Khamis, 1 Mei 2014

Siri 2 : Siapa Dan Apakah Perbezaan Jin,Syaitan Dan Iblis


Sambungan dari siri pertama. Adalah dinasihatkan untuk membaca siri pertama sebelum membaca siri ke dua ini.

30. Syaitan memiliki kepala.

Ciri ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya:

Sesungguhnya Kami jadikan (pokok Zaqqum itu) satu ujian bagi orang-orang yang zalim. Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang, buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan. [al-Saffat 37:63-65]

31. Syaitan Memiliki Akal.

Berdasarkan bantahan syaitan kepada Allah swt, dapat kita mengetahui bahawa syaitan memiliki akal. Ini kerana ia telah menggunakan logik akal untuk membantah perintah Allah. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang menjadi dalil kenyataan ini.


32. Syaitan memiliki dua tanduk.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Janganlah kalian melaksanakan solat (sunat mutlak) pada waktu terbit matahari(selepas subuh) dan terbenam matahari (selepas asar) kerana pada waktu itu muncul dua tanduk syaitan."

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 828-2

33. Syaitan memiliki hati, mata dan telinga.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).
[al-A’raaf 7:179]

34. Syaitan Makan Dan Minum.

Syaitan makan apa yang dibiarkan oleh manusia, sama ada yang masih tersisa di pinggan atau apa yang terjatuh darinya. Oleh kerana itulah Rasulullah saw mengingatkan kita supaya  menghabiskan semua makanan dan mengutip apa yang terjatuh darinya. Tindakan ini bukan sahaja mengelak makanan tersebut daripada diambil oleh syaitan tetapi untuk kita memperoleh keberkatan yang sepenuhnya dari makanan tersebut.

Anas bin Malik ra berkata:
Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan,baginda menjilat jari-jarinya tiga kali.
Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda:
“Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh,hendaklah (dia mengambilnya) dan membersihkan apa-apa kotoranyang melekat padanya lalu memakannya.Janganlah meninggalkannya untuk syaitan.”

Anas ra melanjutkan: 
“(Rasulullah) juga menyuruh kamiuntuk menghabiskan apa-apa sisa makanan.”
Baginda berpesan: “Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan.”
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2034

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan.”
                                                                                   [al-Isra’ 17:27]

Syaitan minum sambil berdiri.Pada satu ketika Rasulullah saw melihat seorang yang minum sambil berdiri. Baginda saw menegur:

“Jangan begitu!” Orang itu bertanya: “Mengapa?”  Rasulullah menjawab: “Adakah kamu suka minum bersama kucing?” Orang ituu menjawab: “Tidak.” Rasulullah meneruskan:
Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk darinya, iaitu syaitan."
Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Darimi dan sanadnya dinilai sahih oleh Husain Salim Asad dalam semakannya ke atas Musnad al-Darimi, hadis no: 2174 (Kitab al-Asyrabah, Bab orang yang dibenci minum berdiri)

Oleh itu hendaklah kita sedaya upaya mengelakkan diri minum sambil berdiri. Jika suasana tidak mengizinkan, boleh minum sambil berdiri. Ini kerana dalam suasana terpencil lagi terdesak, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah minum sambil berdiri. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma berkata:

“Aku menghidang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam air zam-zam
dan baginda meminumnya sambil berdiri.”
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2027 (Kitab al-Asyrabah, Bab minum air zam-zam sambil berdiri).

35. Jenis Makanan Syaitan

Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: Bismillahi awwalahu wa akhirahu." Kemudian Nabi s.a.w. ketawa lalu bersabda: "Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. (Riwayat Abu Dawud dan nasa'i)

Berdasarkan Hadith di atas dan hadith yang dikongsikan di dalam pekara 35, adalah boleh diambil perhatian bahawa jenis makanan dan minuman syaitan adalah sama dengan apa yang manusia makan. Saya senjaga menukilkan tajuk kecil ini secara bersendirian. Persepsi awam masih berpegang bahawa makanan Jin hanya bersumber dari asap dan tulang. Saya biasa mendengar ustaz mengatakan asap sebahagian makanan jin, tetapi saya masih belum menemuikan dalilnya. Mengenai tulang pula, kisahnya seperti di bawah. Namun diingatkan hadith tersebut hanya menyebut saudara kamu  Jin Islam.

Daripada Ibnu Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "'Aku pernah didatangi jin dan aku pun pergi bersamanya, lalu aku membacakan al-Quran kepada mereka.' Ibnu Mas'ud seterusnya berkata, kemudian Nabi S.A.W. mengajak kami pergi dan memperlihatkan bekas jin dan bekas api mereka kepada kami. Mereka meminta bekal kepada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: 'Setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya adalah bekal kamu dan ia melebihi kelazatan daging dan setiap kotoran binatang adalah sebagai makanan bagi haiwan tunggangan kamu. Oleh sebab itu, janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan kotoran haiwan kerana ia merupakan makanan saudara-saudara kamu(jin).'"
                                                                                                 
                                                                                     (Riwayat Muslim no. 450)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah bersabda: "Utusan jin pernah datang kepadaku. Mereka terdiri daripada dua kelompok. Alangkah baiknya jin itu. Kemudian mereka
meminta bekal kepadaku. Aku pun berdoa kepada Allah bahawa, tidaklah mereka mendapati tulang dan kotoran binatang melainkan ia adalah makanan mereka."                                                                                       
                                                                                      (Riwayat al-Bukhari no. 3571)

Sila ambil perhatian tentang najis haiwan  itu menjadi makanan kepada haiwan peliharaan Jin bukan makanan Jin Islam.


36. Syaitan Mencari Tempat Bermalam.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam.”

Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan (kepada golongannya):
“Kalian telah mendapat tempat bermalam.”

Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika makan,
berkatalah (syaitan kepada golongannya):
“Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam.”

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2018 (Kitab al-Asyrabah, Bab adab makan dan minum…).

Demikian juga apabila kita hendak keluar rumah, maka kuncilah pintu sambil menyebut nama Allah. Nescaya syaitan tidak akan dapat membukanya. Tutuplah juga bekas-bekas makan dan minum, nescaya syaitan tidak dapat membukanya dan mencemarinya. Padamkan juga lampu agar dengan itu syaitan tidak dapat menyebabkan berlakunya kebakaran.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah(dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah).Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah,tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah,walau pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian.”

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2012 (Kitab al-Asyrabah, Bab perintah menutupi bekas…).

Jika syaitan berjaya memasuki rumah untuk bermalam, syaitan akan bermalam dalam hidung para penghuni rumah tersebut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Apabila seseorang kalian bangun dari tidurnya dan berwudhu’, maka (sedutlah air ke dalam hidungnya dan) hembuslah air itu keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidung kalian.

Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3295 (Kitab Bad’i al-Khalq, Bab sifat iblis dan tenteranya).

37. Syaitan Merasuk Manusia.

Pekara ini menjadi perbincangan di kalangan sarjana Islam. Ada yang bersetuju dengan kenyataan di atas, ada pula yang menolaknya. Ia telah menjadi khilaf dan saya belum berhajat membincangkannya di sini. Namun berdasarkan kajian dan pengalaman saya bersetuju dengan kenyataan pekara 37.

Di Dalam perbincangan lalu telah dibincangkan kemampuan syaitan untuk bergerak dalam diri manusia dan melakukan pelbagai pengaruh ke atas manusia yang dimasukinya. Dalam suasana itu manusia yang dipengaruhi masih dalam keadaan yang normal. Akan tetapi adakalanya syaitan dapat mempengaruhi manusia hingga mengubah perwatakan dan tingkah lakunya, menjadi seolah-olah orang yang gila. Inilah yang disebut sebagai kerasukan atau histeria.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tentang kemampuan syaitan ini:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.
                                                                            [al-Baqarah 2:275]
Kerasukan tidak saja terhad kepada orang yang melibatkan diri dalam urusniaga riba, tetapi meluas kepada pelbagai keadaan yang lain. Merujuk kepada persoalan kerasukan dan hubungkaitnya dengan syaitan, manusia terbahagi kepada tiga golongan:

Mereka yang menafikannya. Golongan ini berkata, kerasukan tidak berpunca dari syaitan sebaliknya berpunca dari penyakit tertentu seperti gangguan saraf, perubahan hormon, tekanan jiwa (stress) dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini dapat dihentikan dengan mengambil ubat.

Mereka yang berlebih-lebihan. Golongan ini mengakui bahawa kerasukan berpunca dari syaitan. Akan tetapi mereka berlebih-lebihan dalam menyandarkannya kepada syaitan sehingga apa jua perubahan tingkah laku (behaviour) yang dihadapi oleh seseorang, mereka menganggapnya sebagai kerasukan syaitan.

Mereka yang berada di pertengahan antara golongan pertama dan kedua. Golongan ketiga ini berkata kerasukan boleh berpunca dari penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan. Maka kerasukan pertama (penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua (syaitan) dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami oleh seseorang sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia dihentikan dengan ubat dan zikir.

Ada pun hujah golongan pertama bahawa kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka membuktikannya dengan pelbagai penemuan baru tentang apa yang sedang berlaku dalam badan. Bahkan dengan peralatan serba canggih masa kini, mereka dapat menunjuk secara tepat bahagian saraf yang sedang mengalami gangguan dan keadaan hormon badan yang tidak seimbang. Maka apabila diberi ubat, apa yang dianggap sebagai kerasukan dapat dihentikan.

Akan tetapi, sekali pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap timbul satu persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar perubatan: Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian kelenjar merembeskan hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu dapat dihentikan dengan mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah kerasukan berulang apabila ubat habis dimakan?

Jawapannya dapat diperolehi dengan mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki tubuh badan manusia, ia mampu mengganggu kestabilan saraf dan keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak dianggap sebagai kerasukan, seperti mematikan saraf (paralyse), menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal (tumor and cancer). Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan diakui oleh sesiapa yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri syaitan yang dikupas dalam bab ini.

Walaubagaimana pun, ini tidaklah bererti semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca dari syaitan. Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia tua dan sebagainya. Maka tidaklah benar anggapan golongan kedua bahawa semua perubahan kelakuan berpunca dari syaitan.

Yang benar adalah bahawa kerasukan mungkin berpunca dari penyakit dan mungkin juga berpunca dari syaitan. Maka apa yang berpunca dari penyakit, ia dihentikan dengan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor pakar manakala apa yang berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka kedua-dua kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.

38. Syaitan Memiliki Kemahiran.

Saya pernah menulis sebelum ini berkenaaan ‘Teknologi syaitan”.Mereka adalah makhluk yang memiliki kemahiran membuat, bertindak dan beraktiviti. Antara aktiviti tersebut ialah membuat bangunan dan menyelam untuk Nabi Sulaiman ‘alaihi salam:

(Sulaiman berdoa): “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku;sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya.”
Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya.
Dan (Kami mudahkan bagi Sulaiman memerintah) syaitan: golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam.
                                                                                                [Shad 38:35-37]


39. Syaitan Mempunyai Waktu Kegemaran.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan yang bermaksud:

Apabila malam menjelang tiba maka tahanlah anak-anak kalian (dari keluar)kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran.Apabila telah berlalu waktu Isya’, maka lepaskanlah mereka.

Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3280 (Kitab Bad’i al-Khalq, Bab sifat iblis dan tenteranya).

40. Syaitan memiliki tempat kegemaran.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar adalah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dicacak.

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2451 (Kitab Fadhail al-Shahabah, Bab keutamaan Umm Salamah).


Bersambung Insha Allah ke topik Iblis pula

Sabtu, 19 April 2014

Siri 1 : Siapa Dan Apakah Perbezaan Jin,Syaitan Dan Iblis

Ketiga tiga nama atau istilah di atas mempunyai persamaan dan perbezaan yang amat ketara. Penggunaan yang salah tentunya memberi implikasi tertentu.Peperangan dan permusuhan di antara manusia dan syaitan hanya akan berakhir dengan kematian seseorang insan. Mengetahui dan mengenali musuh tentang perancangan, kekuatan dan kelemahannya adalah sesuatu yang amat penting. Nabi saw tidak meninggalkan kita melainkan dengan sunnahnya yang ampuh bagi menghadapi petempuran terebut. Saya mulai dengan huraian mengenai syaitan.

SYAITAN/SYAITHON

Dari Segi Bahasa

Syaitan (شَيْطَانٌ) diambil dari kata Syathona (شَطَنَ) yang berarti jauh. Ada pula yang mengatakan bahwa itu dari kata Syaatho (شَاطَ) yang berarti terbakar atau batal. Namun pendapat yang pertama lebih kuat menurut Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir, kata Syaitan artinya yang jauh dari kebenaran atau dari rahmat Allah swt.

Prof.Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar mengatakan,

الشيطان في لغة العرب يطلق على كل عاد متمرد

“Syaitan di dalam bahasa Arab digunakan untuk menyebut setiap makhluk yang menentang dan membangkang.” (Alamul Jinni was Syayathin, Hal. 16).

Golongan Dan Ciri-ciri Syaitan

Syaitan terdiri dari golongan Jin,Manusia dan haiwan tertentu:

1.   Syaitan Golongan Manusia dan Jin
  
Ia adalah berdasarkan firman Allah swt:
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).”
                                                                                (Al-An’am: 112)



    Juga FirmanNYA
Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.
                                                                                   (An-Naas : 1-6 ) 

     Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Dzar ra, ia berkata:
Aku datang kepada Nabi saw sedang baginda saw berada di masjid. Akupun duduk. Dan beliau saw menyatakan: “Wahai Abu Dzar apakah kamu sudah shalat?” Aku jawab: “Belum.” Beliau saw mengatakan: “Bangkit dan shalatlah.” Akupun bangkit dan shalat, lalu aku duduk. Beliau saw berkata: “Wahai Abu Dzar, berlindunglah kepada Allah dari kejahatan syaitan manusia dan jin.” Abu Dzar berkata: “Wahai Rasulullah, apakah di kalangan manusia ada syaitan?” Beliau menjawab: “Ya.”

2.   Syaitan Dari Kalangan Haiwan Tertentu

    Yang mendukung pendapat ini berpandukan kepada makna zahir hadith   
     Nabi saw dalam riwayat Muslim:

الْكَلْبُ اْلأَسْوَدُ شَيْطَانٌ
Anjing hitam adalah syaitan.”
Ibnu Katsir menyatakan: “Maknanya wallahu a’lam iaitu syaitan dari jenis anjing.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/173)
  

Ibnu Jarir menyatakan, syaitan di dalam bahasa Arab adalah setiap yang durhaka dari jin, manusia atau hewan, atau dari segala sesuatu.
Namun begitu pekara ini dibahaskan agak lebih luas oleh Syeikh Wahid Abd Salam Bali di dalam kitabnya ‘Wiqayatul insan minal jin wasyaithon’.Syeikh Wahid menukilkan hadith di atas secara sempurna. Hadith dari Abi Qalabah ra. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Kalaulah tidak kerana anjing itu sebahagian dari genarasi bernyawa,nescaya aku akan memerintahkan agar membunuhnya. Akan tetapi aku bimbang generasi bernyawa ini akan pupus. (Namun) bunuhlah anjing hitam pekat itu kerana sesungguhnya ia adalah dari kalangan jin(syaitan). Riwayat Muslim .

Di dalam sahih Muslim ada menyebut bahawa Abu Dzar ra, pernah berkata. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang kamu hendak mendirikan solat, maka hendaklah dia meletakkan sutrah dihadapannya, kerana sekiranya tidak diletakkan sutrah tersebut akan membatalkan solatnya apabila keldai, perempuan dan anjing hitam lalu dihadapannya’.
Salah seorang yang lain bertanya: “Wahai Abu Dzar,apa pula bezanya anjing berwarna hitam dengan anjing berwarna merah dan kuning?”
“Wahai anak saudaraku.aku sendiri pernah bertanya kepada Rasulullah saw dengan soalan yang sama”.Nabi saw bersabda, “Anjing  hitam itu adalah syaitan”.


3.   Syaitan Dari Keturunan Iblis

Firman Allah S.W.T. yang maksudnya :

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhm. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim."
                                                                (Surah al-Kahf ayat 50)

4.   Syaitan Selain Iblis Boleh Terbunuh Mati

Telah sabit di dalam Al-Quran kematian Iblis diberi tangguh sehingga hampir kiamat, namun syaitan boleh terbunuh dan mati berdasarkan hadith berikut.

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.”
                                                                        (Riwayat Muslim)


Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,beliau berkata: al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama." Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut,Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.

Al-Uzza adalah sejenis syaitan seperti mana yang diterangkan didalam surah dibawah:-
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
                                                                        (An-Nisaa' 4:117)

5.   Bacaan Yang Menghalang Syaitan Memasuki Rumah

Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Kitab Al-Kabir dan Al-Hakim dalam sahihnya, dari Ibnu Mas'ud r.a., Nabi S.A.W. bersabda :

" Barangsiapa membaca sepuluh ayat; empat ayat dari awal surah Al-Baqarah, ayat Qursi, dan dua sesudahnya, serta ayat-ayat terakhir dari Al-Baqarah tersebut, maka rumahnya tidak akan masuk oleh syaitan sampai pagi "

Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW  bersabda :

“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan, sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih

Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.
Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran ) “
 Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah

6.   Syaitan Tidak dapat Menganggu Manusia Yang Membaca Bacaan Tertentu

Fadhilat Ayat-ayat al-Quran yang dipetik dari kitab laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jan Karya Imam Jalaluddin As Suyuthi:
Ad-Darimi dan Ibnu Dhurais meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa dia berkata,

“Sesiapa yang membaca empat ayat dari permulaan surah Al-Baqarah, ayat Kursi,dua ayat setelahnya dan tiga ayat terakhir dari surah Al-Baqarah, maka ia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan pada hari itu,tidak pula sesuatu yang tidak disukainya pada keluarga dan hartanya dan tidaklah dibacakan kepada orang gila melainkan dia sedar.”

Ibnu Abi Ad-Dunya meriwayatkan dalam kitab Doa dan Al-Khatib dalam Tarikh-nya,dari Hasan bin Ali bahawasanya dia berkata,

“Aku penjamin orang yang membaca dua ayat ini pada setiap malam; bahawa dia dilindungi Allah swt dari setiap syaitan yang jahat, dari setiap binatang buas yang berbahaya dan dari setiap pencuri yang zalim: ayat Kursi ,tiga ayat dari surah Al-A’raf 54-56, sepuluh ayat yang pertama dari surah Ash-Shaffat,tiga ayat dari surah Ar-Rahman 33-35 dan penutup surah Al-Hasyr.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih,dari Abu Umamah,dia berkata,

“Siapa yang berlindung kepada Allah swt dari Syaitan tiga kali,kemudian membaca akhir surat Al-Hasyr,maka Allah swt mengutus 70,000 malaikat yang mengusir syaitan-syaitan manusia dan Jin darinya.Jika itu pada waktu malam,maka hingga masuk waktu pagi.Dan jika pada waktu siang,maka hingga masuk waktu petang”.

Ibnu Asakir menyampaikan dari Ali bahawasanya dia berkata,

Rasulullah saw bersabda,’Siapa yang mengerjakan solat Fajar,kemudian dia tidak berbicara hingga membaca surah Al-Ikhlas 10kali, maka pada hari itu tiada dosa yang menimpanya,dan dia dilindungi dari syaitan”.

7.   Syaitan Mengajak Kepada Perbuatan Keji 

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.
                                                                  (Al-Baqarah : 169 ) 

8.   Syaitan Adalah Musuh Manusia
 
Allah SWT telah menegaskan bahwa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. 

 Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
                                                                     (Al-Baqarah : 208 ) 


9.   Syaitan Memberi Janji Dan Angan-angan Kosong
 
Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia 

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.
                                                                   (An-Nisa : 120 ) 

10.        Syaitan Menjadi Gemuk Atau Mengecil Dengan Ucapan Basmalah Atau Ta’awus

Daripada Abu al-Malih, daripada seorang sahabat Nabi saw, beliau     berkata:

“Aku pernah sama-sama menaiki haiwan tunggangan dengan Nabi saw, tiba-tiba haiwan tunggangan tersebut terpeleset. Aku pun mengucapkan:“Celaka Syaitan.”
Maka Nabi pun seraya berkata:
“Jangan engkau katakan celaka Syaitan. Kerana apabila engkau mengatakan seperti itu, Syaitan pun semakin besar sehingga seperti besarnya rumah, dan Syaitan pun akan berkata, “Dengan kekuatanku (ini terjadi).” Sebaliknya hendaklah engkau ucapkan:
“Bismillah.” Kerana apabila engkau mengucapkan bismillah, maka Syaitan akan mengecil sehingga menjadi seperti sekecil lalat.”
                               (Sunan Abu Daud, no. 4982. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w. beliau bersabda,

   "Janganlah kalian mencela syaitan tetapi berlindunglah kepada Allah dari     
    kejahatannya," (Silsilah Ahadaith Ash-Shahihah)


11.        Syaitan Mempunyai Jantina

Doa dari hadis sohih ketika masuk tandas. Maksudnya: "Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina" ini merupakan hujah kuat bagi jantina.


12.        Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadhan

Kenyataan yang menyebut bahawa Syaitan di rantai pada bulan Ramadhan bersumber dari hadith Nabi saw, sabdanya:

     "Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka           ditutup dan Syaitan dirantai"
                          [Hadith Riwayat Al-Bukhaari 1899 dan Muslim 1079]

Sabda Nabi saw didalam hadith yang lain :-

"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat"
                                                 [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i 2105]

13.  Tipu Daya Syaitan Adalah Lemah

“Sesungguhnya tipu-daya syaitan itu adalah lemah”
                                               (Surah An-Nisa’:76)

14. Syaitan Makan  Dan Minum Dengan Tangan Kiri

Hadith daripada Ibnu Umar ra :

“Apabila kamu ingin makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka minumlah dengan tangan kanan.Sesungguhnya , syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”
                                                                          (HR Imam Muslim : 2020)

         Begitu juga dengan hadis daripada Jabir bin Abdullah ra :

“Jangan kamu makan dengan tangan kiri , kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri”
                                                                             (HR Imam Muslim : 2019)

15. Syaitan Memakai Sebelah Kasut

Rasulullah s.a.w melarang berjalan dengan memakai sebelah kasut lalu bersabda:

      "Sesungguhnya syaitan berjalan dengan memakai sebelah kasut."

Diriwayatkan oleh ath-Thahawi dalam kitab Musykilul Aatsaar (1358). Sanadnya shahih sebagaimana yang telah dijelaskan  di dalam Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (348)


16. Syaitan Tidak Tidur Tengahari(Qailulah)

      Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah saw bersabda:

'Tidurlah qailulah (tidur sebentar di waktu tengahari) kerana syaitan tidak melakukan qailulah. [riwayat al-Tabarani]


17. Syaitan Tertawa

Nabi bersabda bermaksud:
"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."
                                                                         (Hadis Riwayat Bukhari).

18. Syaitan Lari Dari Seruan Azan

      Dari Abu Hurairah r.a. katanya ;

    "Bersabda Rasulullah s.a.w. : Apabila orang azan syaitan itu lari sambil terkentut-      
     kentut sampai ia tak mendengar suara azan itu;setelah azan  selesai , syaitan itu 
     kembali pula,dan  lari lagi takala ia mendengar suara iqamat,kemudian ia kembali 
     lagi, dan ketika itu terlintaslah dalam hati orang yang sembahyang pelbagai soal 
     kerana syaitan itu membisikan kepadanya,ingatlah ini, ingatlah itu tentang soal-soal 
     yang tidak pernah diingatnya sebelum sembahyang,
     sehingga orang itu ragu berapa rakaat yang telah sudah.
     Sabda Rasulullah s.a.w. pula ;
    "Apabila di antara kamu ragu berapa rakaa yang
    telah sudah, hendaklah ia sujud dua kali sambil duduk."
                                                  (Hadis sahih riwayat Muslim)


19. Syaitan Di Dalam Mimpi Buruk

Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:

     "Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka          
      hendaklan ia meludah kesebelah kiri tiga kali dan hendaklah membaca:
      A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah       
     daripada syaitan yang direjam".Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika 
      hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".
                                 (Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).


20.  Syaitan Menangis

Sabda Rasullullah saw:
"Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat neraka" 
                       (Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)


21.  Muncung/Paruh Syaitan Membuatkan Manusia Terlupa

Sabda Rasullullah saw:
"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya"      
                                           (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)



22.  Syaitan Mempunyai Rambut Dan Janggut Yang Kusut

"Dari Atha bin Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya.Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka Rasullullah SAW bersabda:"Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."
                                                                                                     (Hadis Riwayat Malik)




23.  Syaitan Menyilangkan(mematah-matahkan) Jari Tangan

Nabi saw bersabda(memberitahu):
“Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan)jari tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan.Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya."
                                                                                        (Hadis Riwayat Ahmad).


24.  Syaitan Berkeupayaan Masuki  Aliran Darah Manusia

Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"
                                                                                   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


25.  Syaitan Menguasi Kelompok Yang Tidak Solat Berjemaah

Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikusai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"
                                                                                         (Hadis Riwayat Abu Daud).

26.  Hentakan Kaki Syaitan Menyebabkan Wanita Istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).

Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.Rasullullah saw bersabda:"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."
                                                                           (Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)

27.  Syaitan Kencing

Dari Ibnu Masud dia berkata:Diceritakan(Allah)kepada Nabi  SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:"Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


28.  Syaitan Menyelit Di saf Solat Yang Renggang

Sabda Rasullullah saw:"Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)

29.  Syaitan Menganggu Khusyuk Solat(menyempurnakan sembahyangnya).

"Dari Aisyah berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad SAW:"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)"(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)

Sabda Rasullullah saw  lagi yang bermaksud:"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)".(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)



Bersambung Insha Allah