Ketiga tiga nama atau
istilah di atas mempunyai persamaan dan perbezaan yang amat ketara. Penggunaan
yang salah tentunya memberi implikasi tertentu.Peperangan dan permusuhan di antara manusia dan syaitan hanya akan berakhir dengan kematian seseorang insan. Mengetahui dan mengenali musuh tentang perancangan, kekuatan dan kelemahannya adalah sesuatu yang amat penting. Nabi saw tidak meninggalkan kita melainkan dengan sunnahnya yang ampuh bagi menghadapi petempuran terebut. Saya mulai dengan huraian
mengenai syaitan.
SYAITAN/SYAITHON
Dari Segi Bahasa
Syaitan (شَيْطَانٌ) diambil
dari kata Syathona (شَطَنَ) yang berarti jauh. Ada pula yang mengatakan bahwa
itu dari kata Syaatho (شَاطَ) yang berarti terbakar atau batal. Namun pendapat
yang pertama lebih kuat menurut Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir, kata Syaitan
artinya yang jauh dari kebenaran atau dari rahmat Allah swt.
Prof.Dr. Umar Sulaiman
Al-Asyqar mengatakan,
الشيطان في
لغة العرب يطلق على كل عاد متمرد
“Syaitan di dalam bahasa
Arab digunakan untuk menyebut setiap makhluk yang menentang dan membangkang.” (Alamul
Jinni was Syayathin, Hal. 16).
Golongan Dan Ciri-ciri Syaitan
Syaitan terdiri dari
golongan Jin,Manusia dan haiwan tertentu:
1.
Syaitan Golongan Manusia dan Jin
Ia adalah berdasarkan firman Allah swt:
“Dan
demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan
(dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada
sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu
(manusia).”
(Al-An’am: 112)
Juga FirmanNYA
Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan
manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa
bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.
(An-Naas : 1-6 )
Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Dzar
ra, ia berkata:
Aku datang kepada Nabi saw sedang baginda saw
berada di masjid. Akupun duduk. Dan beliau saw menyatakan: “Wahai Abu Dzar apakah kamu sudah shalat?”
Aku jawab: “Belum.” Beliau saw mengatakan: “Bangkit dan shalatlah.” Akupun
bangkit dan shalat, lalu aku duduk. Beliau saw berkata: “Wahai Abu Dzar,
berlindunglah kepada Allah dari kejahatan syaitan manusia dan jin.” Abu Dzar
berkata: “Wahai Rasulullah, apakah di kalangan manusia ada syaitan?” Beliau
menjawab: “Ya.”
2.
Syaitan Dari Kalangan Haiwan Tertentu
Yang mendukung pendapat ini berpandukan
kepada makna zahir hadith
Nabi saw dalam riwayat Muslim:
الْكَلْبُ اْلأَسْوَدُ شَيْطَانٌ
“Anjing
hitam adalah syaitan.”
Ibnu
Katsir menyatakan: “Maknanya wallahu a’lam iaitu syaitan dari jenis anjing.” (Tafsir
Ibnu Katsir, 2/173)
Ibnu Jarir menyatakan, syaitan
di dalam bahasa Arab adalah setiap yang durhaka dari jin, manusia atau hewan,
atau dari segala sesuatu.
Namun begitu pekara ini
dibahaskan agak lebih luas oleh Syeikh Wahid Abd Salam Bali di dalam kitabnya
‘Wiqayatul insan minal jin wasyaithon’.Syeikh Wahid menukilkan hadith di atas
secara sempurna. Hadith dari Abi Qalabah ra. Rasulullah saw telah bersabda yang
bermaksud:
“Kalaulah tidak kerana anjing itu sebahagian dari
genarasi bernyawa,nescaya aku akan memerintahkan agar membunuhnya. Akan tetapi
aku bimbang generasi bernyawa ini akan pupus. (Namun) bunuhlah anjing hitam
pekat itu kerana sesungguhnya ia adalah dari kalangan jin(syaitan). Riwayat
Muslim .
Di dalam sahih Muslim ada
menyebut bahawa Abu Dzar ra, pernah berkata. Rasulullah saw pernah bersabda
yang bermaksud:
“Apabila seseorang kamu hendak mendirikan solat,
maka hendaklah dia meletakkan sutrah dihadapannya, kerana sekiranya tidak
diletakkan sutrah tersebut akan membatalkan solatnya apabila keldai, perempuan
dan anjing hitam lalu dihadapannya’.
Salah seorang yang lain bertanya: “Wahai Abu
Dzar,apa pula bezanya anjing berwarna hitam dengan anjing berwarna merah dan
kuning?”
“Wahai anak saudaraku.aku sendiri pernah bertanya
kepada Rasulullah saw dengan soalan yang sama”.Nabi saw bersabda, “Anjing hitam itu adalah syaitan”.
3.
Syaitan Dari Keturunan Iblis
Firman
Allah S.W.T. yang maksudnya :
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada
para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali
Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya.
Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain
daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhm. Amat buruklah Iblis itu sebagai
pengganti bagi orang-orang yang zalim."
(Surah al-Kahf ayat 50)
(Surah al-Kahf ayat 50)
4.
Syaitan Selain Iblis Boleh Terbunuh Mati
Telah
sabit di dalam Al-Quran kematian Iblis diberi tangguh sehingga hampir kiamat, namun
syaitan boleh terbunuh dan mati berdasarkan hadith berikut.
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah
s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah
Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal
selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi,
tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.”
(Riwayat Muslim)
Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,beliau berkata: al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama." Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut,Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.
(Riwayat Muslim)
Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,beliau berkata: al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama." Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut,Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.
Al-Uzza adalah sejenis syaitan seperti mana yang diterangkan didalam surah dibawah:-
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu,
hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang
demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
(An-Nisaa' 4:117)
5.
Bacaan Yang Menghalang Syaitan Memasuki Rumah
Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Kitab
Al-Kabir dan Al-Hakim dalam sahihnya, dari Ibnu Mas'ud r.a., Nabi S.A.W.
bersabda :
" Barangsiapa membaca sepuluh ayat; empat
ayat dari awal surah Al-Baqarah, ayat Qursi, dan dua sesudahnya, serta
ayat-ayat terakhir dari Al-Baqarah tersebut, maka rumahnya tidak akan masuk
oleh syaitan sampai pagi "
Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai
kuburan, sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan
dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.
Dari
Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang
daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil
menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya
syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya
rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran )
“
Hadis
riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah
6.
Syaitan Tidak dapat Menganggu Manusia Yang
Membaca Bacaan Tertentu
Fadhilat Ayat-ayat al-Quran yang dipetik dari kitab laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jan Karya Imam Jalaluddin As Suyuthi:
Ad-Darimi
dan Ibnu Dhurais meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa dia berkata,
“Sesiapa yang membaca empat ayat dari permulaan
surah Al-Baqarah, ayat Kursi,dua ayat setelahnya dan tiga ayat terakhir dari
surah Al-Baqarah, maka ia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan pada hari
itu,tidak pula sesuatu yang tidak disukainya pada keluarga dan hartanya dan
tidaklah dibacakan kepada orang gila melainkan dia sedar.”
Ibnu
Abi Ad-Dunya meriwayatkan dalam kitab Doa dan Al-Khatib dalam Tarikh-nya,dari
Hasan bin Ali bahawasanya dia berkata,
“Aku penjamin orang yang membaca dua ayat ini
pada setiap malam; bahawa dia dilindungi Allah swt dari setiap syaitan yang
jahat, dari setiap binatang buas yang berbahaya dan dari setiap pencuri yang
zalim: ayat Kursi ,tiga ayat dari surah Al-A’raf 54-56, sepuluh ayat yang
pertama dari surah Ash-Shaffat,tiga ayat dari surah Ar-Rahman 33-35 dan penutup
surah Al-Hasyr.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih,dari Abu Umamah,dia berkata,
“Siapa yang berlindung kepada Allah swt dari Syaitan tiga kali,kemudian membaca akhir surat Al-Hasyr,maka Allah swt mengutus 70,000 malaikat yang mengusir syaitan-syaitan manusia dan Jin darinya.Jika itu pada waktu malam,maka hingga masuk waktu pagi.Dan jika pada waktu siang,maka hingga masuk waktu petang”.
Ibnu Asakir menyampaikan dari Ali bahawasanya dia berkata,
“Rasulullah saw bersabda,’Siapa yang mengerjakan solat Fajar,kemudian dia tidak berbicara hingga membaca surah Al-Ikhlas 10kali, maka pada hari itu tiada dosa yang menimpanya,dan dia dilindungi dari syaitan”.
7. Syaitan Mengajak
Kepada Perbuatan Keji
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.
(Al-Baqarah : 169 )
8.
Syaitan Adalah Musuh Manusia
Allah SWT telah menegaskan bahwa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(Al-Baqarah
: 208 )
9.
Syaitan Memberi Janji Dan Angan-angan Kosong
Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.
(An-Nisa : 120 )
10.
Syaitan Menjadi Gemuk Atau Mengecil Dengan Ucapan
Basmalah Atau Ta’awus
Daripada Abu al-Malih, daripada seorang sahabat Nabi saw, beliau berkata:
“Aku pernah sama-sama menaiki haiwan tunggangan dengan Nabi saw, tiba-tiba haiwan tunggangan tersebut terpeleset. Aku pun mengucapkan:“Celaka Syaitan.”
Maka Nabi pun seraya berkata:
“Jangan engkau katakan celaka Syaitan. Kerana
apabila engkau mengatakan seperti itu, Syaitan pun semakin besar sehingga
seperti besarnya rumah, dan Syaitan pun akan berkata, “Dengan kekuatanku (ini
terjadi).” Sebaliknya hendaklah engkau ucapkan:
“Bismillah.” Kerana apabila engkau mengucapkan
bismillah, maka Syaitan akan mengecil sehingga menjadi seperti sekecil lalat.”
(Sunan Abu Daud,
no. 4982. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi
s.a.w. beliau bersabda,
"Janganlah kalian mencela syaitan tetapi
berlindunglah kepada Allah dari
kejahatannya," (Silsilah Ahadaith Ash-Shahihah)
kejahatannya," (Silsilah Ahadaith Ash-Shahihah)
11.
Syaitan Mempunyai Jantina
Doa dari hadis sohih ketika masuk tandas.
Maksudnya: "Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada
syaitan jantan dan syaitan betina" ini merupakan hujah kuat bagi jantina.
12.
Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadhan
Kenyataan yang menyebut bahawa Syaitan di rantai
pada bulan Ramadhan bersumber dari hadith Nabi saw, sabdanya:
"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga
dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai"
[Hadith Riwayat
Al-Bukhaari 1899 dan Muslim 1079]
Sabda Nabi saw didalam hadith yang lain :-
"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat"
[Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i
2105]
13. Tipu Daya Syaitan Adalah Lemah
“Sesungguhnya
tipu-daya syaitan itu adalah lemah”
(Surah An-Nisa’:76)
14. Syaitan Makan Dan Minum Dengan Tangan Kiri
Hadith daripada Ibnu
Umar ra :
“Apabila kamu ingin
makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka
minumlah dengan tangan kanan.Sesungguhnya , syaitan makan dan minum dengan
tangan kiri.”
(HR Imam Muslim : 2020)
Begitu juga dengan hadis daripada Jabir
bin Abdullah ra :
“Jangan kamu makan
dengan tangan kiri , kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri”
(HR Imam Muslim : 2019)
15. Syaitan Memakai Sebelah Kasut
Rasulullah s.a.w melarang berjalan
dengan memakai sebelah kasut lalu bersabda:
"Sesungguhnya syaitan berjalan dengan memakai
sebelah kasut."
Diriwayatkan oleh
ath-Thahawi dalam kitab Musykilul Aatsaar (1358). Sanadnya shahih sebagaimana
yang telah dijelaskan di dalam Silsilah
al-Ahaadiits ash-Shahiihah (348)
16. Syaitan Tidak Tidur Tengahari(Qailulah)
Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah saw bersabda:
'Tidurlah qailulah
(tidur sebentar di waktu tengahari) kerana syaitan tidak melakukan qailulah.
[riwayat al-Tabarani]
17. Syaitan Tertawa
Nabi bersabda bermaksud:
"Apabila
menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat
mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang
demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."
(Hadis Riwayat Bukhari).
18. Syaitan Lari Dari Seruan Azan
Dari Abu
Hurairah r.a. katanya ;
"Bersabda
Rasulullah s.a.w. : Apabila orang azan syaitan itu lari sambil terkentut-
kentut sampai ia tak mendengar suara azan itu;setelah azan selesai , syaitan itu
kembali pula,dan lari lagi takala ia mendengar suara iqamat,kemudian ia kembali
lagi, dan ketika itu terlintaslah dalam hati orang yang sembahyang pelbagai soal
kerana syaitan itu membisikan kepadanya,ingatlah ini, ingatlah itu tentang soal-soal
yang tidak pernah diingatnya sebelum sembahyang,
kentut sampai ia tak mendengar suara azan itu;setelah azan selesai , syaitan itu
kembali pula,dan lari lagi takala ia mendengar suara iqamat,kemudian ia kembali
lagi, dan ketika itu terlintaslah dalam hati orang yang sembahyang pelbagai soal
kerana syaitan itu membisikan kepadanya,ingatlah ini, ingatlah itu tentang soal-soal
yang tidak pernah diingatnya sebelum sembahyang,
sehingga
orang itu ragu berapa rakaat yang telah sudah.
Sabda
Rasulullah s.a.w. pula ;
"Apabila
di antara kamu ragu berapa rakaa yang
telah
sudah, hendaklah ia sujud dua kali sambil duduk."
(Hadis sahih riwayat Muslim)
19. Syaitan Di Dalam Mimpi Buruk
Rasullullah SAW
bersada yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu bermimpi
yang tidak disukai(mimpi buruk),maka
hendaklan ia meludah kesebelah kiri tiga kali dan hendaklah membaca:
hendaklan ia meludah kesebelah kiri tiga kali dan hendaklah membaca:
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim
maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah
daripada syaitan yang direjam".Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika
hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".
daripada syaitan yang direjam".Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika
hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".
(Hadis Riwayat
Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).
20.
Syaitan Menangis
Sabda Rasullullah saw:
"Apabila anak
Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil
menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu
ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka
aku mendapat neraka"
(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)
(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)
21.
Muncung/Paruh Syaitan Membuatkan Manusia Terlupa
Sabda Rasullullah saw:
"Sesungguhnya
syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat
kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada
Allah,dipatuklah hatinya"
(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)
(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)
22.
Syaitan Mempunyai Rambut Dan Janggut Yang Kusut
"Dari Atha bin
Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan
kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki
itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya.Maka
orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka Rasullullah SAW
bersabda:"Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan
kusut rambutnya seperti syaitan."
(Hadis Riwayat Malik)
23.
Syaitan Menyilangkan(mematah-matahkan) Jari
Tangan
Nabi saw bersabda(memberitahu):
“Apabila salah
seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali
menyilangkan(mematah-matahkan)jari tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan
itu dari syaitan.Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di
dalam masjid sehingga ia keluar darinya."
(Hadis
Riwayat Ahmad).
24.
Syaitan Berkeupayaan Masuki Aliran Darah Manusia
Sabda Rasullullah
SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti
pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan
atau satu kejahatan dalam hatimu"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
25.
Syaitan Menguasi Kelompok Yang Tidak Solat
Berjemaah
Sabda Nabi saw yang
bermaksud:
"Jika ada tiga
orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya
mereka dikusai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana
sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah
sendiri dari rombongan"
(Hadis Riwayat Abu Daud).
26.
Hentakan Kaki Syaitan Menyebabkan Wanita Istihadhah(mengeluarkan
darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).
Dari Amnah binti
Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir) dari kemaluannya(darah
istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain
masih juga keluar.Rasullullah saw bersabda:"Sesungguhnya darah yang keluar
deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki
syaitan."
(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)
27.
Syaitan Kencing
Dari Ibnu Masud dia
berkata:Diceritakan(Allah)kepada Nabi SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga
Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:"Itulah orang lelaki yang dikencingi
oleh syaitan pada kedua telinganya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
28.
Syaitan Menyelit Di saf Solat Yang Renggang
Sabda Rasullullah
saw:"Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku
lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang
kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan
anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."(Hadis Riwayat Ahmad
dan Thabrani)
29.
Syaitan Menganggu Khusyuk Solat(menyempurnakan
sembahyangnya).
"Dari Aisyah
berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam
solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad
SAW:"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari
hambaNya(Allah)"(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis
Sahih)
Sabda Rasullullah saw
lagi yang bermaksud:"Akan datang
syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan
kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan syaitan
datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk
padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)".(Hadir Riwayat Abu Daud
dan Tirmidzi)
Bersambung
Insha Allah