kongsikan pengalaman perawat iaitu Ustaz Dr Hj Jahid. Beliau menceritakan kisah ini pada 3 Jan 2014 semasa sessi Seminar Perubatan Islam 2014 di Terengganu. Sebelum itu untuk kebaikan bersama saya kongsikan biodata ringkas Tuan Guru.

TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI  memperoleh Ijazah Sarjana MA di UM dalam bidang Usul Fekah (1975) dan Ijazah Kedoktoran Ph.D daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Usuluddin (Tasawwuf).
Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Guru Agama Sekolah antara tahun 1964 – 1969 dan pernah pula dilantik sebagai Guru Penolong Kanan selepas mendapat ijazah pertama. Pada awal tahun 1974 beliau dilantik menjadi Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya; dan telah dilantik menjadi Profesor Madya tahun 1992 dan beliau telah bersara pada akhir tahun 1995, sebagai Pensyarah di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

Dalam bidang Rawatan @ Perubatan Secara Islam beliau telah berpengalaman selama 20 tahun dengan memperkenalkan kaedah rawatan menggunakan Teknik pukulan/tepukan/merotan (menggunakan ranting pokok nona), dzikrullah dan doa kepada pelbagai penyakit yang dialami pesakit. Kesungguhan beliau dalam membantu masyarakat terbukti dengan penubuhan Pusat Rawatan Islam MANARAH di Lorong Beringin, Kuang, Selangor Darul Ehsan. Dengan pengalaman yang diperolehi, beliau juga sebagai tempat rujukan orang ramai kerana ditemui pelbagai lapisan masyarakat bagi nasihat, tunjuk ajar serta bimbingan dalam pelbagai masalah yang dihadapi. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang Perubatan Secara Islam telah dimanfaatkan dengan menulis artikel, kertas kerja, dakwah dan membimbing orang ramai melalui media masa, seminar, ceramah dan kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

Berbalik kepada tajuk tulisan ini saya kongsikan pengalaman Ustaz Jahid. Kisah ini adalah pengalaman beliau merawat seorang makcik jiran beliau. Makcik ini mengalami gangguan yang agak teruk dan lama(15 tahun) di rawat dipelbagai tempat. Selepas 3 sessi rawatan berlaku dialog di mana Jin pada Makcik itu memberi tahu dia tidak boleh keluar.
Jin  :  “Saya tidak boleh keluar”.
Ustaz Jahid(UJ) : “ Mengapa awak tidak boleh keluar?”
Jin   :  “ Saya tekunci di dalam”
UJ  :  “ Apa kuncinya?”
Jin  :  “Tidak tahu”.” Ustaz, kalau saya masukkan Ustaz ke dalam sebuah bilik kemudian saya kunci dari luar ,Ustaz boleh keluar tak?”.
UJ  :  “Tak boleh keluar.”
Jin  :  “ Saya macam itulah, ustaz carilah kuncinya.”
UJ   :  “ Mana saya nak cari,awak lebih tahu?”
Jin   :  “ Saya tidak tahu apa-apa.”

Kemudian ustaz Jahid meminta ,makcik itu mencari apa-apa barang peninggalan arwah ibunya. Pada mulanya makcik itu mengata tiada sebarang barang peninggalan ibunya. Al maklum almarhumah telah meninggal dunia 20 tahun lalu. Namun Ustaz Jahid meminta beliau cuba mengingatkan kembali walaupun barangan itu hanya sekecil jarum sebatang.

Keesokan harinya makcik itu datang semula ke rumah Ustaz Jahid. Beliau membawa sebuah sikat peninggalan ibunya, di mana sikat itu sering digunakan juga. Lalu Ustaz Jahid mengambil sikit itu dan memasukkannya ke dalam air yang telah diruqyah. Sebaik sahaja sikit itu direndam, makcik tadi yang ketika itu sedang duduk, terus tumbang dan berlaku dialog dengan Jin semalam.
UJ  :  “ Ha macamana kunci dah terbukakah?’.
Jin :  “ Sudah.”
UJ  :  “Awak boleh keluar.”
Jin  :  “ Boleh.”
UJ   :  “ Ikut mana?”
Jin   :  “ Tangan kiri.”
Selepas seminit Makcik tersebut sedar dan Alhamdulillah pulih sepenuhnya.


Kisah pengalaman kedua Ustaz Jahid berkenaan barangan pusaka.
Seorang murid beliau berusia 50an terkena stroke. Selepas dirawat dengan teknik ketukan, beliau sihat semula cuma mulutnya herot sedikit.
UJ  :  “ Saya rasa ini mesti ada barang-barang pusaka yang tersimpan.”
Murid  :  “ Tak ada apa-apa Ustaz.”
UJ  :  “ Tak apalah, cuba hj. Cari juga.”

Hampir satu tahun mukanya herot. Satu hari murid yang herot muka itu masuk ke stor rumahnya dan ternampak sebatang cangkul peninggalan arwah datuknya. Selepas cangkul itu dibawa ke pusat rawatan Ustaz Jahid. Sebaik sahaja cangkul itu dibakar, tiba-tiba mulut lelaki yang herot tadi terus pulih seperti sediakala.


Banyak pengajaran dari kedua-dua kisah di atas.Tetapi saya tidak berhajat mengulasnya buat masa ini.